Pages

April 21, 2010

aku dan impian



sejak kecil, aku punya banyak impian dan cita2..
bila orang tanya aku apa cita2 kamu,
aku keliru,
kerana terlalu banyak cita2 dan impian aku sehingga aku tidak tahu
yang mana aku mahukan dulu,
ya ..aku nampak rakus, nampak tamak mahukan semua impian itu,
tapi, aku tidak pernah merasa impian aku ini hanya angan2 kosong,
sejak aku kecil, family aku suka panggil aku cikgu,
sehingga gelaran tu lekat sampai sekarang,
aku mahu jadi cikgu mathematics,
kemudian bila aku masuk ke sekolah menengah,
aku mula punya cita2 lain,
aku mahu jadi accountant,
sehingga bila aku dapat aliran sains,
aku rasa mahu tukar,
tapi Allah mentakdirkan aku belajar sains jugak,
padahal aku x minat, namun aku tempuh jugak,
kemudian aku berminat sgt nk kaji bidang pertanian,
sebab bila aku pandang kebun2 kt kampung,
aku teringat, siapa lagi yang akan kerjakan semua ini kalau bukan aku,
sebab yang lain pasti punya impian yang besar2,
mana mahu jadi pekebun ,
aku mahu jadi pekebun, bukan yang biasa2..
tapi aku mahu jadi pekebun yang berjaya,
aku mahu berbakti pada tanah,
selepas SPM, aku mohon UPM untuk ambil course ini,
aku tidak tahu mengapa aku x dapat,
padahal antara course pilihanan aku, semuanya aku letak bidang pertanian,
nak kata result aku teruk,
aku rasa ia lebih dari cukup dari requirement yang diminta,
dah memang x de rezki la katakan,
setelah aku buat rayuan, tak juga berhasil,
jadi aku redha sahaja,
kemudian aku terfikir pulak nak ambil course art and culinary,
aku minat bidang masakan, nak kata aku rajin x dela sgt,
tapi sebab aku minat sgt tengok cupcake yang comel2,
and kek2 yang dihias cantik,
terasa best aja kalau aku mampu buat itu semua,
tapi kakak aku cakap, apelah ko ni,
result da dapat bagus tapi nak ambik course macam x mampu nk masuk universiti je,
bukan maksud course ni x bagus, tapi dia fikir aku mungkin mampu pergi lebih jauh,
mungkin dalam bidang2 yang lebih mencabar sedikit,
x pelah x dapat sekarang,tapi aku tetap simpan hasrat aku itu untuk suatu hari nanti,
sama seperti hasrat nk meneruskan cita2 dalam bidang pertanian,
kemudian aku masuk ke matrik,
disini pula cita2 aku berubah,
aku ambil subjek physics rather than biology,
wlpn x ramai sangat pelajr permpuan yang ambil physics,
aku tetap dengan keputusan aku,
kerana aku mahu meneruskan cita-cita aku ini,
aku mahu mencebuti bidang chemical engineering,
aku pun tidak pasti kenapa,
tapi yang aku tahu, suatu hari aku mahu jadi salah seorang ahli kaji
ahli kaji tentang pemakanan,terutama bahan kimia yang diletakkan dalam makananan ringan,
pada saat itu, aku terbayang telalu banyak junkfood yang dimakan oleh anak2 oarang islam
yang diletakkan dengan macam2 perisa,
jadi aku mahu salah seorang yang akan menghalang perkara2 ini berlaku,
aku mahu anak2 orang islam makan makanan yang sihat,
supaya generasi islam yang hebat akan terhasil.
namun impian itu juga tinggal kenangan untuk aku,
setelah itu aku keluar dari matrik untuk ke institut perguruan.
aku pun tidak tahu mengapa aku tinggal cita2 yang aku sangat impikan itu,
tapi aku yakin setelah buat solat istikarah,
gerak hatiku kuat mengatakan yang aku harus pilih yang ini,
hakikatnya,aku memang suka jadi cikgu,
tapi bukan untuk subjek english,
aku memang terpaksa berperang dengan keinginan dan kehambaran aku sendiri,
keinginan dan kempunan untuk menjadi cikgu mathematics,
dan kehambaran untuk menjadi cikgu English,
english menjadi subject yang phobia bagi aku sejak sekolah rendah,
aku bukanlah dari background keluarga yang ok english,
