Pages

Showing posts with label IPG. Show all posts
Showing posts with label IPG. Show all posts

March 22, 2009

Lagu Guru Malaysia : Satu Serangan Pemikiran Terancang!

Assalamualaikum,

Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam. Selawat serta salam kepada junjungan mulia Nabi Muhammad SAW , ahli keluarga baginda serta seluruh para sahabatnya.

Untuk artikel kali ini saya nak berkongsi satu perkara yang mungkin boleh menimbulkan kontrovesi. Namun, bagi saya ia adalah perkara benar dan harus di dedahkan.

Apa yang saya nak kongsikan di sini adalah tentang LAGU GURU MALAYSIA yang kita semua mahasiswa dan mahasiswi di IPGM nyanyikan dalam setiap perhimpunan.

Apa yang masalah dengan LAGU GURU MALAYSIA tersebut?

Jika anda semua baca pada tajuk artikel saya, saya ada tulis ' Satu Bentuk Serangan Pemikiran Terancang'. Di sini saya akan cuba jelaskan tetapi sebelum itu saya nak ajak rakan-rakan sekalian supaya membaca semula lirik LAGU GURU MALAYSIAyang selalu kita nyanyikan:


Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua


Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Baik, setelah anda baca lirik di atas, apa yang dapat anda perasan?

Jika anda lihat pada ayat:
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

saya ada bold dengan warna hitam. Pada ayat inilah bagi saya, terdapat satu serangan pemikiran kepada kita semua bakal guru yang BERAGAMA ISLAM.

Kita umat Islam hanya akan menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan hidup kita. Ini adalah aqidah yang harus kita gengam dan pertahankan.

Jadi adakah boleh bagi kita menanamkan dalam hati bahawa RUKUN NEGARA sebagai satu panduan hidup kita selaku seorang MUSLIM?

Jika kita menyakini RUKUN NEGARA sebagai panduan hidup kita, maka aqidah kita sudah goyah dan tercalar teruk.

Selain itu, secara tidak sedar kita ini sudah menjadi mangsa kepada satu bentuk serangan pemikiran iaitu "ideologi NASIONALISME" yang menanamkan semangat kebangsaan.

Adalah tidak wajar seorang muslim mengambil bentuk pemikiran selain dari pemikiran Islam yang bertunjangkan Al-Quran dan As- Sunnah.

Disini hanya baru satu lagu yang di bahaskan. Sebenarnya banyak lagi lagu patriotik yang kita nyanyikan semasa perhimpunan mengandungi unsur-unsur yang boleh mengugah aqidah kita umat Islam.

Jadi, kepada semua mahasiswa sekalian adakah anda masih sanggup untuk membiarkan lagu GURU MALAYSIA ini masih meniti di bibir anda sewaktu perhimpunan?

Tepuk dada, tanya iman..

Allah matlamat kita,
Rasul ikutan kita,
Al-Quran panduan hidup kita,
Jihad cara kita,
Syahid di jalan Allah cita-cita kita tertinggi.


Artikel disumbangkan oleh:

ashabul_kahfi88

saya tahu bahawa isu ini sgt sensitif untuk di bincangkan..namun ia boleh membukak minda kita untuk berfikir ke arah yang lebih terbuka.asalkan kita tahu baik dan buruk setiap perkara dan paling penting niat di hati kita..semuanya bermula dari hati dan diterjemahkan oleh perkataan da dizahirkan oleh perlakuan kita.itulah sebenar2 iman yg kita cari. jadi saya serahkan kepada pembaca sekalian untuk membuat tamsilan kerana setiap orang ada haknya yang tersendiri untuk memberi pendapat...