Pages

April 25, 2009

Kisah ketam

salam,

Banyak kisah2 menarik yang saya ingin kongsi dengan anda semua bila baca buku “ biar betul-betul” karangan Dr.Tuah Iskandar..pernah baca x buku ni??
Apa???x pernah?? bagi yang x pernah baca tu mesti tau kisah ni.. let me share a little bit about this story.

Lebih baik menjadi ketam yang menyuruh anaknya berjalan dengan betul daripada menjadi ketam yang menggalakkan anaknya berjalan tak betul, walaupun ibu dan ayah ketam tu x pernah berjalan dengan betul.betul x??

Dah namanya ibu dan ayah, kenalah berperanan sebagaimana ibu dan ayah..wlaupun anda x berapa betul, x berapa baik, x berapa soleh, x berapa solehah, janganlah pulak mengajar anak anda menjadi x betul seperti anda.. situasi ini boleh saya analogikan jugak kepada bakal seorang guru yang nak mendidik anak muridnya.

Anda rasa ada ke ibu bapa yang mngajar dan suruh anaknya berbuat jahat?? Mesti la jarang kite dengar kan?? Tapi, x mustahil perkara ni boleh berlaku.. x percaya?? Rajin baca akhbar x?? pernah baca pasal satu family yg kena tangkap sebab mengedar dadah x? dengan mak ,bapak, anak pompuan dan anak laki semuanya sama..nasib bek x masuk nenek dan moyang sekali je..hmm x tau la ape nk jadi dengan org2 seperti mereka ni. Mungkin sekarang prkara tu x de lagi kot.

Alkisahnya yang saya nak cerita dalam ni pasal bakal2 cikgu dan jugak cikgu yang suke merokok ni..punye la kat sekolah melarang budak2 merokok..siap ckp merokok itu MEMBAHAYAKAN KESIHATAN..tapi mereka pon still lagi merokok..ape kejadahnya nasihat budak2, tapi diri sendiri pon buat jugak..hah, janganlah sensitif bagi yang x buat. Ramai yang menarik nafas panjang. Nak marah saya. Apa pulak terasa hati ni??..hahaha..kan saya dah kata, jgn marah. Yang nak marah ni pasal apa? Pasal betullah kan, ‘ sejjibik’ kena kat muke. Ni x de kena mengena dengan yang hidup atau yang mati tau tapi kalau terasa, nk buat macam mane..terima ajelah…bak kate kema and zack “ saya punye blog, suke hati saya la nk tulis ape”..

Bagi anda yang x boleh nak berpisah dengan rokok ni, knpa? Setiap orang ada alasan tersendiri. Kalau nk membunuh diri jugak, itu masing2 punya duit, masing2 punya badan n nyawa, tapi igt jgn membabitkan org len disekeliling plak!
Nak tahu, ada satu pusat latihan yg pernah Dr.tuah ni kunjungi. Tempat tu digelar sebagai tempat ‘membunuh diri’. Kasar betul bunyinya! Jadi, siapa2 yang nk merokok, sila ke tempat membunuh diri tu. baru adil kan??

Wahai perokok, tahukah anda bahan apa yang anda hisap daripada setiap batang rokok yang anda cucuhkan api dan kepitkan di bibir tu..dan kononya kelihatan ‘ macho’ sgt tu??

Drpd ‘Majalah I’ ruangan Kaunseling Keluarga, tercatat jelas , terang lagi nyata, terdapat banyak sekali racun di dalam rokok. Antaranya, aseton yg dgunakan untuk menanggalkan cat dan satu lagi ammonia yang dgunakan utk mencuci lantai. Lantai yg kotor boleh licin memancar-mancar. Bahan ni ada didlm tokok yg anda hisap tu. boleh tertanggal jantung, tuan! Percayalah!

Apa lagi? Menurut majalah tersebut, ddlm rokok ada racun yang di panggil naftalena, biasanya dgunkan sebgai bahan ubat gegat. Haaaaaaaaaaaa??? Lipas pon boleh mati! Jugak turut mengandungi kadnium dgunakan didlm bateri kereta. Cuba minum air bateri kereta, kalau boleh?? Apa yang anda rasa selepas itu?

Selain itu, ada bahan arsenic yg dgunakan utk mmbuat racun anai2. Ini bukan saya yg kata..tapi ‘Majalah I’ yang kata. Lagi satu karbon monoksida. CO tu ape?? X kan x igt kot belajar dlm kimia dulu..sains pon ad jugak. Tu gas yg beracun yg keluar dari ekzos kereta kita..


