Pages

May 31, 2010

orang LAMA..ruh BARU

salam..

maaf sangat kerana aku sudah jarang update..mood tiada ditambah pulak dengan macam2 perkara yang berlaku, namun aku syukur di atas semua yg telah aku lalui kerana sebenarnya Allah mahu aku mengenaliNYA dengan lebih dekat..
terima kasih yang tidak terhingga ya ALLAH di atas ujian yang Kau berikan..rupanya terselit beribu macam hikmah yang dapat aku selongkar disebalik apa yang telah terjadi.
ujian yg Kau berikan juga banyak mematangkan aku dalam hidup..

sekarang aku bukan lagi kanak-kanak kecil yang berfikiran tidak matang,
aku bukan lagi kanak-kanak yang bermain masak-masak
yang tidak punya matlamat yang besar,
aku bukan lagi seorang yang tidak punya cita menggunung,
aku bukan lagi wanita yang tidak kental dan lemah,
aku bukan orang yang cepat memberontak dan marah,
aku bukan lagi wanita yang sukakan kecantikan dunia yang nampak dipandangan mata manusia
aku juga bukan orang sukakan hilai tawa manusia sehingga lupa mati itu adalah dekat,
aku juga sudah lupa akan cinta dunia yang melalaikan kerana aku telah jumpa cinta yang aku mahu,
aku juga bukan lagi seorang yang tidak serius,
aku juga bukan orang yang main2 dan mengambil mudah perkara yg besar,
aku juga tidak mahu membesarkan perkara yang kecil,
aku juga insan biasa yang lemah dan punya kekurangan(semoga aku tidak menjadikan kelemahan ini sebagai penghalang),
namun aku sedar, kau juga insan yang Allah kurniakan kelebihan(smoga aku tidak bongkak dengan kelebihan itu).

ini semua KERANA.

KERANA..

KERANA....

KERANA.....

KERANA.........


KERANA...............

KERANA.................







AKU ADALAH ORANG LAMA YANG PUNYA RUH YANG BARU



AKU ADALAH RUHUL JADID..



p/s: smoga ruh baru yang ada dalam diri aku ini akan terus kuat dan istiqamah atas jalan yang telah dipilihnya..sama2 soakan aku juga ye..

May 17, 2010

esaiment dunia VS esaiment akhirat

salam

alhamdulillah habis jugak assigment yg dah siap di hantar petang tadi..sepanjang minggu ni aku x menjengah ke blog..macam2 ragam aku boleh lihat gelagat kawan2 yg kepeningan buat assigment..makan,minum,dudk, baring.semuanya mengadap laptop..itulah jadinya lebih2 lagi kalau buat assigment last minute..malam nak hantar tu confirm x tdo satu malam berjaga nak siapkan assigment..itulah ragam yang aku boleh lihat bila assigment atau exam di dunia mendekat..memang x senang duduk and resah gelisah la boleh katakan..

tapi satu benda yang aku wonder sangat nak tengok..apa gelagat2 aku dan kawan2 ku kalau ade assigment akhirat dan exam untuk akhirat..macam tu jugak kah gelegatnya..diambil serius sampai tak tidur malam jugak kah??

persoalan yang timbul assigmnt dunia VS assigmnet akhirat..yang mane lagi penting?
jawapan yang terpacul dimulut kita seiring ke x dengan perbuatan kita??
tepuk dada tanya iman sendiri


emmm...aku kena muhasabah balik diri ni..

p/s: aku rindu nak calling2 dengan dia( tapi dia sibuk kot skrang ni..dah jadi teacher la katakan..imah. akak rindu nk calling2 ngan imah)


(thanx dearie coz sudi edit gambar ini..macam kite pernah jumpa plak kan..padahal jumpa kat blog, fb, skype n ym je..x sbr nk jumpa betul2)

May 09, 2010

bingkisan untuk insan di alam sana

salam w.b.t

di setiap kali hari ibu menjelang hati aku akan terasa sayu..hiba namun jua gembira untuk orang sudah kini berada jauh dimata, sudah tidak mampu dilihat pada pandangan mata kasar, sudah tidak mampu untuk dipeluk cium, sudah tidak mampu bergurau senda, sudah tidak mampu memasakkan makanan kegemaranku dan yang paling terasa sudah tiada orang untuk aku calling2 selalu and bercerita macam2 perkara..tapi sentiasa insan ini sentiasa tersenyum didalam hatiku yang tidak pernah luput dan luntur dihati seorang insan bernama anak..namun aku tahu dia insyaallah bahagia di alam sana..

setiap kali hari ibu, akanku tatap sekeping kad hari ibu yang aku belikan khas untuk arwah ma sewaktu aku form 5 dulu..kad itu mungkin sudah tidak cantik kerana kad itu sudah hampir 4 tahun usianya..aku terasa hiba sebab aku sudah betol2 bersemangat mahu berikan sesuatu untuk ma pada hari ibu tahun itu, namun apakan daya..kad itu aku tidak terkirim dek alasan kesibukan pada waktu itu..tapi aku smpat call ucapkan terima kasih kepada ma kerana telah melahirkan aku, telah menjaga aku, telah mendidik aku..aku tidak tahu yang itu adalah ucapan hari ibu yang terakhir dari aku untuk dia.. sekali lagi aku mahu ucapkan sesuatu disini sepcially untukmu insan di alam sana

terima kasih yang tidak terhingga yang mungkin tidak mampu aku membayarnya kerana
segala kos itu telalu dan tidak ternilai oleh wang ringgit..

