Pages

December 30, 2009

100 % nyawa kamu

salam

dari syok.org..

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan, menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.

Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat
kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."

"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu.

Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai...
Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan..

"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu.
"Hampir semur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.
"Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi.
"Ya".
"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu.

Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?"
Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.
"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu."
Kata Professor itu lagi,
"Kamu tahu biologi?"
Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

"Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya..
Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.
"Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya diam.



Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya,
"Kamu tahu berenang?"
Professor itu menggelengkan kepala.

"Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.

p/s: makanya..janganlah kita memperkecilkan orang yang kelihatan tiada punya ape2 kerana dia mungkin punya apa yang kita tak punya..setiap insan itu diberi kelebihan yang berbeza2..indah sungguh ciptaan Allah itu

December 24, 2009

Panggilan palsu yang hangit !!!

salam w.b.t


tengah berkumpul ramai2 bersama adik beradik and anak saudara, tetiba handset si ayah berbunyi( ringtone nokia)

si ayah: helllo..assalamualaikum
helllolloooo22222...sape ni??bakpo x se kecek plok oghe ni..haihh..(sambil mebebel)
si pemanggil: gagagagaa
si ayah: hello2..nk kecek ngan sapo?? Sapo ni???
Si pemanggil: gagagaggaa( sambil di belakang diiringi suara bising-bising.
Si ayah: eh kenapa bunyi gagaga..kehairanan sekejap. Kenapa bunyi bising same macam kami2 yang tengah bercakap..si ayah mencari sambil melihat anaknya yang berlari-lari bawak telefon
Si pemanggil: gagaga..hahahahah(sambil gelak2 dan senyum ketawa)

Haaaaaa…

Ini dia ….


Pemanggil sudah detected

Rupanya si kecil ini yang membuat panggilan palsu pada ayahnya..kami tergelak.like his father being fooled by his own son. Aduihhh..abah sudah terkena la adik..( abah peluk2 adik)

Telefon adik aku yang tak dikunci dikebas oleh si kecil ini dan mebuat panggilan palsu kepada abahnya..nasib baik “ tercall” abahnya.. kalau tidak..mahunya habis credit telefon adik aku.

Aku pun sudah banyak kali terkena panggilan palsu dari mereka ini..ada 3 hero kesayangku..ayis, faez n mukhlis..

Emm habis la credit mak and ayah dorang gara2 nak main “hello-hello” punye pasal
aku percaya korang pun mesti pernah terkena panggilan palsu dari budak2 kecil macm ni kan..aishhhhh..macam terkena panggilan hangit dalam hot fm...

December 20, 2009

JANGAN HINA !!!

salam w.b.t

Sekarang saya suka search google image..tengok gambar pelik2 ..bukan pelik2 yang x elok tau..something yang saya rasa amazing dan takjub buatku..subhanallah itu semua ciptaan Allah..baik ke buruk ke semuanya makhluk tuhan. Semalam tengah searching pictures kat internet bnyk gambar yang saya jumpa gambar baby.

Entah tetiba rasa suke kat baby, ye la sekarang hidup saya dipenuhi hari2 ceria bersama kanak2 riang kat rumah…tanpa mereka kat rumah mahunya keboringan yang amat sangat duk kat rumah ni..

Terima kasih pak cik google atas gambar2 ini..



cuba lihat bayi ni..berkepala dua berbadan satu

yang ni pulak berkaki empat dan bertangan pun empat..cuba anda lihat betol2 dua lagi tangan die kat bawah

mashaallah,,subahanallah..kuasa tuhan ape pon boleh jadi



yang ni saya rasa gambar edit je..tapi cuba anda bayangkan kalau bayi seperti ini wujud..ape penerimaan masyarakat terhadapnya??



yang ni plak kecil sangat2..teringat pulak time saya kecil2 dulu, dilahirkan kecil dan ringan jugak..mak cakap kami semua 6 beradik perempuan semuanya lahir 7 bulan..lahir tak cukup bulan. tak sabar nak tengok dunia kot.tapi alhamdulillah kami semua lahir dengan selamat dan membesar cukup sifat...yang paling ngeri saya dengar kakak saya yang ke -6 (k,yana)mase die lahir beratnye cuma 1 kg, itupon dah ditimbang sekali dengan kain..maknanya berat die tak sampai sekilo pon..kalau angkat gula sekilo tu sebelah tangan je..aisehhhh..tapi sekarang sudah membesar dan menjadi gadis yang jelita..auwwwww..

daripada semua gambar2 diatas, bayangkan sekiranya anda yang dilahirkan sebegitu rupa, ape perasaan anda?ataupun jika bukan anda anak atau kakak, adik atau abang atau saudara mara terdekat anda yang berkeadaaan seperti itu..ape reaksi anda??bersyukur??atau
rase nk sembunyikan je??atau buang??
tidak pelik kalau kes buang itu berlaku kerana dunia sekarang makin kejam, sehingga insan2 istimewa yang sepatutnya terbela namun di singkirkan..betapa sedihnya perasaan mereka seandainya mereka dapata meluahkan apa yang mereka rasa..jangan HINA saya, jangan SINGKIR saya..saya perlukan kasih dan simpati kalian
namun saya percaya anda pengunjung2 blog ini terutama yang muslim pasti akan punya rasa simpati dan belas kasihan..setidak-tidaknya atas nama kemanusiaan..

December 19, 2009

Asif...

salam w.bt.

HATI INI TELAH BERSATU,
BERSATU MENDUKUNG BEBAN DAKWAHMU,

HATI INI TELAH MENGIKAT SETIA,
UNTUK MENDAULAT,
UNTUK MENDOKONG,
SYARIATMU DI ALAM MAYA, MAKA YA ALLAH,
ERATKANLAH.. IKATAN YANG ADA,
MAKA YA ALLAH,
ERATKANLAH...
IKATAN YANG ADA...

meh kite hayati same2 doa ni.
kat skola lame dulu slalu bace doa ni lepas solat ramai2.
kesannye boleh rase..mantop!!
rase rapat ngn kakak2,kawan2..


sahabat sehati sejiwa..duni akhirat..ika,ieha,tieha


opss lupe, pertamanya asif jiddan..maaf banyak kerana sudah membiarkan blog ini bersawang walaupun ia masih dikujungi, bukan kerana sibuk tapi kerana ketiadaan mood untuk berblogging, asyik dengan facebook je memanjang.suke baca and tengok perkembangan orang tapi blog sendiri malas plak nak update..
sementara bosan duk kat rumah cuti lama ni, ada la jugak saya baca kisah2 yang boleh dijadikan panduan..smoga ia membawa sesuatu yang bermakna untuk kalian juga


pada 1 ari,apabila nabi mendatangi masjid tuk mendirikan solat,
beliau terlihat beberapa sahabat sdg ketawa,..