KOTAK rokok Saat (kiri) yang
memaparkan gambar bangunan Perdana Putra manakala kotak rokok Dunhill
menggunakan gambar kanser kesan amalan merokok.



Hmmm..punyalah bnyk bahan kimia yg boleh membubuh diri yg telah disenaraikan..kepada semua perokok..choice is in your hand..nak berhenti ke x..sendiri mau igt la bro!!
Kembali kepada kisah ketam kat atas balik..akhirnya saya seru diri saya dan anda semua pembaca, x ape lah kalau nk jadi ketam pon. Tu kalau nk la.klu x lagi bagus. Tapi kalau nk sgt, jadilah ketam yg mengajar anaknya berjalan dengan betol..

Maaflah jika ada yang terasa..maklumlah kita semua ni x perfect.walau macam mana pun nmpk perfect sgt, sebenarnya x perfect..termasuklah saya juga..salam kemaafan dan salam perubahan..

April 23, 2009

PPSMI-menyalahkan guru pula??

salam,

Isu PPSMI ini masih lagi hangat diperdebatkan..dan masih lagi belum ada keputusan yg tetap mengenainya..sejak dari tahun lepas lagi saya suke la jugak nk mengikuti isu ni..maklumlah ianya ada tempias jugak kepada guru..jadi sebagai future teacher..saya rase saya perlu ambik tahu pasal ni...Apa yg berlaku sekarang??jom kita bace satu petikan artikel ttg isu ini..


Nah, secara tidak langsung Kementerian Pelajaran sedang menyalahkan guru ekoran kelemahan murid-murid menguasai bahasa Inggeris menerusi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Dasar yang salah atau guru yang salah? Laporan ini juga, saya kira membuktikan kerajaan, tidak akan memansuhkan PPSMI. Dan dari sini, kita juga semakin memahami mengapa sesetengah tenaga pengajar lebih sudu dari kuah dalam mempertahankan PPSMI - Bayaran Imbuhan Subjek Penting (BISP)? Kita tidak menuduh, ini mungkin hanya sangkaan. Tetapi kini semakin banyak pertanyaan, tanggapan, dan krisis nilai bakal timbul ekoran dasar yang mengkhianati bangsa ini. Sumber klik di sini:

Lanjut Tempoh Kursus Guru PPSMI
Oleh Norakmah Mat Youb

GEORGETOWN: Kementerian Pelajaran bercadang melanjutkan tempoh kursus bahasa Inggeris bagi guru yang terbabit dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) kepada enam bulan, berbanding tiga bulan ketika ini.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim, bagaimanapun berkata perkara itu masih pada peringkat awal dan memerlukan kajian terperinci sebelum dilaksanakan.

"Lanjutan tempoh itu perlu bagi memperkasakan dan meningkatkan penguasaan guru dalam bahasa Inggeris.

"Sejak PPSMI dilaksanakan, banyak pandangan diterima, ada yang bersetuju dan ada juga yang sebaliknya. Ia bukan saja membabitkan murid dan ibu bapa tetapi guru juga," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan maklum balas diterima, cabaran utama PPSMI bukanlah murid tetapi guru sendiri yang masih lemah menguasai Bahasa Inggeris.

Sehubungan itu, katanya, guru perlu diletakkan dalam suasana latihan yang keseluruhannya dalam bahasa Inggeris supaya tahap pencapaian dan kemahiran mereka dapat ditingkatkan.

"Kita tidak mahu lagi guru yang berkursus diselang-selikan dengan tugas mengajar. Ia akan menyebabkan mereka hilang fokus," katanya.

Beliau berkata, jika perlu, sekolah yang menghantar guru berkursus perlu mencari guru ganti bagi memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran tidak terjejas.

Noor Rezan berharap guru yang mengajar subjek Sains dan Matematik meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dengan memanfaatkan sepenuhnya pemberian Bayaran Imbuhan Subjek Penting (BISP).