mak aku memang skolah english,tapi xde la reti sgt nk ajar anak dia english,
and aku juga x punya banyak contoh dalam keluarga aku untuk aku minat english,
kalau bahasa arab ye la aku minat,
mane taknye,dua2 kakak aku ke mesir and smua adik beradik perempuanku belajar b.arab,
kalau English ni boleh dikatakan agak KO la jugak,
eh tidak jugak, adik and kakak aku dapat A1 la jugak english mereka,
tapi aku x tahu kenapa kami x suka sgt english ni,
jadi sepanjang 2 tahun setengah aku belajar kat TESOL,
aku terpaksa berperang dengan perasaan aku sendiri,
perasaan rendah diri berbanding orang lain,
sebab aku rasa aku yang paling worst kalau speaking,
aku paling x reti grammar and rsa macam teruk je,
alhamdulillah aku dah melalui semua perasaan itu,
sekarang ini,
alhamdulillah berkat kesabaran itu, aku mampu sambung belajar kat NewZealand,
part ni memang aku suka,
aku pasti ramai lagi insan yang impikan mahu belajar kat oversea,
alhamduilillah aku syukur sekali lagi kerana aku menjadi
salah seorang yang berjaya ditaja belajar kat sini,
jadi aku berterima kasih pada penaja aku,
berada kat negara orang ini juga aku simpan cita2..cita2 yang kelihatan kecil,
tapi aku rasa ia sebenarnya cita2 yang sangat besar.
cuba teka apa pula cita2 aku disini,
kalau nk kata mahu score dalam pelajaran, siapa sahaja akan berkata begitu,
kalau nak kata mahu jadi best student, aku rasa itu juga menjadi impian kawan2ku yang lain juga,
aku mahu yang lain daripada yang lain,
aku mahu jadi..
aku mahu jadi..
aku mahu jadi...
aku mahu jadi dai'e..
dengan kata lain yang panjang, aku mahu jadi dai'e muslim yang akan menjadi cikgu yang berjaya..(betulkah structure ayatku??)
sejak aku berada kat maktab lagi, aku simpan sahaja hasrat ini,
aku biar sahaja keadaan seperti biasa, tiada yang berubah pada diri aku,
dan berharap masa yang berlalu di sini, sekarang ini,
yang memahamkan aku tentang semua itu,
aku mahu kenal tarbiyah, aku mahu kenal dakwah.,
aku akui aku sudah kenal semua itu sejak di bangku sekolah lagi,
tapi kali ini berbeda kerana aku mahu kenal tarbiyah dan dakwah itu dengan lebih rapat,
aku mahu praktikkan ia dalam sebuah kehidupan baru ,
kehidupan baru yang aku cipta sendiri ,
kehidupan baru yang aku lakarkan untuk menjadi insan hebat suatu hari nanti,
walaupun sekarang aku mungkin tidak terlalu faham dengan dakwah itu,
tapi aku berharap agar ada insan yang akan mentarbiyah
dan menyuntik semangat dakwah untuk aku,
kerana aku yakin dakwah dan tarbiyah mampu buat seorag insan itu hebat,
contoh yang paling hebat ada depan mata,
Muhammad kekasih Allah menjadi insan terhebat setelah melalui tarbiyah dan menjalankan dakwah,
jadi sekarang aku tidak takut,
aku tidak gentar untuk mengenali jalan dakwah ini,
biar ada yang mungkin mengatakan
"apalah engkau ni, nk berdakwah apenye sekarang ini, belajar is our priority,
kau x payah la nak berdakwah2 sgt, kau dah cukup baik dah and mungkin macam2 lagi"
tapi apa aku hairan kerana aku yakin jalan ini akan buat aku jadi manusia yang lebih hebat dimasa akan datang,
manusia yang lebih tegar hadapai cabaran,
manusia yang lebih tabah hadapi ujian,
manusia yang sentiasa syukur dengan ni'mat,
manusia yang meletakkan pandangan ALLAH itu didepan,
manusia yang tidak pernah lelah untuk berbuat kebaikan,
manusia yang tidak takut akan cemuhan dan kejian,
manusia yang yang tidak pernah berputus harap dengan Allah
manusia yang redha akan segala ketentuan,
manusia memikirkan kepentingan dan kesejahteraan ummat
dan yang paling penting menjadi manusia yang diredhai oleh Sang Pencipta.