"kalau kamu mengingati mati,sudah tentu ak tidak akan mendapati kamu dlm keadaan begitu..
pada setiap kamu hidup,kamu mesti mengingati mati..setiap wak2 tanah perkuburan memekek mengatakan

:'aku ini merupakan semak samun.aku ini dipenuhi debu.aku ini penuh dengan serangga'.Apabila seorang mukmin dikebumikan ke dalamnyer,bumi berkata'aku ucapkan selamat datang kepadamu.di antara manusia yg bertebaran di atas muka bumi ini,engkaulah yg plg ak sukai.skrg,lihatlah bgmn ak menghiburkan hatimu..??

then,bumi membesar sejauh mata memandang.sebuah pintu syurga terbuka di hadapannye.tetapi,bila seorg jahat dimasukkan ke dlmnye,bumi berkata'tiada kata2 aluan untukmu..kemudian,ia dihimpit oleh bumi sehingga tulang2 rusuknya bertikam tikaman..aduh!!arg!!mak,ayah.nnk,minah!!tolang!!....sorry..xder gunanya..then,7 ekor ular memagutnya sehingga hari kiamat..ular2 ini terlalu berbisase hingga jikalau seekor pun menyemburkan bisanya ke bumi,sehelai rumput pon tidak akan tumbuh..nauzubillah..sungguh dahsyat sekali..kemudian,nabi berkata,

'kubur boleh merupakan syurga @neraka..'sifat takut pada Allah ptt ada pada setiap owg yg beriman..kerana jika dipupuk dan disuburkan dapat memupuk sifat mengingati mati..

bila sebut pasal takutkan Allah, adakah perasaan itu benar2 wujud dalam diri kita?..kita yang saya tujukan disini ialah muslim..muslim yang juga seorang mukmin. almaklumlah nak dijadikan cerita, sekarang ni kan memang banyak betul cerita-cerita hantu yang keluar dekat TV mahupun cinema..Santau la, cucu betong la, ntah macam2 lagi .asyik2 ade je hantu, jembalang dan setan yang menjadi watak untuk menarik minat kite tengok cerita tersebut. kalau tengok cerita2 hantu ni mesti ade je yang terpekik,terjerit, tersembunyi dalama selimut ataupon paling buat cool kenyit2 mata sedikit, konon macam tengok padahal mata pejam..silap2 ade yang terbasah kat tempat tu pon ada.teringat pulak zaman kecik2ku..memang kalau tengok cerita hantu memang dalam selimut la jawabnye,lepas tu nak pergi tandas memang kena berteman.

Namun terkadang saya rasa pelik kenapa itu yang tertanam didalam jiwa dan minda saya sewaktu kecil, kalau hantu....mak takot!!!....kenapa saya tidak rasa.... "hantu???ape nak takut Allah itu ada"..mak selalu jugak berpesan macam tu sewaktu kecil, tapi dah perasaan takut tu kuat sangat mane nk lepas dari duk bertempek je kat mak kalau dah ade yang usik pasal hantu..
sehingga sekarang pun saya masih ragu2, kalau hantu betol2 datang dekat dan wujud depan mata, adakah saya akan rasa takut pada hantu lagi??ntah la, bile dah besar ni x berapa takut sangat tapi kecut sikit tu ada la...adakah perasaaan itu x patot ade??adakah itu pengecut??
tidak!! saya tidak mahu menjadi begitu kerana saya ada Allah..die lebih saya takutkan berbanding hantu yang juga makhluk Allah.

November 06, 2009

Dialog hati



Semalam tidur lambat..lebih kurang jam 2 pagi baru mata terlelap..tetiba terjaga dari lena mimpi yang buat aku terkejut ..subhanallah..masyaallah..tetiba rasa hati berdegup kencang..melihat kepada roommateku yang sedang lena dibuai mimpi, aku melihat jam ditangan baru menunjukkan pukul 4.30 pagi. kenapa ni?? Aku merasakan ada sesuatu yang tidak lengkap dalam hidup..jiwa rasa kosong..

Mula-mula jasad kecil yang sempurna dikurniakan ALLAh ini rase malas untuk bangkit dari tilam yang empuk..namun die harus kuatkan hati dan dirinya untuk bangun juga..
Hati dan nurani mungkin perlukan makanannya kot..jadi aku cuba beri rohaniku makanan jiwa yang mebuatkan die rase lebih tenang..disaat tikar sejadah itu dicium dan dahiku tunduk sujud tanda syukur kepada DIA..boleh plak aku seolah-olah bermonolog dengan diriku sendiri..seolah-olah jasad bercakap dengan rohnya..

“Apa yang engkau mahukan wahai hati??”..entahlah kekadang aku sendiri rase keliru dengan apa yang aku mahu sekarang ini.. “kenapa jiwa kosong??”..sebab tak ade kekasih hati macam kawan-kawan yang lain ke??

Hatiku berkata lagi..”oh.. tidak, aku tak perlukan cinta seorang lelaki ajanabi buat masa ini..”. “aku perlukan cinta yang lebih hebat untuk menemui cinta agung..”
“kau x sedih dan menyesal ke sebab telah meninggalkan cinta seorang lelaki yang sangat kau sayang?” Emm ini persoalan yang susah untuk aku jawab..ya ,sedih itu hanya tuhan saja yang tahu bila aku ingin mengatakan aku tidak ingin bercinta lagi dengan “si dia” dan hanya ingin berkawan dan mengaggap seperti keluarha,tapi aku tidak pernah rasa menyesal walau sedikitpun meninggalkan cinta monyet yang tidak mebawa apa-apa makna padaku..alhamdulillah semua itu telah berlalu dan aku masih boleh menjadi sahabat kepada si dia..aku rasa itu lebih baik untuk kami. Kau bukan tidak mahu kerana hatiku dipunyai orang lain..tetapi mungkin hatiku dijaga DIA untuk mendidik dan mentarbiyah diri.

Aku teringat ada satu MMS yang dihantar oleh adik “si dia” kepadaku..mesej ini disertai dengan gambar wanita yang berniqab diiringi lagu ayat-ayat cinta:

Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh allah, tidak sedikit pun allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya..kerana Allah teramat mencintanya..tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki…dimana Allah untuk menjaga kita?Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita. Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri kita supaya meninggalkancinta seorang lelaki , bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNYA…mengapa masih ragu2? “kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari.hargailah atas kesempatan yang allah berikan” .. “sebesar2 dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rase berdosa melakukannya”.al-imam ghazali




Uktiku,
aku bangga melihatmu menderita dalam perjuangandari melihatmu gembira dalam kelalaian
Ukhtiku,
aku bangga medengar tangisanmu kerana pengorbanan..dari mellihat tawamu dalam pengkhianatan.
Aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran..dari dalam hidup kesesatan kerana jangan lupa ukhtiku
Muliamu bukan pada pangkat dan harta tapi kerana ISLAM

P/s: semoga hati cik Faryha Lala jumpa cinta dia yang sebenar dan hakiki..semoga die diketemukan dengan orang yang boleh membimbing die ke jalan menuju TUHAN..amin..perancangan tuhan itu siapa yang tahu.

November 04, 2009

2 perkara..

salam w.b.t

"jadikanlah dirimu seperti sepohon kayu yang hijau daunnya serta rimbun yang mampu memberi teduh serta manfaat kepada orang lain...dan jangan jadi pohon kering yang daunnya kemerahan dan berguguran serta ranting dan dahan yang sudah pun mereput"

Ustaz Sobri dengan wajah yang penuh keayahan dan kebapaannya memberi nasihat kepada kami semua. Disaat dia berceramah siang tadi di dewan kuliah, aku seolah-olah merasa rindu akan sesuatu...sesuatu yang dah lama aku tercari-cari,iaitu pengisian jiwa dan rohani yang aku rasa semakin tandus kepada ilmu agama dan peringatan.Ceramah itu tadi mungkin tidak membawa penuh makna pada semua pelajar TESOL yang mendengarnya...bagi telinga yang mahu mendengar, meraka akan dengar, bagi mata yang mahu melihat, mereka akan lihat, namun yang paling penting bagi aku adalah hati yang menerima saja yang akan terkesan dengan sesuatu yang didengar dan dilihatnya.

2 perkara yang perlu diingat

-apabila menerima kebaikan samada dari sesama manusia ataupn kebaikan itu dari tuhan

- ingat pada kejahatan atau keburukan yang diri kita sendiri lakukan.

ustaz pesan..kita mesti sentiasa ingat dua perkara diatas agar kita menjadi orang yang bersyukur dan berterima kasih dan juga sentiasa memohon kemaafaan diatas kekhilafan yang dilakukan..