Katanya, imbuhan yang diterima sepatutnya digunakan untuk membeli buku atau menghadiri kelas tuisyen bahasa Inggeris.

p/s:(artikel diatas ditulis oleh Faisal Tehrani)

lanjutan daripada isu PPSMI yang saya ikuti sejak beberapa ketika ini..membuat saya sebagai bakal guru rasa gerun nk mnghadapi murid2 pada masa akan datang..ye la..nk wat tu x kena, nk wat ni x kena..semuanya guru yg disalahkan..guru yang mendapat nama buruk padahal guru itulah yg memberi ilmu pada students..mungkin zaman da berubah..kerjaya sbg guru skrg seolah2 telah hilang "kemuliaannya"..bermacam2 kritikan drpd ibubapa mahupun masyarakat sekeliling ttg guru. sgt berbeza dengan zaman dulu yg mgkin budak2nya x la berapa advance tapi sgt menghormati guru..siapa yang dah berubah?? guru zaman sekarang @ murid2 zaman skrg @ dunia zaman sekarang?? apepun itulah cabaran kepada bakal2 guru di masa hdpn..semoga kehormatan dan kemuliaan seorng guru itu akan terus terpelihara..amin.

April 22, 2009

Salam Mujahadah

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni langsung x de class..begitu jugak dengan esok..waaaaa, 4 hari saya dapat cuti.tapi x balik kat rumah pon.perasaaan rindu ngan rumah tu memang membuak2, tapi apakan daya…exam pon makin dekat.terpaksa la saya berkorban sedikit masa untuk ini..sayaa akan berjuang habis-habisan untuk exam kali ni.

Buku oh buku..saya sayang kamu..

I truly deeply madly in luv with the book rite now..

Linguistics


Humandevelopment

Philosophy

Saya akan cuba mengkhatamkan kamu sebelum saya di 'khatankan' dalam peperiksaan
Sayangkan buku..sayangkan ilmu...
Study bukan kerana exam TAPI kerana ALLAH...
Exam bukan sahaja sbb nk dptkan keputusan 'flying colours' TAPI juga kerana ALLAH.....

Ape2 pun berjuang dan berusaha bersungguh dahulu sebelum kita menyerahkan bulat2 pada ALLAH..dan yakinlah bahawa Allah itu akan sentiasa ada untuk hambaNYA yang selalu mengingati DIA

"dan sesiapa Yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka Sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) Yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan Segala urusan."
[Luqman:22]
Salam Mujahadah untuk sahabat2 yang tgh menhadapi peperiksaan dan juga yang bakal menghadapinya
Sesungguhnya Dialah sebaik-baik Pelindung,Dia jualah sebaik-baik Penolong

semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita semua..amin


semoga kami smua dapat fly g NZ next year..amin

Berhati-hati ketika membaca Al-Fatihah!!!

NAMA SYAITAN DALAM AL-FATIHAH

Al-Fatihah adalah salah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya, maka rosaklah solat. Oleh itu , perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diberitakan nama syaitan yang dilaknati Allah yang wujud di dalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama syaitan:

DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HIROB
KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
KANNAK ( bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK
KANNAS ( bila dibaca dengan sabdu ) sepatutnya KA NAS
SIROTHOLLAZI……………….sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti
AMIN……………….hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA……..dua rakaat, MIN…………3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat…………..

Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan mengerjakan apa yang diperintahkanNya.” Surah At-Tahrim :6



luahan hati: FArYHa

April 20, 2009

Peringatan buat diri!!

assalamualaikum w.b.t

Tarikh peperiksaan semakin menjelang tiba..macam biasa la…semua org akan rase takut bile nk exam dan akan kalut study.tapi saya tengok member coursemate relax je..maybe dorang da terror kot.apa dah jadi dengan saya??


Preparation??


Baru 10% untuk exam..ape ni farieha..



Emmm..perkara yang harus dibuat
1)start revision (da start tapi ntah ape yg la yg masuk dalam kepala ni.lpas ni baru nk start study group.)
2)kurangkan blogging( memang patut pon, lgpon internet hampeh je kat sini..so blog ni akan terabai buat sementara nk exam ni)
3)tambahkan ibadah sunat( solat tahjud, solat hajat n ape2 yg patut la..ini sgt perlu untuk kekuatan dalaman diri saya..serta mendekatkan diri dengan ALLAH)
4) tambah kerja amal..(jgn malas n kedekut nk tolong org, mane tau ALLAH bagi sesuatu yang lebih baik kepada kita.semoga beroleh kejayaan)
5)kena rajin turun surau( supaya dapat bnyk sikit pahala solat berjemaah… : ( sedih tgk surau yg kurang pelawatnya)
6)rajin kemaskan bilik( bilik saya memang da selalu kemas..hehe..open blok pnye psal..x skenya saya)

