Pages

August 30, 2010

kayangan

salam ramadhan..

perjalanan pengembaraan ke christchurch terpaksa menggunakan jalan udara disebabkan terpaksa merentasi laut yang membelahkan peta new zealand kepada dua -north dan south..dari airport wellington, seawal jam 8.20 pagi, kapal terbang meluncur laju terbang menuju ke udara..sepeti biasa aku sangat tak suka bila flight mula nak mendarat dan landing..bergegar rasa otak..mahu lemah jantung dibuatnya..tapi setelah naik dan terbang diatas..aku bahagia melihat pemandangan alam ciptaan Allah..sebab tu aku suka berjalan dan bermusafir..supaya musafir itu akan lebih menambahkan lagi imanku kepada pencipta Agung alam ini..

bila kapal terbang mula meninggalkan bumi wellington, aku seakan terasa berada dikayangan ibarat puteri raja plak..ahhh..perasan sendiri plak..aku terdiam dan terfikir sejenak..kalau aku dapat masuk syurga, tentu sahaja perasaan ini lagi best dari aku rasa berada kat kayangan kan?berada diatas awan melihatkan aku betapa kerdilnya aku sebagai hamba..sebelum aku terbang..aku melihat kapal itu terlalu besar..airport itu agak besar dan luas..bandar wellington itu kelihatan tinggi dengan bukit bukaunya..cantik luas terbentang..tetapi sebaik sahaja aku berada diatas..segala-galanya kelihatan kecil sahaja..malah aku sempat melihat kapal terbang lain yang mendarat lebih rendah dari kapal yang aku naiki..kelihatannya sangat kecil merentas awan..semua bandar serta seluruh isi bandar kelihatan seperti semut-semut kecil yang sedang bergerak..

dalam lamunan jauhku memikirkan situasi tadi, aku tersentak..hati kecilku berkata..kerdil kan manusia itu?
tapi manusia sentiasa alpa dan lupa bahawa mereka ini kerdil bila berhadapan dengan Yang Maha Besar..rupa-rupanya..semakin tinggi aku terbang ke atas..aku boleh melihat diri aku semakin kerdil dihadapan tuhan..kalau berada diatas udara yang dihiasi awan indah sahaja aku sudah tidak mampu melihat manusia lain yang berada dibawah..apatah lagi jika berada diatas langit tertinggi ilahi..apakah Allah masih mahu melihat aku yang kerdil dan tidak punya apa2 ini..tapi aku yakin pencipta aku selalu dekat denganku asalkan aku sentiasa meletakkan Dia dalam ruang rongga hatiku yang satu..
bandar canterbury

August 24, 2010

=))

salam sayang semua,

sedar x sedar dah masuk 14 ramadhan kat newzealand rupanya..maaf sudah jarang mengupdate blog..ade kekangan masa ditambah pula dengan tugas2 lain n kurang mood nak menulis..puasa tahun ni, aku berjalan lagi..kembara ke christchurh and insyaAllah akan ke dunedin plak ni..
seronok sangat kembara kali ini sebab ada sesuatu yang aku jumpa..ada sesuatu yang hati aku merasa kelainannya..
seminggu yang pertama aku puasa kat welly..seronok la jugak awal2 ramadahan bila semua masih excited dengan kedatangan bulan ramadhan.banyak kali jugak berbuka puasa kat rumah kawan2 and ade jugak berbuka kat rumah dengan housemate..start je cuti aku terus ke christchurch..best suasana ramadhan kat sini.memang terasa macam kat malaysia berbanding dok kat welly. everyday mesti ade berbuka puasa kat masjid or kalau x pon memang ade students malaysia yang buat berbuka puasa..pastu terawih plak memang terasa macam kat malaysia sebab ade satu masjid yang aku pergi ni..entahla x igt ape name die.mmg majoriti malaysian je kat situ.lagipun die punye owner pon malaysia..makanan berbuka x yah nak cakap la ..memang best kot.tapi x de la sama macam berbuka puasa bersama family kat malaysia.
x sabar plak nak upload gambar kat christchurh kat blog ni..memang lawa sangat tempat2 die..tunggu ye..ade masa nanti aku kembali semula..