p/s: doakan agar cita2 dan impian aku ini menjadi kenyataan suatu hari.sebab itu aku catatkan ia disini agar akan menjadi peringatan kepada aku manusia jenis apakah yang aku jadi..


April 19, 2010

Teruskan kuliah..

salam..

alhamdulillah syukur bila bangun pagi ini, kaki aku masih bergerak,
tangan aku masih mampu untuk di angkat2,
mataku masih mampu berkelip2,
degup jantungku masih bergetar tanpa berhenti walau sesaat
penglihatanku masih jelas,
aku masih mampu bersuara untuk membaca doa bangun tidur,
aku masih mampu mendengar bunyi kicauan unggas dipagi hari,
aku masih ada reski untuk makan sarapan pagi.
alhamdulillah untuk tidak terkira ini ,
begitu banayk nikmat yang Dia berikan untuk aku
tanpa berkira sedikit pon dengan aku
aku tujukan khas ucapan terima kasih ini buat Yang aku sgt cinta,
Dia memberi segala untuk aku..

semalam aku sangat terkesan dan tersentuh membaca satu kisah hidup insan ini,
yang sedang membilang hari2 dalam hidupnya kerana kanser hati,
namun dia tetap tabah dan redha dengan apa yang Allah kurniakan untuknya
cuba jengah ke blog insan ini
pasti kalian mendapat sesuatu

hari ini aku akan memulakan kuliah kembali
setelah 2 minggu easterbreak..
aku mahukan teruskan trimester ini dengan lebih cemerlang
dengan azam baru,
aku mulakan hari ini dengan memuji nama Tuhanku yang mencipta aku,
yang memiliki nyawaku,
semoga aku menjadi muslim yang lebih tersusun urusannya

April 17, 2010

Aku yang Berdosa


Saat demi saat berlalu,
Hati ini terus aku cemari,
Dengan kegelapan dosa,
Hinnga hilang getaran imannya,
Hingga samar cahaya hidayahnya,
Hingga runtuh kekuatan amalnya,
Hingga pudar seri wajahnya,
Lalu aku mula sesat dan menyesatkan.

Detik demi detik mendatang,
Aku masih mengukir durjana,
Tanpa taubat di antara dosa,
Tanpa setitik lelehan airmata,
Terlalu angkuhkah aku pada neraka?
Mungkin aku perlu seketika menyendiri,
Mengetuk dan bertanya kepada hati,
Masih adakah Tuhan di dalam hati?

(mengapakah harus anda merosakkan hati dengan dosa sedangkan hati itu benci kepada dosa.. jangan korbankan dakwah ini hanya kerana dosa-dosa anda, jangan terlalu mudah berkata, salah cara ini dan itu.. tapi ketuklah hati dan tanya di manakah salah hati ini.. graviti daie.. gema pantulan daie.. aku itu yang masih menyalahkan diri)



http://smalldeeds.wordpress.com/

April 14, 2010

aksi kejar mengejar...

salam warahmatullah..

