
syukurilah nikmat pemberianNYA
Jam menunjukkan pkul 3.30 pagi, tapi mata ini masih tetap tidak mahu pejam..ini kerana asgmnt pnye pasal la..alhamdulillah akhirnya siap jgk tugasan HD yang perlu ku siapkan..alhamdulillah.sambil melayan fikiran dan perasaan pada masa ini, hati tetiba jadi sebak dan sayu dikala embun pagi membasahi bumi..rase syukurkah saya pada nikmat dan kurniaanNYA sehingga masih lagi mampu menghirup udara di ata muka bumi ini..lalu apakah tanda kesyukuranku padaMU wahai AL_KHALIQ kekasih hati???
Lalu kaki ini melangkah ke bilik air untuk membasahi wajah dengan air suci wudhuk untuk ku bersujud padaMU..namun ku terfikir mampukah diri ini terus beristiqamah melakukan solat di hening pagi seperti hari ini lagi??
kepada sesiapa yang membaca entry kali ini..doakanlah supaya saya terus istiqamah dalam meniti arus kehidupan yang penuh berliku ini..semoga persahabatanku dengan semua sahabat akan terus diredhaiNYA..amin.