August 15, 2010

Tragedi Puting Beliung Bazar Ramadhan




subhanallah..baru semalam aku dok bercakap pasal rindu nak pergi bazar ramadhan kat malaysia...pastu bila tengok berita pasal tragedi puting beliung bazar ramadhan ni..seram sejuk jugak aku dibuatnya..tragedi ni mengakibatkan 3 orang meninggal dunia dan 18 cedera..salam takziah buat keluarga dan al-fatihah buat arwah2..moga mereka semua tergolong dalam orang yang beriman...meninggal dibulan yang mulia..
tragedi ni memang memberi pengajaran keinsafan dekat kita semua yang masih hidup..mungkin kekadang kita tak perasan kesalahan dan kejahilan yang kita selalu buat bila pergi bazar ramadhan..lalu Allah mahu menegur hambaNYA untuk diambil pengajaran bagi orang yang mahu berfikir. untuk pembeli dibazar ramadhan, kadang2 tanpa kita sedar kita selalu membeli makanan ikut nafsu dan lepas buat pembaziran dengan membeli secara berlebih-lebihan..kepada peniaga plak..kekadang asyik sangat dengan jualan sehingga abaikan benda lain yang wajib..ada saja yang mungkin tidak solat kerana terlalu asyik berniaga dan memikir keuntungan sahaja..tapi maksud aku x dela semua orang macam tu..ade segelintir sahaja..tapi kerana segelintir umat manusia yang berbuat kesalahan dan kejahilan tu, Allah mahu tunjukkan kebesaranNYA dalam masa 4 minit sahaja angin puting beliung itu didatangkan dan menerbang khemah-khemah disitu, lalu meragut nyawa mereka..subhanallah maha suci Allah yang berkuasa atas segala sesuatu. Berita lanjut boleh klik kat sini..Allah kalau nak buat sesuatu dia x de delay2,kalau Dia dah kata kunfayakun tu..maka jadilah apa yang Dia nak buat..nak meninggal bila2 masa Allah boleh ambik nyawa..so kita pon x ley delay dalam kita nak buat amal, sebab kita x tahu bila ajal menjemput kita..entah esok entah lusa atau bila2 masa saja tanpa ada tangguhan barang sesaat..

Dan musibah apa pun yang menimpa kamu adalah kerana perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak dari kesalahan-kesalahanmu' Ash-Syura ayat 30.

August 13, 2010

bazar yang dirindui

salam ramadhan semua,

hari ni dah masuk hari kedua aku dan semua umat islam yang lain berpuasa(erkk..mesti ade yang ponteng ni kan??) xpe, nanti sila ganti balik ye...setakat ni memang aku akan bangun sahur dan siap makan nasi berpinggan2 lagi..selera betul..peneman sahur aku kat sini k.jah, seorang senior phd physics nanotechnology kalau tak silap aku..die la yang selalu kejut aku and turun masak sama-sama..k.jah ni baik sangat sama macam k.long aku, kami adalah orang paling yang turun dapur since pukul 4.20a.m lagi..hahaha..aku plak memang tido lambat dan bangun awal sehari dua ni, asyik berjaga buat assignments je.penat otak dan badan rasanya bila bersengkang mata depan laptop dua hari berturut tak berhenti buat assignment..x pe la..aku nak rest kejap sehari and sambung balik menghadap buku plak sebab ade dua test besar plak next week..fuhhhhhhhhh...doakan aku ye
okeh cool farieha cool!! amik masa..rehat kejap, jumpa Allah..Dia mesti rindu kat aku melihat aku sibuk2 dengan hal dunia dan punya sikit masa yang di spend dengan dia..insyaAllah sesibuk mana pon aku x kan tinggal terawih n qiyam..rugi taw sape yang tinggal amalan2 sunat bulan puasa ni yang memang x boleh nak dicari dalam bulan lain...
ok..actually aku nak cakap pasal benda yang aku rindu bila puasa kat malaysia..salah satunya aku rindu nak pergi bazar ramadhan yang seperti syurga makanan..nak makan segala apa boleh jumpa..eh tapi ujian jugak pergi bazar ni, nafsu turun naik susah nak control..segala macam nak makan sebelum berbuka..last2 bila dah beli membazir la plak..aih...x pe la, dok kat sini aku kena masak sendiri aku rasa lebih menghargai...

bestnye tengok orang g bazar ramadhan...rindu suasana ni kat msia

owhh makanan feveret aku..ayam bakar..

teringat zaman kecik-kecik ngada-ngada nak macam2 kalau g bazar..kalau mak tak bagi nak
nanges..last2 skali dapat jugak..



p/s: selamat berbuka puasa semua..n selamat berterawih n tambah amal2 lain ye..
how i wish to be in malaysia puasa sama-sama ngan abah..