Kali ni aku nak cerita kisah dalam perjalanan kami ke rotorua..kami semua konvoi sebanyak 4 buah kereta yg dipandu oleh k.anis(sister welly) and k.nana,k.nanad n k.sayme( sisters auckland)..pertamanya aku nk ucap terima kasih banyak2 kat mereka2 ni sebab sudi jadi drivers untuk kami semua..aku kagum sangat dengan mereka ni kerana sanggup korbankan masa, tenaga n duit lagi untuk kami.....untuk kami yang x pernah mereka kenal..untuk kami yang bukan sesiapa bagi mereka..tapi mereka ada rasa cinta dan sayang serta bagi pertolongan untu kami..kalau nak kata mereka ni nk enjoy pergi sana..bukanlah ape sgt sebab ini mugkin kali kedua atau kali ketiga mereka dah kesana..tapi tetap jugak sanggup terbang dari auckland ke welly untuk drive bagi kami ke rotorua..n bawak kami pulang ke welly dengan selamat barulah mereka ni pulang ke auckland semula..pastu mereka jugaklah yang tolong sediakan makanan untuk kami..dah la penat drive, siap tolong masak algi...subhanallah..Allah itu sangat penyanyang kerana bagi aku mengenali insan2 yang hebat ini..

hmm kembali ke cerita kami dalam perjalanan ke rotorua..tengah 2 jalan dah waktu malam, pemandangan sangat gelap and tak jelas untuk kami semua lihat and pastikan smua kereta ade bersama2. aku yang berada kat dalam kereta uthman, kereta yang ketiga sudah tidak melihat bayang kereta abu bakar and umar..kami bagitau suruh perlahan skit.mungkin mereka bawak laju sangat x dapat nk di reach. then, berlakulah adegan kejar2 dengan polis bagi kereta umar dan abu bakar..mula-mula kereta polis tu dok ikot dua buah kereta ni..kereta kedua(Umar) sangka yang mereka ada lakukan kesalahan mungkin bawak laju ke ape..smua dah gelabah, siap pakai seat belt segala bagai..sekali bukan kereta mereka yang dikejar..fuhhh lega kata mereka..
tapi sebaliknya kereta abu bakar plak yang kena tahan ..kami smua yang kat belakang melihat kereta sahabat2 kami di tahan polis sudah cuak yang amat..apakah yang berlaku pada mereka..ini mesti kes bawak laju ni...habis la kali ni...


kereta abu bakar yg depan n kereta umar..mereka dalam cintaku

namun alhamdulillah tak de pape yg berlaku cuma mereka di warning oleh polis tu..dengan ayat yang sgt sarcastic " you cause frustration to others because of silly driver like you" lebih kurang macam tu lah bunyi ayatnya..orang yang dalam kereta tu semua dah cuak..namun k.nana tenang je menghadapi keadaan tu..rupanya mereka bawak terlalu perlahan and ade pemandu kereta lain yang menghubungi polis..oooo baru aku tahu rupanya kat New Zealand x boleh bawak kereta perlahan sgt..nnt kena tahan polis..terbalik dengan kita kat Malaysaia yang kena tahan polis kalau bawak kete laju2..so memang kalau speed die 100 km/h kena la bawak macam..jangan kurang..

p/s: credit to k.nisa' jugak kerana sudi jadi driver waktu pulang dari rotorua ke welly..birthday girl on that day (12.4.2010) happy besday k.nisa..moga allah merahmatimu..k.nisa ni kecik comel tapi boleh bawak estima..waaa betul2 buat aku kagum..