2 perkara yang perlu dilupa

- apabila berbuat kebaikan

-apabila orang berbuat jahat kepada kita

ustaz pesan..kita mesti buat-buat lupa dua perkara di atas untuk mengelakkan dari kita mengungkit atau berkira dengan kebaikan yang telah kita lakukan dan juga lupa pada kejahatan yang orang lakukan kepada kita untuk mengelakkan sifat hasad dengki dan dendam terus membara dalam diri..

berbalik kepada perkara-perkara yang menjadi pesanan ustaz kepada kami tadi..aku merasakan memang hal tersebut ada betulnya, tetapi dalam realiti jarang untuk kita jumpa perkara tersebut berlaku malahan ianya kelihatan terbalik dengan amalan kita pada hari ini.

Lupa pada kebaikan???? emm aku rasa, sekali buat baik je pon kita dah berkira dengan orang tu kalau pon pernah buat kebaikan itu sikit je..padahal yang sepatutnya kalau tangan kanan kita yang menderma tangan kiri pon tidak tahu.ini tidak, kalau nak beri derma kat rumah anak yatim ke..cek punya la besar gedabak siap ada liputan dalam media lagi pasal ni.."datuk ****???? bagi derma kepada orang miskin sejuta ringgit."
adoihhhhh, itulah trend zaman sekarang.

Lupa pada kejahatan oarang pada kita?? yang ni lah yang paling susah sekali nak buat.. even aku sendiri pon akui aka hal ni..emm skali orang sakitakan hati, orang tikam kita dari belakang atau mengumpat segala bagai, kalau kita tahu akan hal tu..ak rasa tobat korang semua kan marah and susah untuk lupa and maaafkan..maafkan tu boleh trima lagi, tapi untuk lupa kejahatan die and ingat balik orang tu punye kebaikan memang sangat susah. namun segala mana kita yakin akan ganjaran Allah terutama bagi hamba-hambaNYA yang bersabar, kita pasti akan berasa tenang dan berlapang dada akan ujian yang Allah beri pada kita.

Entry ni ditulis bukan untuk sesaja tetapi sebagai peringatan untuk diri..lepas ni faryha akan cuba amalkan apa pesanan ustaz untuk menjadi muslim yang lebih baik yang bangga dengan jati dirinya sebagai seorang islam yang mukmin..faryha wanted to be a muslim a teacher to be not a teacher to be a muslim.. semoga medan pendidikan yang daku ceburi ini mejadi platform untuk aku meneruskan dakwah memartabatkan islam melalui pendidikannya...islam yang pernah suatu masa ulung dengan pendidikannya akan terus berkembang pesat...faryha akan menjadi salah seorang penyumbang kepada islam dalam bidang pendidikan dengan kepakaran bahasa inggeris..being an english teacher doesn't mean that i am going to be a western english teacher but i am going to be a muslim english teacher who teaches her children to be better.

setiap orang ada orang ada harapan dan orang yang memebri harapan untuk kita terus berharap...Allah itu sumber utama untuk aku terus berharap dalam menghadapi ujian kehidupan ini..

October 20, 2009

CINTA datang lagi



kalau semalam aku masih mampu berseronok2..bermain huhahuhahuhuha..
namun disaaat aku bangun pagi ini, airmataku menitis..
terkedu dan terkilan sekejap..
mengenangkan perubahan dan nasib diri dikemudian hari..
mampukah aku untuk menghadapinya???
kuatkah aku untuk terus berpegang dan bertahan supaya lebih dekat denganNYA..

lalu..air yang disiram ke anggota wuduk itu membuatkan aku kembali tenang
dahi yang sujud ke tikar sejadah terus menenggelamkan aku dalam cintaNYA..
'berdating' dipagi yang hening
tiada siapa yang nampak kecuali aku dan DIA
wah..betapa romantis dan manisnya saat itu
namun ia hanya dapat dirasai oleh orang yang diberi nikmat itu..

aku bukanlah superman..
aku juga bisa nangis..
jika kekasih hatiku..
pergi meninggalkan aku..

aku terus mendampingiMU untuk mendapatkan Cinta itu..
aku tidak akan biar kekasih hatiku pergi lagi dan buat diriku menangis dek jahil dan keruhnya hubunganku denganMU
semoga segalanya akan terus tersemat jauh dilubuk qalbu yang bernama HATI..

September 29, 2009

H1N1 adalah perang moden??

dipetik dari www.ibnuyaacob.com
Di United Kingdom, sebelum vaksin H1N1 diberikan kepada orang awam, setiap doktor dimestikan menerima suntikan vaksin itu terlebih dahulu. Kemungkinan amalan ini juga dilakukan di beberapa negara Asia termasuk Malaysia.

Agak mengejutkan pihak kerajaan apabila 50 peratus doktor-doktor seluruh UK enggan disuntik kerana bimbang akan kesan sampingan daripada vaksin tersebut yang sudah pun diketahui seluruh dunia.

Menurut editor majalah PULSE, Richard Hoey, keengganan doktor-doktor dan para pekerja kesihatan menerima suntikan adalah berpunca dari tanggapan kerajaan telah bertindak di luar batas hak individu seseorang dengan cara memaksa menerima suntikan.

Kenyataan dari Health Protection Agency yang mengatakan vaksin H1N1 boleh menyebabkan barah dan Sindrom GBS masih lagi diterima dengan yakin oleh kebanyakan doktor serta pekerja kesihatan. Ini berdasarkan kaji selidik yang dilakukan oleh majalah PULSE dan majalah GP di UK.

Keengganan kebanyakan doktor-doktor di UK menerima suntikan telah menimbulkan kemarahan Prof. Dr. David Salisburry iaitu Pengarah Jabatan Imunisasi di Kementerian Kesihatan UK. Beliau menegaskan setiap pekerja kesihatan sama ada doktor atau kakitangan hendaklah melaksanakan dasar yang telah ditetapkan kerajaan.

Penentangan pemberian vaksin di Australia

Di Australia, presiden Australasian Society for Infectious Diseases (ASID) iaitu Prof. Tom Gottlieb telah menghantar surat bantahan program pemvaksinan kepada kementerian kesihatan Australia. Di dalam surat tersebut Prof. Tom Gottlieb menyatakan mereka bimbang akan berlakunya jangkitan penyakit akibat pencemaran darah melalui suntikan.

Penentangan pemberian vaksin di Kanada

Di Kanada, Canwest News Service melaporkan majoriti doktor-doktor dan pekerja-pekerja kesihatan tidak mahu disuntik vaksin H1N1. Keengganan doktor-doktor ini amat merungsingkan pihak kerajaan Kanada sehingga mendesak Persatuan Perubatan Kanada mengeluarkan arahan memaksa ribuan doktor dan pekerja kesihatan mengambil vaksin H1N1.

Secara logiknya, kita sendiri sudah mendapat jawapannya mengapa ribuan doktor dan pekerja kesihatan di Kanada enggan mengambil vaksin tersebut. Jika mereka yakin vaksin H1N1 tidak merbahaya mengapa pula mereka sendiri enggan mengambilnya.

Vaksin H1N1 juga penyebab kanser

Pakar paru-paru dari Jerman, Dr. Wolfgang Wordarg mendakwa vaksin H1N1 yang bakal disuntik kepada masyarakat juga dikhuatiri boleh meningkatkan kadar penyakit barah paru-paru. Dakwaan itu berasaskan penyelidikan yang dibuat ke atas vaksin keluaran farmasi Novartis.

Menurutnya lagi, peningkatan kadar penyakit barah dalam badan kemungkinan berpunca dari sel-sel binatang yang dimasukkan di dalam vaksin oleh pihak pengilang. Dr. Wolfgang Wordrag menyimpulkan bahawa;

“People’s fear of the pandemic as an “orchestration”: “It is great business for the pharmaceutical industry”

Kenyataan Dr. Wolfgang di dalam akhbar Jerman, Neuen Presse juga disokong oleh presiden Paul Ehrlich Institute iaitu Dr. Johannes Lower. Beliau mengatakan kesan sampingan yang bakal dihasilkan oleh vaksin H1N1 dijangka lebih berbahaya daripada virus H1N1 itu sendiri.

