Assalamualaikum,
Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam. Selawat serta salam kepada junjungan mulia Nabi Muhammad SAW , ahli keluarga baginda serta seluruh para sahabatnya.
Untuk artikel kali ini saya nak berkongsi satu perkara yang mungkin boleh menimbulkan kontrovesi. Namun, bagi saya ia adalah perkara benar dan harus di dedahkan.
Apa yang saya nak kongsikan di sini adalah tentang LAGU GURU MALAYSIA yang kita semua mahasiswa dan mahasiswi di IPGM nyanyikan dalam setiap perhimpunan.
Apa yang masalah dengan LAGU GURU MALAYSIA tersebut?
Jika anda semua baca pada tajuk artikel saya, saya ada tulis ' Satu Bentuk Serangan Pemikiran Terancang'. Di sini saya akan cuba jelaskan tetapi sebelum itu saya nak ajak rakan-rakan sekalian supaya membaca semula lirik LAGU GURU MALAYSIAyang selalu kita nyanyikan:
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
Baik, setelah anda baca lirik di atas, apa yang dapat anda perasan?
Jika anda lihat pada ayat:
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
saya ada bold dengan warna hitam. Pada ayat inilah bagi saya, terdapat satu serangan pemikiran kepada kita semua bakal guru yang BERAGAMA ISLAM.
Kita umat Islam hanya akan menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan hidup kita. Ini adalah aqidah yang harus kita gengam dan pertahankan.
Jadi adakah boleh bagi kita menanamkan dalam hati bahawa RUKUN NEGARA sebagai satu panduan hidup kita selaku seorang MUSLIM?
Jika kita menyakini RUKUN NEGARA sebagai panduan hidup kita, maka aqidah kita sudah goyah dan tercalar teruk.
Selain itu, secara tidak sedar kita ini sudah menjadi mangsa kepada satu bentuk serangan pemikiran iaitu "ideologi NASIONALISME" yang menanamkan semangat kebangsaan.
Adalah tidak wajar seorang muslim mengambil bentuk pemikiran selain dari pemikiran Islam yang bertunjangkan Al-Quran dan As- Sunnah.
Disini hanya baru satu lagu yang di bahaskan. Sebenarnya banyak lagi lagu patriotik yang kita nyanyikan semasa perhimpunan mengandungi unsur-unsur yang boleh mengugah aqidah kita umat Islam.
Jadi, kepada semua mahasiswa sekalian adakah anda masih sanggup untuk membiarkan lagu GURU MALAYSIA ini masih meniti di bibir anda sewaktu perhimpunan?
Tepuk dada, tanya iman..
Allah matlamat kita,
Rasul ikutan kita,
Al-Quran panduan hidup kita,
Jihad cara kita,
Syahid di jalan Allah cita-cita kita tertinggi.
Artikel disumbangkan oleh:
ashabul_kahfi88
saya tahu bahawa isu ini sgt sensitif untuk di bincangkan..namun ia boleh membukak minda kita untuk berfikir ke arah yang lebih terbuka.asalkan kita tahu baik dan buruk setiap perkara dan paling penting niat di hati kita..semuanya bermula dari hati dan diterjemahkan oleh perkataan da dizahirkan oleh perlakuan kita.itulah sebenar2 iman yg kita cari. jadi saya serahkan kepada pembaca sekalian untuk membuat tamsilan kerana setiap orang ada haknya yang tersendiri untuk memberi pendapat...
Im studying again!!!
10 months ago




8 cetusan rasa:
x perasan la plk..
tp, kalau nyanyi x niat pape cmne lak?
to adalicious:
ntah la..rasenya terpulang pada niat kite.kite pon x tau hukum yg sebenar sbb x jumpa dalil yg kukuh mengatakan ia haram or pape. terpulang pada niat kita jugak la.hanya ALLAH yang tahu segalanya
Oooo... btul2.. mnarik gak. Hm.. tapi kalo lirik tu kata:
"Rukun Islam/Iman kita
Panduan hidup kami semua"
Ayat ni cam xbetul gak sbb GURU xsemestinya orang ISLAM. So, nnti apa pula kata bakal guru yg bukan islam yg nyanyi lagu GURU MALAYSIA ni??
So, ada logiknya gak lirik tu camtu. Dalam RUKUN NEGARA pn ada tulis kepercayaan kepada Tuhan. Mknanya rakyat percaya pd Tuhan masing2 dan kita umat islam percaya pada Allah.
Akidah kita pn bukannya terpesong 100% kalo ikut rukun negara. Rukun negara xda pn mengatakan/menyuruh melakukan perkara yang bertentangan dengan ISLAM.
So, renung2kanlah...
to mr.daha:
thanx for the interesting comment..emm btol jugak opinion kamu tu..kita yang tentukan guru seperti manakah yang akan kita jadi..good role model or bad role model?cikgu memang play a big role.
ermmmm.. ye jgk an?? tp salu nyani sajork.. nyanyi sbg syarat kt prhimpunan.. huhu.. ckgu ape la ku nih?
siyes x pasan..
bla tgk lirik dia blik..
x sngka lak ley kuar kenytaan mcm tuh...
4 me xde mslah lirik 2..
terpulang pd nawaitu memasing
kontroversinye lirik
xmo la nyanyi ag
br nk stat nyanyi
sblm ni dk diamm je
elok le ad post gni.....
ad alsn ak xyh nyanyi dh kt prhimpunan (kalo mai asembly le)....
ye la klo ak nyanyi ptgnye asyik ujn je....pasni xde la ujn ptg dh...hik2
Post a Comment