JAuLaH AuTuMn- part I

salam warahmatullah @ kia ora..

alhamdulillah selamat kembali dari jaulah autumn ke rotorua and taupo start from 9-12.4.2011..this is one of the best jauah ever..jaulah kali ini bertemakan LOVE..
Looking for your love,
O'Allah
begins with the Voice of nature
and Eternity of ukhuwwah

dengan lagu temanya Open Your Eyes by maher zain and ku berlari..memang buat aku terfikir akan kebesaran ALLAH yang Maha Agung..konvoi sebanyak 4 biji kenderaan 2 kereta + 2 Estima..buat jaulah lagi meriah..lagi meriah bila dicampur dengan shbt2 from auckland..bertemu dengan sisters2 auckland yg sgt mengagumkan aku..

hari pertama perjalanan aku ke rotorua..kami singgah2 ke beberapa tempat..singgah ke Lindale farm tempat makan2 ice cream and lihat bnyk2 binatang..then kami bergerak ke windfarm kat palmy..subhanallah..cantik x terkata..


kat tengah jalan ke palmy..subhanallah..macam lukisan je




lindale farm..


windfarm


aku suka langit


cantik kan..alam ciptaan ALLAH



ok la..mood nk berblogging kurang sekarang ni..walaupun sgt benayka benda yang nk di kongsi..dek kerana ade assignment yg baru nk bersentuh..selamat berkhalwat dengan assgmnt ye cik faryha Lala...

to be continued.....bile free + mood berblogging tgh menggelegak

April 07, 2010

mukhlis sudah pandai..

salam

lebih sebulan rasanya aku tak menelefon kakak kat sarawak..
rindu sgt nak telefon tapi keadaan yg busy buat aku jadi makin malas..
rindu sangat nak tengok wajah mukhlis..
dah makin besar ke dia??
mesti makin hencem kan..

aku tak sabar nak tunggu dia boleh bercakap..
kakak bilang abi die dah ajar mukhlis membaca..
boleh la jugak die ikot..
bile orang ajar sebut kakak..die sebut kakak..
suruh sebut adik..sebut adik..
suruh sebut buku sebut buku
tapi bile abi die ajar sebut bola..
tau ape reaksi dia??
die sepak bola depan abi dia and cakap goal!!!!!
amboih..nasib abik x sepak abi die skali..
akhir-akhir ini..mukhlis sangat pemurah
die suka sangat bagi makan burung yang masuk dalam rumah dia...
alamatnya..guni beras yang ade kat dpaur rumahnya
diheret dan diambil sambil tabur2 bagi burung makan..
pemurahnya die bagai burung makan..
tapi x leh nk wat selalu la mukhlis..
sian umi kamu nk kena bli bnyk beras..
hahaha..
lepas dengar cerita mukhlis dari uminya..


aku suka tnye kakak aku pasal 2 lagi hero kesayangangku..
faez dah pandai cakap sekarang ni..



ayis plak dah pandai cakap cina..
alamat kena tipu la abah die lepas ni..
balik je rumah..die cakap ape ntah..bunyi kong kang..kong kang..
abah die pon x paham..
haishh..mereka smua buat aku rasa rindu nk balik malaysia..
emm harini plak besday adikki bie( azalea)
happ besday bie..semoga maik bertambah matang..n makin cun..
hadiah lain kali ye..

April 06, 2010

Duhai hati...

salam warahmatullah..

Duhai hati….
Sukar benar engkau dikawal,
Sering meronta mahu dilepaskan,
Kadang dapat ditahan,
Tapi selalu engkau hilang pedoman.

Duhai hati….
Terlalu mudah engkau diperdayakan,
Perlahan dan juga diam,
Sedang jasadmu sering baik kelakuan,
Engkau sering diratah dan dibaham.

Duhai hati….
Selalu jasadmu di jalan kebenaran,
Rupanya engkau masih sesat tanpa pedoman,
Mengapa engkau harus begitu,
Bukankah engkau yang lebih utama?

Duhai hati….
Usahlah engkau dijangkiti,
Dengan penyakit bernama riya’,
Dengan virus bernama ujub,
Dengan kanser bernama sum’ah.