Usaha Kapitalis Memujuk Doktor-Doktor di UK

Propaganda kapitalis Yahudi semakin jelas dalam isu Selsema Babi sejak kebelakangan ini. Pada 30 Julai 2009, Daily Mail mendedahkan kerajaan Britain akan membayar £7.51 (RM51) bagi setiap suntikan yang dibuat ke atas orang ramai. Bagi mendapat bonus tersebut, para doktor hendaklah terlebih dahulu menandatangani suatu perjanjian dengan kementerian kesihatan UK.

Berdasarkan peruntukan kerajaan, kemungkinan seorang doktor akan diperuntukkan 1800 orang pesakit bagi sesuatu kawasan. Agihan ini menunjukkan setiap doktor yang terlibat dalam perjanjian ini akan memperoleh sekurang-kurangnya £27,000 pound (RM183,600) dalam sesuatu masa.

Nilai yang diperoleh oleh doktor menunjukkan keuntungan dari program vaksin H1N1 melebihi jumlah gaji tahunan doktor-doktor di UK iaitu £107,000 setahun. Daily Mail juga mendedahkan kerajaan UK telah pun menyediakan belanjawan khusus sebanyak £600 juta hanya untuk imbuhan memujuk doktor-doktor di UK menyokong program pemvaksinan ini.

Boleh dikatakan sekarang doktor-doktor di UK tersepit sama ada untuk memilih hak-hak kemanusian atau bonus sekali seumur hidup. Bonus daripada Vaksin H1N1 yang dijanjikan pada Julai 2009 ini memperlihatkan kerajaan UK sudah menghidu akan bantahan yang bakal dibuat oleh Health Protection Agency dan Persatuan Ahli Neurologi di Britain pada 26 Ogos 2009.


Laporan akhbar di Malaysia tidak profesional



Tidak pasti apa yang ada di dalam kepala para editor bagi akhbar-akhbar tempatan di Malaysia. Tiada langsung isu-isu H1N1 dibincangkan secara kritis dalam usaha mewujudkan momentum kesedaran di kalangan masyarakat. Isu artis dan selebriti sampah masih lagi mendominasi berita di dada-dada akhbar.

Selsema Babi yang ditakuti babi sendiri ini pun masih dianggap enteng dan setaraf dengan berita-berita tabloid. Seperti yang kami artikelkan dahulu, kerajaan Malaysia masih lagi seronok membilang angka-angka kematian dikalangan masyarakat. Program-program yang melibatkan orang ramai masih lagi dianjur oleh pihak kerajaan.

Persatuan Doktor-Doktor Perubatan Malaysia pula masih diam dan tiada satu laporan analisis berkaitan vaksin yang dikeluarkan. Apa yang diperoleh dari persatuan ini hanyalah laporan-laporan tentang majlis-majlis makan malam yang dianjurkan di hotel. Semuanya kelihatan taksub dengan berita-berita propaganda dari WHO a.k.a World Health Order.

Persatuan Pengguna pula tidak mengeluarkan isu-isu yang dibangkitkan oleh persatuan-persatuan pengguna di US dan UK. Sebelum ini Persatuan Pengguna Malaysia amat gagah menyelongkar kandungan-kandungan geletin haram di dalam produk-produk makanan. Banyak laporan-laporan penyelidik dari makmal di US dicanang di Malaysia tetapi apabila pengguna-pengguna di US membantah penggunaan vaksin tidak pula maklumat itu dihebahkan.

Program Pemvaksinan adalah salah satu perang akhir zaman
Tanggapan terbaik yang boleh dibuat untuk isu H1N1 ialah ia merupakan satu bentuk perang moden yang sudah keluar dari definasi perang konservatif. Umumnya kita dididik dengan takrifan bahawa perang mestilah berpakaian seragam hijau, bersenjata dan berkawad tetapi situasi H1N1 ini sedikit sebanyak membuktikan takrifan perang terlalu luas dan tidak hanya bergantung kepada sejumlah perkataan yang terhimpun di dalam kamus Oxford sahaja.

Ternyatalah bahawa kamus yang diiktiraf oleh badan-badan akademik antarabangsa itu sebenarnya telah berjaya menyekat ruang pemikiran manusia berdekad-dekad daripada berfikir secara ‘out of box’. Maka untuk memecahkan halangan yang dibina oleh kamus itu pula memerlukan situasi besar berskala global misalnya isu H1N1 ini.

Berperang di luar takrifan perang lebih menyukarkan ramai pihak khususnya pihak Islam sendiri kerana perang cara ini lebih mengutamakan ketajaman pemikiran dan strategi yang tinggi. Maka di sini haruslah kita berhati-hati dengan cuba mengikuti perkembangan semasa satu per satu tanpa hanya bermalas-malasan dengan doa tetapi langsung tiada usaha membaca.

Mangsa sebenar perang vaksin ini adalah masyarakat yang tidak mahu mengikut arus pembangunan isu dunia serta tidak mahu mengambil berat terhadap sesuatu masalah yang timbul.

Program pemvaksinan yang telah berlaku berbelas-belas kali di seluruh dunia ini kami teorikan ia sebagai satu perang dunia ketiga yang mana semua manusia menjadi mangsa peluru virus. Undang-undang yang terpahat di WHO adalah umpama tempat membuat keputusan ketenteraan Illuminati manakala pengilang-pengilang farmasi dunia umpama kilang-kilang peluru halimunan yang sedikit demi sedikit mencengkam nyawa manusia.


Agen-agen Illuminati sedar, berperang secara nyata dengan umat Islam hanya akan membangkitkan semangat jihad dan perpaduan seluruh dunia. Perpaduan yang jitu ini sudah pasti akan mendesak campur tangan dari para wali yang tidak diketahui lokasinya dalam menghadiahkan doa-doa kehancuran untuk kelompok Yahudi Zionis.

Kami lebih mengesyaki program pemvaksinan yang dilihat mulia dari luar ini kepada salah satu program peperangan kerana mengikut sejarah perubatan, Bapa Pemvaksinan dunia iaitu Dr. Edward Jenner adalah seorang ahli Freemason. Pada 1812, Jenner telah dianugerahkan Worshipful Master di Lodge of Faith and Friendship Berkeley, Gloucestershire, Britain.

September 12, 2009

Maafkanku..

Wah..akhirnya terupdate jugak blog yang dah begitu lama bersawang kat sini. Sedar x sedar ramadhan dah nk berlalu pergi pun. Tapi aku x tahulah macam mana dengan ibadahku pada ramadhan kali ini..semoga ia dinilai dengan percentage yang lebih baik berbanding ramadhan yang lepas..

Bulan ramadhan kali ni sgt menguji kekuatan mental dan physical aku..lebih lagi jiwa yang lemah ni.susah betul kalau nk bercakap soal hati ini, sememangnya aku x boleh lari dari perasaan fitrah kasih sayang ni. Sememangnya ia kekadang membawa kegembiraan, tapi bila berdepan dengan masalah dalam relationship tu…Allah ya tuhan je tau macam mana pedih dan skitnya perasaan ini diguris.