1) Kos mengandungkanku selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagaku - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranaku - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanku - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanku -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihmu - PERCUMA

aku terfikir lagi..adakah aku sudah menunaikan tanggungjawab aku sebagai anak di usianya masih hidup??bagaimana pula setelah dia pergi?? tepuk dada tanya hati..tanya iman..adakah tanggungjawab itu sudah langsai?? ya Allah, semoga aku menjadi anak yang solehah buatnya yang sentiasa mengirimkan doa dan berbuat kebajikan untuk orang yang tersayang ini...sudah2..aku tidak mahu air yang berkaca dimata ini menitis sewaktu aku menulis warkah ini..sudah2..berhenti farieha..fullstop.


salam 9 mei buat semua warga ibu yang ada kat dunia ni..hari ini hari yang special buat ibu2 smua..pasti senyuman akan terukir bila anak2 mengucapkan selamat hari, ditambah pula dengan card yang dibuat sendiri oleh anaknya ditambah dengan hadiah ,celeberation dan sebagainya..namun adakah itu semua yang ibu harapkan dari kita??adakah nilai matawang ringgit yang menjadi ukurannya??adakah kasih sayang yang tidak terhingga menjadi dambaannya?? kalau nak tahu ape yg ibu nk..ambillah mase beberapa minit call ibu, tanye ape harapannya pada kita sebagai anak..jom..jangan telambat kerana hari ibu ini mungkin hari yang terakhir buat dia atau juga buat kita..kerana kematiaan itu sangat dekat dengan kita..jangan menyesal dikemudaian hari..

lagu BELAIAN IBU ini ditukan khas buat insan2 tersayang bergelar ibu specially untuk arwah ma, umi asmad, bonda zaila, mama sumaliza


Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh? ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh? Ibu


Rasa syahdu dan terharunya menghayati lirik lagu ini..sedih dan hiba

P/S: Don't forget to wish yr mum on MOTHER'S DAY ye.....

(alangkah beruntungnya mereka yg masih punya IBU....kerana tanpa IBU jiwa mu akan sentiasa dlm kesepian dan kerinduan.)

May 07, 2010

night life

salam.

dalam kesibukan aku menyiapkan assigments yang bertimbun2..bunyi bising sehingga bergegar bilikku..siapa lagi kalau bukan minah vietnam kat bawah bersama partnernya berparti,,
aduh, sekali-sekala aku terasa macam nak sound je dorang..menganggu ketenteraman betol.
tapi itulah night life mereka di waktu weekend..
berhibur, berparty dan melalak-lalk dan bermabuk-mabuk..
nighlife kat NZ sgt berbeza dengan malaysia..kalau hari weekdays..seolah2 bandarnya terasa mati..keran start pukul 5 ptg smua kedai dah tutup n sgt jarang untuk jumpa bnyk kereta keluar pada waktu malam..kerana waktu malam memang mereka akan berada kat rumah bersama family..bandar kelihatan kosong..sau dan muram sahaja
tetapi berbeza dengan time hujung minggu, bermula hari khamis malam jumaat sehingga habis hujung minggu..itulah waktu nightlife yang sangat seronok dan meriah bagi mereka..
mereka akan minum2 sampai mabuk..n pagi esoknya x sah kalau x lihat botol2 arak yang pecah bertaburan..
pernah sekali aku keluar pada waktu malam hujung minggu dengan senior naik kereta..dok dalam kereta pon mereka sempat lagi kacau.."hi darling...come enjoy with me..bagi flying kiss la...n silap2 kalau keluar kereta mahunya kami dipeluk oleh mereka..kakak senior aku tu pernah je 2 kali kena peluk ngan mat saleh yang mabuk2 ni..aduh..kesian melihat mereka ni..hidup sepeti tiada matlamat,
setelah penat bekerja di hari minggu mereka akan enjoy dan berparty2 di hujung minggu..hati mereka pasti kosong..sebab itu mereka mencari sesuatu untuk rasa seronok..nak isi kepuasan..
itu cara mereka berseronok..cara kita pula bagaimana??
adakah kita punya banayak masa untuk berseronok2 begitu??
kita sedarkah akan tanggungjawab kita yang sebenar sebagai muslim??
kita sedarkah peranan kita sebagai muslim?
apakah matlamat sebenar kita hidup di muka bumi allah ini??
berseronok kah?berhiburkah??
kita punya akal kurniaan allah gunakanlah untuk berfikir..
kita punya mata gunakanlah untuk melihat..
dan kita punya telinga gunakanlah untuk mendengar..
semoga kita semua tergolong dalam kalangan muslim yang tidak teralu berhibur dan berseronok dengan kenikmatan dunia sementara..