Hmm stakat ni..6 perkara ni dulu yang saya kna buat..sekarang ni game baru yang saya suke men wktu petang adalah rounders..besh!!!!..wawan juara pemukul bola jauh..bubu pon boleh tahan jugak...n hazwan plak jura tangkap bola..



luahan hati: FArYHa

April 12, 2009

Besar ke Kecik???

assalamualaikum w.b.t

"besar ke kecik" apa significant tajuk yang saya nak cerita kali ni?? kalau adawiyah tulis tetang "tua ke muda", saya rasa tajuk kali ni berkaitan dengan diri saya.

entah berapa ratus or ribu kali saya mendengar orang disekeliling saya berkata " farieha, kamu makan la banyak sikit, biar cepat besar dan gemuk sikit".emm saya dah x peduli orang nak kata apa pada saya, yang penting saya sihat walafiat.bersyukur dan redha sajalah dengan apa yang Allah berikan pada saya.

Semasa dalam dewan kuliah minggu lepas saya ada berbual2 bersama dengan elina..die boleh dikatakan insan yang sgt tinggi dikalangan gurls dalam cohort saya.rasenya dielah juara kot.sampai dapat panggilan "panjang" daripada tuan syed ..(elin, jgn marah ye, aku x panggil camtu kat ko).namun bagi saya setiap insan itu ada kelebihan dia yang tersendiri. x kira lah besar ke kecik. tinggi ke rendah.. semua ada pros and cons nye.

salah satu contoh yang dihadapi oleh insan2 yang terlalu kecik and besar ni, ble nak beli kasut..emmm honestly, kepada sape2 yang teman saya pergi beli kasut tu, arap bersabar je la ye..memang sgt susah nak cari saiz..kasut saya hanyalah bersaiz 4. dan kadang2 4 tu pon ada jugak yg x muat n sedikit longar....so klu jumpa tu terpaksa la bli..x boleh nk memilih sgt sbab dah x de choice da..

the same thing goes tu elin..die pon susah jugak nak cari kasut sebab saiz kasutnye terlalu besau la plak..saiz 10 or 11 klu x silap saya..waaa..beza 6 saiz dengan kasut saya tu..kaki elin kna potong skit ni..bagi kat ieha skit ye..baru balance saiz kaki kite..hahaha.


cube cari elin yang mane satu??..tapi jgn terpedaya dengan kedudukan mereka..zack saje je nk nampak lebih tinggi dari elin dalam tuh, ke sebab zack pakai high heel...hehe.inilah mereka berenam..satu geng yang memang x dapat dipisahkan.
(credits to zack bagi gmbar ni ye..jgn marah ye zack, eha publish kat sini)

emm sambung balik kisah orang cakap saya kecik tadi..actually saya ni x de la kecik sgt pon..n x de la pendek sgt pon..maybe sebab saya kurus kot..jadi nampak la kecik sikit...ntah la knapa, makan memang banyak tapi berat badan susah sgt nk naik.rumate saya memang da tau saya ni kuat makan and x heran pon klu tgh2 mlm buta pon lapar mencari makanan lagi.berat badan klu naik pon 1 kilo or 2 kilo je..tapi klu nk turun tu cepat je..3 kilo skali turun, especially time nk exam.

ada jugak orang cadangkan saya untuk makan dan tido je time cuti kat umah..tapi itu doesn't work to me..sebab saya ni bukan jenis kaki tido sgt.ske buat keje lain wlpn kdg2 x berpekdah sangat. bagi saya cara tu x bagus sebab boleh memudaratkan kesihatan.."apa yang penting??....kesihatan (nyanyi dalam versi wonderpet)".sesungguhnya segala yang baik dan buruk itu semuanya datang dari ALLAH dan yang buruk itu disandarkan pada diri manusia yang lemah ini.

sekarang saya lebih bersyukur dengan diri saya seadanya..orang gemuk sgup mkn ubat sebab nk kurus, org kurus nk maintain badan supaya nmpk lebih catik.. adakah itu boleh dikira mengubah ciptaan tuhan? kecantikan itu memang susah nk ditafsirkan sebab ia terlalu abstrak dan terpulang pada setiap individu macam mana nk menilai dan menafsir erti cantik yang sebenarnya..cantik paras rupa, cantik akhlak dan peribadi atau kecantikan taqwa kita yang x bisa dinmpak oleh manusia tapi dilihat dan dihargai oleh ALLAH??semoga kecantikan itu adalah berharga dan bernilai bila kita berada di hadapan ALAH nnt.amin.

ape2 pon saya harus jaga kesihatan..lebih2 lagi exam yang da nak hampir ni..i have to struggle early..anyway saya nak wishkan all da best to tesl cohort5 yang bakal exam 21.4 ni..semoga kejayaan milik kita semua..

sehingga jumpa lagi..saya nak smbung study linguistic and human development plak ni..wasalam.