Maafkan aku andai ku mengguriskan hatimu..tapi ketahuilah aku melakukan ini semua demi maruah yg aku pertahankan..perkataan kasih dan sayang itu x mudah untukku kuluahkan melainkan kepada DIA..yang aku cinta…kepada dia..terima kasih kerana memberi peluang kepada aku tuk mengenali kamu, untuk merasa kasih sayang yang sementara tapi bnyk memberi pengajaran kepadaku..tapi cukup setakat itu memberi pengajaran kepadaku untuk tidak lagi mengulangi kesilapan lalu..aku redha dengan apa yg terjadi sebelum ini, biarlah kau membawa haluan kau sendiri dan aku membawa haluanku.aku dah serik..aku x nak tersalah langkah lagi..yaAllah bagilah aku petunjuk ke arah jalan yg diredhaiMu.

aku ada masa seminggu lagi kat sini sebelum balik raya..rase x sabar sungguh nk jumpa mereka buah hati aku skrg

abang ayis


adik faez...


mukhlis..si montel


cik pah mereka

August 14, 2009

WHAT happened??

it's been a long time i didn't post anything here..almost more than 1 month.
lots of stories to be shared but didn't have time for blogging
busy.busy.busy( that word always came out in my life)

last week just completed doing School Based Experience at SK Sungai Lalang,
miss the the time to be there and being called "teacher".but really hate fatigueness yet stil enjoy the moment with those cute kids.
this weeek got a really bad fever which at first i thought it was H1N1, but i thank God it was not! exhausted of getting through with this fever,flue,cough,headache and so on.

my life also getting pack once again with the assigments..oh my GOD, please help me..

July 08, 2009

i'm proud to be a MUSLIM!!!

salam..

awal2 pagi lagi sudah bangun untuk bersiap ke kelas..hari ni ada presentation LTL..
tercetus keyakinan dalam diri untuk buat yang terbaik..
alhamdulillah..aku dan oyeen mendapat positive comment from mdm Thai..thanx oyeen.

lepas tu masuk plak kelas puan Malar..lecturer yang mengajar ethnic relation..aku memang respect sgt kat die eventhough she is not a muslim..she is very open minded.bila die bercakap pasal agama, wah memang tekejut aku dengar. sebab die banyak tahu pasal islam. dan mase kat skolah die memang blaja agama islam..actually die cakap die masuk class agama n dengar je sebab die malas nk kna tunggu kt luar class.. siap die puji2 lagi ustazah die baik..ustazah norshidah.starting from skolah rendah smpailah skolah menengah die belajar agama islam n mase SPM siap ambik paper agama islam.
die cakap die boleh tulis jawi dengan baik..
puan malar ni jugak pernah mengajar tamadun Islam form 6 mase die mengajar kat skolah dulu..

mengikut kate die x de salahnya kite nk blaja agama lain..dan lagipun ilmu tu berguna untuk kita.apa yang buat aku terfikir..bile die cakap yang kami semua kena tahu sejarah dan hukum2 agama.lagi2 bile dah pergi NZ nnt org non-muslim n other races mestilah akan tnye kite..abis tu kalau x tau nk jawab, alamatya terlopong la ye??

aku bukanlah nk memuji apa lagi memuja die..tapi rase sedih bila reflect diri sendiri yang x lah eager nk baja pasal agama..dan x selalu bangga dengan diri bahawa i'm proud to be a muslim..selalukah kite dengar anak2 muda-mudi yang islam ni ckap saya bangga menjadi ISLAM!!!..rasenya jarang sekali untuk didengari,yang selalu aku perasan..saya bangga menjadi pakwe awk, sya bngga jadi makwe awak..i coupled with her, i coupled with him..hubungan kita makin mesra..manja lagi...sememangnya aku kurang suke pada benda2 macam tu, tapi aku terfikir balik..bagaimana hubungan cinta aku dan DIA..yang selalu perhatikan kita,yang selalu menyayangi kita, yang sememangnya patut menjadi kekasih hati no.1?

mungkinlah apa yang aku tulis ini x terkesan di hti org lain, sebab aku x lah pandai untuk menulis bait kata2 yang bisa menyentuh jiwa org lain..apa yang aku rasa sekarang adalah " i'm proud to be a MUSLIM!!!"

fikir2 dan renung2kanlah..

SUrpRise beb !!

hidup ini penuh surprise..


kekadang suprise itu amat menggembirakan,

tetapi surprise itu juga boleh membuat kita kaget dan sedih.

surprise..surprise..surprise..

memang memerlukan keikhlasan hati untuk REDHA


thanx for the special person who gave me those candies n little bear.

June 27, 2009

happy birthday miss F & miss N

salam..

24th of june..


farah yang bertudung bertudung biru..ayu gitu

happy belated birthday to farah 'aina haris..sorry for being late to wish u happy besday..anyway, you just turn 20, dear. welcome to the adult world..no longer a teenager.
cik farah, umur 20 tu da boleh kawen..tapi opssss siapa calon kamu??

27th of july


najwa yg memang gile animae jepun...

happy birthday to my dear classmate najwa..may God bless u always. u are such a wonderful frend to me...nak hadiah meh la datang bilik faryha ye..we've got something to give it to u.
najwa. kamu da umur 2o tahun arini..and same like farah..welcome to the adult world..u can no longer act like a kid but be a gentle woman k!najwa memang nampak macam org dewasa and look likes as ibu mithali..tapi awas...when u know the real najwa..there is something unique about her..u will know it if u close to her.jgn marah ye najwa..sometimes.. i adore ur style.

June 26, 2009

10 Orang Islam Yang Kejam

salam..

sekejap saja masa berlalu.. kini kita sudah berada di dalam bulan rejab yang x berapa lama kemudian menghampiri bulan syaaban..itu menandakan bulan ramadhan juga sudah semakin dekat.bagi yang x habis ganti puasa(especially perempuan la)..segerakan tunaikan kewajipan anda..jangan tunggu smpai dah hari syak baru nk ganti pulak.

sementara berada didalam bulan ini..sama2lah kita renungkan ibadah diri kita sendiri..adakah cukup dan sudah bersediakah kita menghadapi DIA andai ajal yang x mengenal wkatu itu menjemput kita???tepuk dada, tanyalah iman sendiri.


Sufyan Athsauri berkata: Sepuluh jenis kekejaman ialah:

1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri dan tidak mendoakan anak-anaknya dan kaum Mukmin
2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran tetapi tiap-tiap hari tidak membaca 100 ayat
3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat (sunat Tahyatul-Masjid)
4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur
5. Seorang yang sampai si sebuah kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang berjemaah
6. Seorang yang daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya
7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu
8. Seorang yanmg diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang
9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan
10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar tetapi tidak beri daripada makannya itu

p/s: sama2 lah pikir n refleks pada diri sendiri dulu..kemudian barulah tgk pada org lain, adakah kita ini muslim yang kejam??sanggupkah kita mendapat title itu??nauzubillahiminzalik.

June 24, 2009

mulut masin ke manis??

assalamualaikum..

Bak kata orang, mulut emak itu masin..masin bukan sebab makan garam ke apa..tapi mulut mak tu selalu menjadi kalau apa yang die kata..

Buktinya saya sekarang akan menjadi cikgu..kakak menjadi nurse dan adik pulak akan menjadi lawyer..hairan bin pelik bin ajaib macam mana saya boleh nak jadi cikgu ni..padahal cita2 saya bukanlah nak menjadi seorang guru malahan nk menjadi businesswomen…eh ye ke??

Sejak kecil mak dan juga family saya memanggil saya cikgu..cikgu jagung..hanya saya yang tahu kisah disebalik cikgu jagung itu..kakak plak dipanggil “mici” or mercy or nurse..sebab kakak suka tolong orang dan rajin buat kerja..kerja nurse tu memang amat sesuai dengan dia..manakala si adik ni plak yang memang banyak cakap sejak kecil dipanggil lawyer..lawyer buruk..kalau dah die bercakap, orang lain pasti kalah dengan dia..die tetap akan pertahankan diri wlpn dia yang salah.adik memang suka bab2 bercakap ni, x hairanlah kalau sejak die PASTI lagi dah masuk syarahan agama peringkat negeri..dapt b johan plak tu.plak tu..umur die 6 tahun je baru mase tu,tapi sudah ada yang menjemput die untuk memberi syarahan..sampailah die besar memang die suka bercakap sampai pernah jadi pembahas terbaik kat sekolah.