August 12, 2010

salam satu ramadhan dari welly

Salam


marhaban ya Ramadhan. syukur Alhamdulillah, aku masih dipanjangkan umur untuk bertemu dengan Ramadhan pada tahun ini

buat pertama kalinya puasa kali ni betul2 jauh dari family..memang x kan berkesempatan nak balik puasa sama2 walau sehari pon.. bila tengok kawan2 semua dah sibuk-sibuk hantar gambar dan ucapan kat salam perantauan..tetiba aku terasa sayu..baru tersedar, impian aku nak bagi ucapan kat arwah mak bila dah berada jauh negara orang tak kesampaian..mak aku selalu sebut dulu, nak aku keluar paper wish something kat dia..hehe,..mak ayah mane yang x seronok bila anak2 kluar paper tujukan khas untuk mereka kan..rupanya ape yang aku impikan itu telah berlalu 4 tahun yang lalu..aku rindu nak calling mak dari jauh..cerita apa perkembangan aku kat sini..
tapi x pe, ramadhan kali ni aku ada wishes yang lebih baik dan hebat...moga wishes itu termakbul di bulan yang mulia ni..

Oh Allah, segala pujian hanya untuk Mu



salam satu ramadhan ,
5.30 a.m, wellington
new zealand

August 11, 2010

nak yang mana??



tadi kat kelas sociolinguitic belajar tentang New Zealand Sign Language (NZSL) yang merupakan bahasa rasmi kedua kat negara ini..bahasa ni masih lagi baru diangkat secara rasmi menjadi bahasa official kat sini pada tahun 2006..ia khusus untuk orang pekak dan juga family serta komuniti disekeliling yang nak belajar tentang bahasa ini..kalau kita orang biasa yang nak belajar pon boleh..
bila aku fikir-fikirkan balik..best jugak guna bahasa sign language time bulan puasa ni..elak dari cakap banyak especially benda-benda lagha and tak patut..amacam??nak try tak??
bukan bermaksud korang jadi orang bisu..tapi bisu dari berkata-kata yang tidak sepatutnya..boleh dapat pahala kalau kita tahan nafsu dari nak bercakap benda2 tak elok

jom senyap @ berkata baik @ guna NZSL

salam ramadhan kareem

salam ramadhan kareem,

sempena menyambut kedatangan bulan yang dinanti ini..saya ucapkan selamat berpuasa untuk seluruh umat islam diselurruh dunia yang masih lagi berkesempatan bertemu ramadhan pada tahun ini..alhamdulillah



tahun ini adalah tahun pertama beraya di perantauan..alhamdulillah mungkin ramadhan kali ini akan membawa kelainan yang mungkin menjadi kenangan manis dalam hidup..insyaAllahh..



selamat berpuasa untuk orang kat malaysia yang dah start puasa hari ini..
kat NZ hari khamis baru start puasa and raya pon akan lambat dari malaysia la..huhu..sedey..

August 10, 2010

rindu kenangan


godek2 gambar dari laptop..bukak file gambar lama-lama..jumpa gambar-gambar ini..terasa mahu imbau kenangan dulu..waktu foundation yang perangai masing-masing mcam budak2..tapi setelah 3 tahun bersama boleh lihat macam2 perubahan berlaku..rasa nak putar balik masa, mahu bersama2 mereka macam dulu


zaman remaja..

mask in the making..

hasrul muka kesian kena tangkap..semua terpana ..


disebalik mata biru joe n joel...mereka adalah..

jessica pengarah berwibawa

jejaka nz 1b

cinderella

play the merchant of venice..

drama dance by nz 1b

si bunga2 kelas nz 1c


x reti nak cerita apa..gambar2 kenangan terindah dengan mereka lebih bermakna dari kata-kataku yang biasa

p/s: mereka sekarang sudah besar..nanti saya upload gambar2 kami sekarang ini pulak ye...

August 05, 2010

mama tersayang



bila rindu menggamit rasa
hati mula membait kata
mahu memuntahkan segala cinta
untuk menjadi pengubat rindu dikala lara
jauh engkau membatasi masa
tidak pernah luntur kenangan mengimbauinya
di tayang kembali dalam mindanya
saat-saat manis bersamanya
sungguh aku insan terpilih
dilahirkan dia yang berjiwa kental
tidak pernah kenal erti penat dan lelah
menabur budi menyimbah kasih
tanpa sekelumit rasa penyesalan
kerna kau yakin akan balasannya
disyurga yang menanti..




*moga ibu rasa bahagia jika melihat hasil didikannya tidak sia-sia...aku juga mahu turut serta bersama ibu disana nanti....sayang bondaku..
bila dah dok jauh ni memang berderau airmata kalau teringat orang yang tersayang..so sape2 yang jarang call rumah lebih2 lagi mak tu..call2 la ye..dorang ni kadang2 tak cakap yang die rindu kat kita..tapi dalam hati tuhan je la yang tahu betapa risaunya mereka kat kita..baik calling n habiskan duit sekarang untuk dengar leteran mak berbanding dengan calling2 dah tak dapat dengar suara langsung..nanti korang mesti akan rindu..percayalah cakap aku..