April 11, 2009

Pesanan terakhir MA..

assalamualikum w.b.t

“ Jadi anak perempuan kena la pandai masak, klu dah kahwin nanti susah la klu x reti. Nanti orang cakap mak kamu ni ajar masak ke??” pesan mak pada saya and k.tah.

Sungguh masih saya ingat kata2 ini, walaupun dah lebih dari 2 tahun die meninggalkan saya. Wajah dan suaranya masih terngiang2 di telinga ini. Orang yang paling sedih bile dengar kata2 ini mestilah saya dan k.tah. inilah merupakan kata2 terakhir die bersama kami. Masa tu saya baru habis SPM..lebih kurang 1 hari selepas dia ambil saya kat KISAS, klang. Kiranya sempat la juga saya bertemu dia untuk bercakap n menatap wajah dia untuk kali terakhir…pada hari itu mak sangat beria2 menyuruh k.tah dan saya pergi membeli lauk2 di pasar. Almaklumlah..kami ni sebelum ni mane pernah ada kat rumah..k.tah 4 tahun berada kt mesir and saya plak plak dari form 1 sampai la form 5 kna dok hostel je.

Mak cakap, “ kamu kena la blaja pergi beli barang and masak sendiri lepas ni ye”. X boleh nak harapkan orang lain. So ,pada hari tu kami pergi beli lauk2 and balik memasak. Mak yang ajar kami cara macam mana nak potong ayam, nak masak gulai ayam dengan sayur keladi n beberapa lagi lauk lain. Kami tergelak je la mase mak ajar, ye la..potong ayam macm nak cincang ayam tu, nasib baik x lumat je…tapi mak kate x pe..blaja sikit2.

Aritu jugak mak suruh saya goreng telur dadar…ntah macam mane boleh terlupa nak masukkan garam.tawar la jadinye telur tu..bile da siap smua, kami pon makan la bersama..banyak betul gulai yang mak buat..satu periuk besar juagk.saya hairan jugak nape mak masak banyak2. Die kate nak bagi kat pakcik saya(pakmuda) kat sebelah rumah…bile makan je akak cakap, “sape yang goreng telor ni??? Tawarnya.” Hahaha. Saya la tu, “lupe letak garam la”. mak kate orang bru belajar masak la katakan.. lagipon x pe..telor yang tawar ok je sebab gulai ni da rase masin skit”.

Tengah hari seperti biasa..saya dok berbual dengan k.tah smentara menunggu mak ada orang datang rumah. Pada hari tu jugk, mak beria2 suruh saya ambil baju kat rumah tukang jahit. Die dah pesan awal2 kat tukang jahit yang die nak baju kami semua siap sebelum tarikh tu. saya pon x phm knapa die nak ambil awal sangat. Saya pon pergi la ambil..x sabar jugak nak tengok baju baru..tapi baju yang paling mahal dan cantik yang k.long blikan adalah untuk mak. Die kate die pon nak baju yang cantik2 jugak.. memang cantik sangat baju die kali ni. Saya memang x sabar nak tnjuk bju baru die yang dah siap tu.

Jam lebih kurang pukul 5.30 ptg, “Eh lambat la plak orang ni balik…”then bile orang tu da beredar pulang..saya pon keluar la dari bilik..mak berada kat luar atas tangga. Emm ada plak orang datang lagi.baru je nk tunjuk baju kat mak. Orang datang nak ajak die pergi kenduri…dari dalam rumah saya mempelawa mak minum air. Tapi die hanya menggeleng tanpa kata apa2. Die hanya merenung saya..die perhatikan dalam rumah dan sekitarnya… wajahnye kelihatan sayu ak meningglakn sesuatu.xpe la..mak penat kot. Tetiba je saya tgk die macam pening2…sambil pegang and picit2 kepalanya. “kenapa mak??” x de ape la..pening skit. Saya suruh die naik atas rumah..tapi die die seolah2 macam tidak dengar apa yang saya cakap. Orang yang datang kat rumah saya pon pelik tgk die. Dengan x sangkanya..die jatuh.nasib baik kami sempat sambut..klu xlagi la parah, jatuh atas tangga.