Saya seakan x mahu percaya bahawa apa yang digelar2 dan dipanggil2 sejak dari kecil itu menjadi kenyataan.mula-mula kak.Na ,asalnya ambik course lain kat university.eh tup..tup dapt dapat offer jadi nurse, terus die terima.dah sorang yang menjadi kenyataan.sekarang jadilah die nurse. Lepas tu saya plak, elok2 nak amik chemical engineering mase kat matriks..aih..tetiba je dapat panggilan cikgu plak..mm xtahulah macam mana saya boleh terambil course ni.apapepun saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang ni.

Yang terbaru plak ni si adik saya la…die betul-betul nekad nak ambik law..hai memang saya hairan sebab setahu saya die memang sgt bercita2 nk jadi dentist, tapi x kesampaian kerana x de rezki.die sanggup x ambil offer sebuah syarikat nk taja amik engineering kat jepun..sebab katanya memang x minat engineering..x pe la..saya dokan die Berjaya sebab katenya die dah buat sembahyang istikarah dan itu adalah pilihan yang terbaik buatnya..

Bila dikenangkan kembali, saya rasa nak tergelak sebab apa yang disebut2 oleh mak dulu menjadi betul..padahal cita2 kami berbeza dengan apa yang kami ambil sekarang..itulah kite katekan,,mulut mak tu masin..kata2nya menjadi doa..kalau nk Berjaya suruhlah mak ayah berdoa utk kita semua..insyaallah doa dari hati seorang ibu itu adalah ikhlas dan senang termakbul.

May 27, 2009

ABBYKU...

salam,

Budak lepasan mesti keliru nak pilih apa yang terbaik untuk diri sendiri kan?? Lebih2 lagi kalu dapat result ok n dapt bnyk tawaran..

The same thing goes to my sis yang baru lepas spm tahun lepas..result die boleh katekan baguslah jugak.Asalnya die bercita2 nk ambik medic, tapi harapan x kesampaian bile die dapat interview jpa untuk dentistry kat jepun..tapi x de rezki die untuk dapat course tu, Then dapat la pulak offer matrik kolej mara kulim..tempat saya belajar dulu.tapi die tolak..

Tup..tup dapat plak uia ambik course law..n dalam mase yang same die g jugak interview maktab untuk ppismp bahasa inggeris..ishh..adik saya yang ni memang suke ikot saya..ye la..skolah rendah la same, naik skolah menengh pergi smka melor pon same tempat ngan saya jugak..bile saya keluar smkam and smbung blaja kat kisas f4 & f5..die pon ikot jejak langkah saya jugak..saya dapat tawaran maktab course English, die pon same, dapt kolej mara kulim pon same jugak..adoiyaaaa..adik saya yang sorang ni memang ikut jejak langkah saya..

Satu hari saya pernah cakap kat die.. “bo la ikot aku..asyik samo ja kito ni..pahni mu pilih benda len n gi tempat lain la plok”(versi Kelantan)..ape jenis kakak la saya ni..orang lain suke je kalau adik beradik dapat blaja skali..tapi saya x suke sangat..haha.siannye adik saya ni.tapi kekadang saya bangga jugak ada adik macam die yang pandai ni..mase kat skolaha smka..die selalu dapat tempat pertama..mane x bangganya..tapi saya x la hebat macam die..tapi kira ok la kalau still dok dalam list top 10 kan??

Karektor kami berdua agak berbeza walaupun muka hampir sama..saya jenis out going skit, suke berjalan2,suke benda2 lasak,suke sport, suke berkawan ramai,suke famous, banyak cakap, n kasar sikit rsenya. Die plak, jenis yang xsuke sangat nk bejalan2, banyak cakap time perlu je, lembut skit daripada saya ni, x suke sport, kawan2 pon x seramai saya, x suke famous n memang die adik yang sangat baik bagi saya.
Arwah mak pernah cakap.. “ma rase die pandai walaupon x rajin sgt membaca sebab hati dia lebih bersih”..adoi, kena sebijik kat saya..mungkin btol la kot..memang saya jeles,bile tgk die asyik tdo je tido je, tapi result selalu gempak. Mak cakap hati die senang nk terima ilmu sebab jiwa die lembut..yeke??.die memang sgt jujur dan agak ‘lurus’ sikit..kadang2 rase macam jahat plak bile saya suke main2kan die mase kecik2 dulu.

Ada suatu hari saya main mesin jahit..konon2 la menjahit baju, sekali saya terjahit tangan die..bayangkanlah, jari die tembus ditusuk jarum tu..emm kalau igt balik rase ngilu plak..memang sakit dan die menangis sekuatnya.dah la mase tu mak saya tgh tido..hahha..padan muke kena marah x pasal2, tapi adik lagi la ksian, dah la innocent, dapat sakit x semena..saya plak ske main2..kelakar bile teringat zaman kecik ni.

Balik semual kisah adik saya yang keliru nk pilih apa yg terbaik untuk die nii..skrg ni, die dah g daftar kat uia petaling jaya amik law…tapi rezki lain pula mendatang, tetiba je dapat offer amik engineering kat jepun bwah tajaan sebuah syarikat(lupe name syrkt tu)....tapi saya pelik kali ni die x nak..hmm kalau saya yg yg dapt peluang tu..mmg trus grab..orang taja, dapat blaja free je then abis blaja terus keje nagn syrkt tu.die x nak ambik engineering n mungkin akan tukar course kat uia tu amik pharmacy plak..die ad jugak ckp nk jadi cikgu je kalau dapt offer mktab..haiya, pening kami..tapi mgkin die x minat, x leh nk kate ape la..tapi saya harap sgt die akan pilih yng terbaik untuk diri dia..eh dari mule cerita saya x mention pon name die..haha..asyik sebut adik je..name die pon saya suke,azalea, tapi lebih manja dengan panggilan abby.ramai org pelik knpa panggil abby tapi nama azalea(macam penulis buku ‘Nea Azalea’ plak).mase kecik asyik panggil baby je..lekat smpai besar name tu..huhu..tapi best jugak sedap name tu..

gambar kenangan bersama abby

abby and tiehah

May 22, 2009

Sayang ..tapi..

salam,


Fikiran mula melayang-layang n menerawang ke tempat yg ingin dituju..
keluhan dalam diri membuat jiwa lebih tertekan namun semua itu kujadikan cubaan dalam hidup.
Bila hatiku mula berbicara, jariku akan mula menaip kata membicarakan apa yang terbuku didalam hati..
apa yang dirasa mungkin akan terluah disini namun ada juga yang perlu sahaja ku simpan didalam satu sudut yang dinamakan hati..
Fikiran melayang lagi, melayan perasaan yang tidak keruan ini..
Sampai bila akan kuterus memendam perasaan ini..
Aku memamang tidak suka membenci dan…
membenci diriku bila aku membenci orang lain dengan tidak semena-menanya..
namun orang itu membuat sifat benciku semakin meluat-luat..astaghfirullahalazim..
yaallah kuatkanlah hatiku..
tabahkanlah hatiku dan hati2 kami semua
kenapa dia sanggup merebut dan merampas cinta aku dengan rakus..
apakah aku boleh mengangggap dia insan lagi..
sedangkan dia cuba untuk memisahkan kasih sayang antara kami semua..
kasih yang dulunya kami tatang bagai minyak yang penuh
kasih yang sememangnya tiada ganti
kasih yang paling berharga dalam dunia ini bagi aku dan mereka..
tetapi dia sanggup berbuat kejam kepada kami
kenapa seharusnya ini berlaku..
aku bukan mahu menyalahkan takdir
tetapi jiwa rapuh insan lemah ini tidak mampu untuk menerima kamu lagi..
aku buntu apa yang mahu dilakukan lagi
seolah2 aku dan kami tidak mampu untuk berbuat apa lagi..
aku semakin menjadi lemah..
namun ku kuatkan jua hati ini..agar aku dan kami semua mendapat cinta itu lagi
kasih dari seorang yang amat kami sayang..di dunia dan di akhirat
semoga orang yang kami sayang ini akan tersedar dari lamunan mimpi
mimpi yang dibuai arus dunia
mimpi yang dipenuhi hasad dengki yang kuasai oleh syaitan..
mimpi orang yg cintakan dunia dan harta serta melupakan akhirat..
kerani kami sangat menyangimu..