Dengam sekuat hatinya saya menjerit nama abah “abahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!” cepat datang, ma jatuh ni. K.tah cepat la….” Saya mula panic. Abah terus ambil kereta tanpa sempat memakai selipar bawak mak pergi klinik. Saya dan k.tah memangku die…saya memang takut kalau apa2 terjadi pada die. Abah memang bawak sgt laju pada masa tu..saya pon x pk dah pasal kelajuan tu. sesampai je di klinik dan di check..doktor suruh bawak ke hospital..then abah dan k.tah ikut mak naik ambulans ke hospital kubang kerian .saya menyusul kemudiannya dengan abang ipar saya ke hospital dengan membawa beberapa helai pakaian mak. Then call abang kat Terengganu.. die langsung pulang. Tapi adik beradik yang lain kami x beritahu awl2..sebab x tahu lagi keadaan macam mana…x nak la menyusahkan mereka balik.

Lebih kurang jam 8 lebih mak dibawa ke bilik scan..saya, k.tah n abah ikot je doctor tu tolak mak kemana…kemudian doctor pon panggil kami semua. Die cakap die terpaksa bagitahu keadaan mak saya yang sbenar.. “salur darah dalam otak die sudah pecah. Begitu juga dengan salur makanannye…mengikut pengalaman saya yang lepas, dah x de harapan sgt. Die ad mase lebih kurang seminggu je lagi untuk terus hidup. Saya rasa better kamu bawak die balik rumah. Boleh la jugak bace2 yaasin.” Kami terkejut bile dgr explanation doctor. So kami berpakat untuk bawak mak balik rumah.lebih kuarang jam 9 lebih, dalam bersiap2 nak bawa mak balik rumah..doktor pergi cek mak lagi..kami semua ada kat sane.. saya..akak.abang cube ajar mak mengucap..tapi tiada tindak balas langsung dari mak…kami teruskan jugak usaha..air mata hamper menitis mase tu.

Tepat jam 9.25 doktor buat pengesahan yang mak sudah tiada lagi nafasnye..hati remuk, sedih..tuhan shj yang tahu mase tu…innalillahiwainnailaihirajiun..semoga mak kembali dengan tenangnya ke alam sana. Semoga rohnya dicucuri rahmat ALLAH..amin..saya sabar dan redha dengan apa yang terjadi.sesengguhnya setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati..

Sungguh saya sangat rindu pada ma. Saya merasakan pemergian dia terlalu cepat..umurnya baru 58 semasa die meninggalkan kami semua. ..hanya doa dan bacaan al-quran yang mampu ku sampaikan pada die..alfatihah untuk arwah mak yang kembali ke rahmatullah pada 11.12.2006…amin.


kenangan arwah ma kat jepun..



(Sambungan cerita ini dilain entry….)

p/s: to k.long and the gang kt kl.. rindu sgt ngan ma n termimpi pasal die smlm..sebab tu tulis entry ni.sedih la,teringat kat die.

luahan hati: FArYHa

April 09, 2009

bonda n zack meng 'tag' ku..

adoiii..nampak cik zack and her rumate wanZ a.k.a bonda men'tag' saya..ayaaaaaaa,kena la jawab camni.


1) Do you think you are hot?
Hot???mak oiiii soklan yg susah nk jawab tu.. hot terbakar marah ngan someone ada la..sampai naik rentung kepala ni…
2) upload a favourite picture of you.



3) Why do you like that picture?
It reminds me of my nephew..waaaaaaaaaaa..rindunye die..nak blik umah…

4) When was the last time you ate pizza?
Ntahlah..tahun ni xpernah masuk pizza lagi.boikot pizza..tapi klu ad org nk blanja..mestila ak makan je.hehe

5) The last song you listen to?
My mother( yusoff islam) teringat kat arwah mak aku..isk3.

6) What name do you prefer beside yours?
azalea..adikku.name die macam unik je..name bunga

7) People to tag?
1)cik farah haris
2) miss shiela(psv)
3)mes a.k.a..jejaka HOT
4)Ada
5)wawan keding

8)Who is number one?
coursemateku..cik parah kepoh..kna la jawab tag lagi ye farah.tapi kali x leh dapt icecream lagi.