kepada die yang merampas kasih kasayngku dengan cara yang tidak sepatutnya dan dimurkai ALLAH ingarlah amaran ALLAh ini:
”(dengan sebab keingkaran mereka), Allah MENGUNCI HATI serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka telah tertutup dan bagi mereka pula disediakan azab seksa Yang amat besar.” (al-Baqarah: ayat 7)

p/s: mood menulis ini datang bila aku teringat abah..aku sayang abah..tapi apakan dayaku insan lemah ini..agak susah untuk interprate apa yg aku tulis ini kerana hanya org yg mengalaminya akan mengerti perasaan luka ini.

luahan hati: FArYHa

Rinduku

Salam

Lebih 10 hari tidak menulis di sini. Kali ini tidak gian langsung. Tiada apa yang hendak digiankan buat masa ini. Dalam otak serabut dengan pelbagai benda lain. Sehinggakan, kalau ditanya dengan tiba-tiba, saya boleh termangu-mangu sekejap sebab sedang memikirkan hal lain. Sememangnya exam sudah abis..dan sepatutnya free soul n free bdy la katekan..namun bnyk lagi perkara lain yg terpaksa saya fikirkan sehingga menyebabkan mood berblogging tu menjadi kurang.

Tidak ketahuan apa yang ingin dibuat,x terplanning pun lagi

Hujung minggu yang memang menggeramkanku sebab x dapat balik rumah walaupun dh abis exam .Dan dikhabarkan bahawa system electric kat maktab ni tidak akan berfungsi selama 2 hari..start 22-23 may..

Warghhhhhh!! Apa saya nak buat..klu ikot kehendak ati nk je cabut balik rumah.nak buat apa pun susah bile eletrik x de..

Baru je igt nk mengupdate blog yang bersawang ni di waktu hujung mggu, tapi apakan dayaku..jodoh saya dengan blog tiada.lagipon rasenya, saya perlu fikir bnyk benda lagi selepas ni..hal rumah sewa, test jpj kereta dan motor(doakan saya lepas ye) dan adalah bebrapa hal privacy yang perlu saya selesaikn lagi..

Tadi singgah sekejap di FTI..rindu la kat mereka semua..fathy, radin, syila,aimi..p/s: bile kamu semua nk balik Malaysia??

To miss hidayah hamdan yang menunggu saya untuk balik rumah n berkongsi macam2 cerita..sabar ye..saya pun rindukan kamu n niesa jugak..hampir satu tahun dah kite x jumpe..mmg ieha rindukan kalian..

Rindu jugak kat adik bradik yg dok jauh dimata tapi dekat dihati..x sabarnya nk jumpa smua org yang saya sayang dan rindu..

salam rindu dariku untuk kamu semua


luahan hati: FArYHa

Indahnya Memori BERSAMA..

salam,

maaf sebab dah lame x update n biarkan ia bersawang hampir 2 weeks..anyway exam was over..but yet the mood for blogging masih x de..a few things crowded in my mind..
bile tgk2 gmbar dalam laptop saya ni..terjumpa la balik gambar2 kenangan lame mase kat skolah KISAS dlu..ni sebahagian darinya mase saya g jalan2 Bukit Tinggi bersama ngan Lembaga Ketua Pengawas(LKP)..


i like this swannn

together we are..

gurl in the roses

miss aini..where are you??miss u so much

with rabbit the cutest

ieha n clown

teringatnye baju batik KISAS yang saya pakai tu..

dari kiri afan,terlupe la name akh yg baju merah tu,akh firdaus a.k.a awe,cik ijat, cik ieha,fatimah mahmud, fatimah ghaffar n k.wana...miss them

cik ieha n cik fatin zuani..(kat UIA skrg ni, amik course ape x sure)

ni plak azlenn( budak yg terror bio..sakng balaj kat JUST jordan amik medic)

sabrina n tiqah..(sab dok kat UIA klu x silap la..n tqah smbung blaja medic kat JUST jordan..ni budak pandai skolah aku dlu..slalu jadi top scorer)

cik faryha n miss atiqah

colmar tropicale

before going back..sempat lagi posing



p/s:muke saya waktu kat skolah dlu len skit dari skrg..rsanya dulu nampak lebih alim skit dengan bertudung labuh(sejuk je mate memandang)..insyaallah saya akan pakai balik macam ni bile pergi NZ nnt..amin.

May 09, 2009

Abnormal feeling

assalamualaikum w.b.t

dia makin jauh dgn kami..
dia makin pelik dan boleh jadi krg normal drpd biasa
kami bingung..
tidak ketahuan untuk berbuat apa..
hati menjadi tidak keruan
perasaan sedih, takut dan hampa menyelubungi
tidak mahu kehilangan kasihnya lagi
setelah berapa lama die menjadi begitu dan begini
semoga dia akan berubah menjadi seperti dulu
kerana kami sgt menyayaginya
kerana kami sgt merinduinya
kerana dia adalah satu-satunya pada kami
tiada pengganti..

p/s: entry di atas ditulis dlm masa 5 minit sekadar meluahkan perasaan yg terbuku...i've to go for study group now..wasalam

exam

LINGUISTICS -------- 18 MAY 2009
PHILOSOPHY--------------19 MAY 2009
HUMAN DEVELOPMENT-------20 MAY 2009

May 07, 2009

KAU TERCIPTA UNTUKKU

Hari ni saya da berbuka puasa blog..hehe.boring yang keamatan berada kat bilik bile roommate tiada kat bilik..what should I do?? Got not class for one whole day..Study?? Can’t focus for a long period. Take a few minutes to write something in this beloved blog.

Tetiba teringat satu persoalan dari seorang kawan yang menerjah fikiran pada suatu hari.. “ieha x rase nak couple ke??” Lebih kurang macam tu la jugak bunyi soalannya.Waa..soalan yang cukup mendebarkan hati saya untuk dijawab.entah la macam mana soalan tu boleh keluar dari mulut die..saya tersentak n terkedu x tau macam mane nk jawab..saya hanya mampu menggelengkan kepaladan tersenyum..pastu dengar je la kawan ni dok bercerita..die pon single jugak n tgh searching for someone..die bilang sama saya..ada org ckp kat die org yg xde couple ni macam x laku je..hukhuk..terasa plak saya..

Tapi ye ke macam tu???org yg x de couple ni mmg x laku ke?? Ke org tu yg high taste n terlalu memilih sgt??emm saya x kisah pon orang nk ckp ape kat saya klu x de couple..lantak la org nk pandang apa asalkan kita tahu apa yg kita buat..saya jawab macam tu je untuk persoalan di atas tadi..bagi saya, saya tetap berpegang dengan hukum syariat itu sendiri yg couple itu HARAM..so saya akan cuba sedaya upaya diri saya untuk menjauhi perkara itu..lagipun bagi saya masa sekarang adalah masa untuk saya focus pada pelajaran..setiap org ada pandangan or view yg bebeza..saya x boleh nk nafikan yg cinta itu merupakan satu lumrah serta fitrah..dan org yg x de fitrah cinta menyintai ni adalah org yg abnormal. Saya x kate bercinta itu saya salah..tapi macam mane kita macam mana kita jaga cinta itu..kepada siapa kita meletakkan cinta itu adalah soalan yg harus kita jawab..suke hati kamu lah nk suke dan bercinta dgn siapa..tiada siapa yg boleh menghalang hati untuk tidak menyukai org yg kita suka dan kita sayang..btol x??