9)Number three is having relationship with?
nthla..aku pon x tau..tapi die bnyk skandal..dengan makcik jual goreng pisang kat depan pon ad skandal.

10) Say something about number five?
topman..skrang ni da kurang ketopan mu..klu nk top jawab la 2 tag dariku ni ye.


11) How about number four?
nenek dan rakyat lalat yang lawak..sayap lalatnye telah dicabut oleh 'jenduleha' yang kejam.haha.good job ada..good performance!

12) Say something about no two?
shiela..first time tag shiela.jawab tag ni ye..hehe.

Keputusannya..saya macam mana??

PERSONALITY TEST, which type are you? GET TO KNOW YOURSELF BETTER.

1. open this website:http://www.quizbox.com/personality/test82.aspx

2. take the personality quiz

3. copy and paste the result into your blog

4. tag your friends

here the result of mine..

Get to know yourself better

Your view on yourself

You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward.(yeke?? sometimes kot)
You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties.( what do u think bout me??)

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for

You are not looking merely for a girl/boyfriend - you are looking for your life partner. Perhaps you should be more open-minded about who you spend time with. The person you are looking for might hide their charm under their exterior.(emmm.ntahla, no comment)

Your readiness to commit to a relationship

You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person. (ntahlah..x tau nk ckp sebab x jumpa lagi..)

The seriousness of your love

You like to flirt and behave seductively. The opposite sex finds this very attractive, and that's why you'll always have admirers hanging off your arms.But how serious are you about choosing someone to be in a relationship with?( ini x btol)

Your views on education

Education is very important in life. You want to study hard and learn as much as you can. (yep..blaja penting..tapi x blaj tinggi pon boleh jadi kaya)

The right job for you

You have plenty of dream jobs but have little chance of doing any of them if you don't focus on something in particular. You need to choose something and go for it to be happy and achieve success.(ha'a..x nak sgt pon jadi cikgu..bnyk cita2 lagi..nk jadi bussinesswoman)

How do you view success

You are confident that you will be successful in your chosen career and nothing will stop you from trying. (ntah la,kadang2 x confident pon)

What are you most afraid of

You are concerned about your image and the way others see you. This means that you try very hard to be accepted by other people. It's time for you to believe in who you are, not what you wear.( haha..da hampir btol jugak statement ni)

Who is your true self

You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve.(ini mungkin ye..mungkin x..)

selamat mencuba ye...

i tagged: zack, kema, ada, topman,bonda, farahharis, mes n shiela(psv)..
korang jawab ye..

April 07, 2009

Selamat ulang tahun Sayangku...

assalamualaikum w.b.t

selamat ulang tahun ke ?? sayangku...
semoga dirimu dipanjangkan umur, sentiasa dimurahkan rezki,
semoga sentiasa sihat dan dipermudahkan segala2nya.

ini entry khas untukmu sempena besday kamu arini..
0707..cantik tarikh itu.
mintak maaf sebab x dapat sambut besday bersama kamu
n x dapat bagi hadiah buat kamu
masa membataskan kita untuk bertemu..
namun aku tetap merinduimu.
semoga kau bahagia berada disana bersama orang yang kamu sayang
walaupon aku selalu bergaduh dengan kamu.tapi aku sayang padamu
kadang aku bertindak kurang asam n kurang ajar denganmu..
maafkan aku ye..
aku tahu ramai orang sayang kamu
kamu ini memang manja..
anak kesayangan mak la katakan
kadang2 kamu ni agak lurus
tapi hatimu baik
aku memang seorang yang bukan penyabar
tapi itu penyabar betul untuk kamu
kamu lebih pandai drpda aku..
aku harap klu kamu berjaya ke oversea nanti
jangan lupe aku disini..
aku tetap ada disini menantimu..
walau jasad bercerai dengan badan
perhubungan kita x kan putus dan berkahir begitu saja
bak kata orang air yang dicencang x kan putus
aku sayang kamu kerana ALLAH
kerana engkau dan org2 yang bersamamu adalah segalanya bagiku..
entah apa lagi yang ada difikiranku untuk dicoret mengenaimu
sebab aku terlalu cinta padamu
sayangku..