Ada jugak sesetengah org yg desperate dengan couple ni sampai da x kisah siapa pon die..janji ada org yg nk couple dengan die..die main trima je..bagi saya perasaan ini x boleh dipaksa dan ia akan datang bile tiba masanya.bila hati kita terbuka untuk terima seseorang..masa itulah cinta akan hadir.x perlu dipaksa dan x perlu terlalu mengejar..ia akan datang dengan sendiri bila tiba masanya.perempuan yg x de couple sebelum khwin or mase muda remaja ni bagi saya bukanlah perempuan yg x laku..tetapi dia terlalu mahal..kerana cintanya hanya boleh di beli oleh sebuah mahar perkahwinan yg sgt suci.die bukan mudah tertipu denagn perkataan I love..i miss u. kalau di tanya saya..anda ibaratkan diri anda sebagai apa…banyak jawapan yg akan saya berikan..salah satunya saya suka menganalogikan diri saya ini sebagai sebuah jam yg mahal..kalau saya ini sebuah jam yg mahal..sudah pasti saya akan dijaga dan diletakkan di suatu tempat yg x smua org boleh lihat..ye la..hanya org kaya yg boleh lihat..jam yg mahal jugak akan dibalut dan diletakan dalam kotak yg cantik dan x boleh suke2 hati disentuh oleh sesiapa…berbeza dengan jam yg murah yg mungkin hanya boleh dijumpai di pasar malam dan juga pasar lambak..dengan harga RM5 pon boleh dapat..jam yg macam ni..org biasa2 pon boleh bli n pakai…siap buat jam pakai buang lagi.begitu jugalah perempuan..perempuan yg mahal dan tinggi nilai harga dirinya bukan suke2 hati dan begitu senang untuk semua lelaki ajnabi mendekatinya dan memegang die sesuka hati..die akan juga menutup segala perhiasan yg boleh menarik perhatian lelaki2 yg tidak menjaga pndangan matanya...malah ia akan menjaga perhiasan itu sehinggalah saatnya tiba dan hanya boleh dinikmati oleh seorang insan yg bernama “suami”.

Cinta bagi saya pula.. “cinta tu ibaratnya kita dengan rama-rama..bila kita nak tangkap rama-rama tu,rama-rama tu mesti terbang jauh2 dari kita..makin dikejar,makin ia lari,makin susah nak tangkap.. tapi bila kita duduk senyap-senyap,duduk diam-diam dengan penuh sabar dan bila sampai masanya,rama-rama tu akan datang dan hinggap pada kita..”

“macam cinta,makin kita kejar,makin susah nak dapat cinta tu..makin jauh cinta itu..bukan sahaja cinta manusia,cinta pada Tuhan pun usah jadi dambaan jika kita terlalu asyik dan mengejar cinta dunia ini”
“tapi bila kita duduk diam,teruskan kehidupan seperti biasa tanpa fikirkan tentang cinta,tanpa fikirkan bila ia akan datang,tanpa fikirkan seronoknya bila bercinta, akhirnya cinta itu akan datang pada kita..bukan sebarang cinta,malah jika kita sabar menanti dan usaha utk mendapatkannya cinta,Dia akan anugerahkan cintaNya sekali..jadi buat apa mahu sibuk2 fikirkan hal cinta ni sekarang..bukankah kita ni hambaNya yang sentiasa mendambakan kasih sayangNya..”

sy mahu menjadi seperti penangkap rama-rama yang sabar menunggu rama-rama yang cantik..cantiknya rama-rama dengan sayapnya yang indah2 itu....cantiknya cinta bila ia dihiasi dengan iman dan bersulam dengan takwa..bertambah cantik jika dicintai oleh seseorang yang dlm masa yang sama dicintai oleh Tuhannya..bukan sahaja cinta manusia saja yang sy dapat,cinta Tuhan pun saya berjaya miliki..cantiknya cinta itu jika diberkati dan diredhai olehNya..

Jadi,buat apa mahu sibuk-sibuk kejar cinta sekarang...saya ada banyak sangat benda yang perlu sudahkan dahulu..exam yang da nk dekat ni perlu saya prioritykan dulu..bto
lx??tapi smuanye bergantung pada diri kita jugak macam nk manage time wisely.

Saya akui diri saya ini tidak mudah untuk jatuh cinta..tidak mudah untuk saya melafazkan cinta..tidak mudah untuk saya mengaku yg saya sudah jatuh cinta..(macam dlm lagu Acha “sampai menutup”)..saya berharap agar saya dapat menjaga perasaan cinta itu dan hanya akan diberikan kepada seorang insan yg bernama “suami” tersayang. Perkataan I LOVE YOU..i miss you akanku simpan untukmu..hanya kamu insan yg bakal menjadi suamiku yg layak mendapat cinta pertama ku..hanya dengan kamu saya akan berkongsi segala2nya..bukan insan yg bernama pakwe or bf.hanya hubungan mesra diantara ajnabi yang diikat dengan ikatan perkahwinan yang akan mendapat REDHA ALLAH..alam perkwhwinan itu yg lebih manis bebanding alam percintaan yg x menjanjikan apa2..kemanisan alam percintaan sebelum perkahwinan itu mungkin hanya semnetara..tapi manisnya mendapat restu ALLAH dan ibubapa selepas berkahwin itu lebih manis.kepadamu bakal suamiku yg tidak pernah aku jumpa dan tidak pernah aku tatap..doakanlah agar aku dapat memelihara diri ini dan mempersiapkan diri ini untuk menjadi isterimu yg solehah..bukan untuk menjadi gf tempat bergurau senda dikala hubungan itu masih tidak halal…aku mungkin tidak kenal siapa kamu.. bagaimana iman kamu,bagaimana rupa kamu.. tidak tahu dimana kamu berada..tapi aku yakin suatu hari nnt aku kan ditemukan dengan mu oleh takdir ALLAH yang akan menyatukan kita.amin..

mawar dariku untukmu

Bismillahirrahmanirrahim..
Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMU
Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlha aaku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMU agar aku tidak terjatuh dalam jurang cinta nafsu
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hatiMu
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..
Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu janaganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatu dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.

“tapi,mcm mana jika awak ditakdirkan utk jatuh cinta sekarang?bagaimana jika awak sudah bertemu insan pilihan?mahu dilepaskan?”
Oh Tuhan ,temukanlah dan satukanlah aku dengan insan yang diredhaiMu..dan pandulah hidup kami ke gerbang syurgaMu...ameen...


Wallahua’lam..Dia perancang terbaik..Dia tahu apa yang terbaik untuk saya..

May 03, 2009

Pengumuman PENTING !!

ada sedikit pemberitahuan disini....
saya diarahkan oleh cik faryha(me myself) untuk mendiamkan diri buat seketika serta berpuasa blog mulai hari ini sehingga exam final semester saya...

maka dgn itu,


diumumkan mulai hari ini, 3 may 2009 hinggala 27 may 2009..
anda pasti tidak akan dikecewakan oleh saye...
kerana post ini sentiasa ada utk memberitahu org ramai bahawa blog saye x beroperasi sepjg tempoh ini..

p/s: doakan kejayaa saya ye..dan kejayaan kita bersama(bagi yg nk exam)
hope that all NZ cohort 1 students will pass the exam with a great and big smile
Sapientia magis auro desideranda (Wisdom is more to be desired than gold)VUW motto



gomo kito gomo..study abih reng


hope to be there next year!VUW..i'm waiting for u.


Victoria University's Kelburn Campus.


all da best n gudluck to all