HAPPY BIRTHDAY..sweet sour day..


p/s buat orang KL: abby..mu mkn kfc x ajak aku..din,bufday aku pasni kna la blanja aku.bru dapat gaji ke tu?bie dapat hadioh gapo sekmu bagi??tunggu aku blik bule 5 pahni aku wi adioh ko mu deh..hehe..special entry untukmu plok pahni..wat la blog plok..boleh kite lawan tulih blog plok..haha

April 06, 2009

MisS TheM..


ayis yang excited ble dapat adik


adik faez..

abang ayis..wat pe tu?

ayis yang memang suke bergambo

da boleh jalan ke faez ni ye??same ke ngan muke abang die??


time raya


ni je la adik bdik pompuan ku


ni lebih kurang sebaya je..cube teka yang mane lagi tua??


kami berempat memang rapat..

u r always in my heart



rindu kamu..sayang kamu semua..mmuahh

April 05, 2009

Bila aku akan jatuh cinta dengan DIA??




assalamualaikum w.b.t

Bila sebut pasal cinta...hati mesti berdebar2..kenapa ya??
siapa yang saya cinta??
memang pengertian cinta itu sangat luas
selalunya bila cakap cinta ia pasti buat saya TERSENYUM
namun....
kekadang cinta buat saya bingung
kekadang ia buat saya menangis
ia juga buat saya jadi tak keruan
pening kepala memikirkannya..
semua itu dapat dirasa..
tapi itu cinta untuk siapa??
cintakan bunga..bungakan layu..
cintakan manusia..manusiakan pergi
cintakan DIA adalah yang abadi

saya teringat dia..
seorang yang sangat saya cintai dan sayangi
namun..apakan daya .
dia telah meninggalkan saya terlebih dahulu
tanpa sempat saya membalas jasanya..
hanya doa yang mampu saya hulurkan.
hanya bacaan quran yg mampuku sampaikan
semoga dikau dicucuri rahmat olehnya di alam sana
hanya untukmu BONDA ku..
hati ini sgt merinduimu..teramat sangat.
sampai selalu di bawa mimpi

-------------------------------------------------------------------------------------


Terasa sakitnya hati,
Menanggung beban cinta.
Betapa pedihnya kalbu,
Menanggung beban rindu.
Apa yang ada dalam cinta manusia?
Kalau sememangnya cinta itu pahit,
Mengapa manusia masih mengejar cinta?

Cinta Allah belum digapai,
Tetapi cinta manusia yang didambakan.
Mengapa hal ini sering terjadi
Bagi insan-insan lemah seperti kita?

Jika kemanisan cinta itu tidak dapat dirasai,
Mengapa si gadis tergamak menggadaikan segalanya,
Demi lelaki yang dayus, bertopengkan nafsu?
Kalau benar cinta itu indah,
Mengapa banyak bayi yang tidak berdosa
Yang menjadi mangsa?
Di dalam longkang, tong sampah mahupun di kaki lima,
Menjadi tempat bagi bayi-bayi ini
Kembali ke Rahmatullah.

Apakah ini dikatakan kehebatan cinta?
Cinta yang didambakan oleh mereka
Yang lari dari cinta Sang Pencipta.


******************************


Di tikar sejadah, daku merintih lagi.
Kuseru namamu, duhai Kekasihku,
Hanya Dia bisa mengerti
Apa yang tersirat di dalam hati.

Cinta; datang dan pergi,
Cinta; buta dan bisa membutakan,
Cinta; membuah bahagia malah mengundang kekecewaan.

Ada apa dengan cinta?
Ada apa dengan cinta?

Cinta ya Rabb nan jauh, belum lagi kugapai,
Cinta manusia nan dekat, belum tentu kucapai.

Cinta,
Akan tiba masanya
Aku mendapatkannya.
Di atas titian redha Illahi,
Cinta sejati akan aku miliki.





nilai lah diri kita sendiri..siapa yang lebih kita cinta???
Allah??Nabi??Family??Pakwe??Makwe??
persoalan itu hanya diri kita sendiri yang tahu..
semoga anda menjumpai cinta sejati dan abadi anda..

April 03, 2009

Jangan Terlalu Mencari Kesempurnaan

assalamualaikum w.b.t


(Lihatlah dirimu dari mata hati yang sentiasa berdetik menyatakan kebenaran)

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar KEPERLUANMU. ..
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL...

*taken from Diari Ibu*


p/s; puisi ini bukan hanya untuk pasangan yang bercinta sahaja..tapi buat insan2 yang kita sayang..hargailah mereka sebelum terlambat..