Duhai hati….
Ubatilah segara penyakitmu itu,
Dengan zikrullah mengingati Yang Esa,
Dengan doa harapan padaNya,
Dengan ikhlas sebagai jalan keluar.

Duhai hati….
Mahukah engkau membinasakan jasad?
Sedang jasad sujud rebah pada Pencipta,
Bersihkanlah dirimu dari segala penyakit dan jahiliyyah,
Biar yang tinggal hanyalah Tuhan..

(sesungguhnya amal yang paling utama adalah amal hati.. )




http://smalldeeds.wordpress.com/2009/05/11/duhai-hati/

April 05, 2010

TV

salam warahmatullah

awal2 pagi keluar rumah terus pergi warehouse and briscoes
harini banyak sale sempena easter break.
alhamdulillah dapat ape yang dicari..
balik rumah..take lunch an terus rehat..
baru je bangun tido, k.jah ketok pintu bilik
"ieha,nak TV tak letak kat bilik??"
aku terpinga2..n menenyeh mata terus terbangun,..
nak..nak..excited je..
waaa.. what a miracle today...
orang offer bagi TV free..alhamdulillah
lepas ni x payah la lagi aku nk kena turun ke bawah untuk tgk TV
thanx so much k.jah..jasamu dikenang..

P/s: TV ini satu lagi distraction selain fb..harap ia bermanfaat untuk kau tgk weather sebelum pergi ke kelas

April 04, 2010

Daylight Savings Ending

salam w.b.t

Hi everyone,

Enjoy the last few sunny evenings, because very very early on Sunday morning, the clocks are to be set back one hour – which means that it will be lighter in the mornings, but it will get darker earlier in the evenings.

What? Daylight Savings time ends

When? At 3AM on Sunday morning, clocks get set back to 2AM again

Why? So that our dairy farmers don’t have to wake up in the dark

Don’t forget to set your clocks back one hour, we wouldn’t want you to turn up to lectures an hour early on Monday! Many electronic devices such as cellphones, computers etc will automatically set their time back from 3AM to 2AM on Sunday morning, but make sure that you check them, because not all of them do.

For more information on Daylight Savings time, visit:

http://www.dia.govt.nz/diawebsite.nsf/wpg_url/services-daylight-saving-index

While you are standing on chairs changing the time on your clocks (don’t worry, you don’t actually have to get up at exactly 3 AM to do so), it is also a good idea to check your smoke alarms to ensure that they have fresh batteries and are in working order. If you live in a University hostel and have a problem with your smoke alarms, make sure you see your Residential Assistant, or Manager as soon as possible – a working smoke alarm may just save your life. Did you know that you can’t smell smoke while you are asleep? For more information on smoke alarms, visit

http://www.fire.org.nz/Fire-Safety/Safety-Devices/Pages/Smoke-alarms-installation.aspx

Sophia Wallingford

BEd (TESOL) Administrative Support


ini email dari sophia supaya ingatkan aku betolkan jam harini..
tapi bangun je pagi tadi aku dah blurr..tengok jam pkul 6 lebih
tapi laptop aku bunyi azan subuh tapi jam di laptop baru pkul 5. lebih..eh kenapa plak ni??
aku tersalah set time ke ape??
oo ok..hari ini dah 4 april, jadi kepada mereka-mereka yang kat malaysia..
oficially aku umumkan perbezaan mase antara kita hanya beza 4 jam sekarang ni..
mase siang aku makin berkurang..
mase malam akan makin panjang...
waaa heaven la mase bulan puasa nanti sebab puasa cepat berbuka.

anyway, aku tetap kagum dengan alam ciptaan allah..
macam mana DIA boleh jadikan putaran bumi ini menjadi sebegitu rupa,
ade separuh bahagian bumi jadi cepat waktu siang,
ade separuh bumi lagi jadi cepat waktu malam..and ade x berubah pon masenya..
kalau kita orang yang mahu berfikir
tentang kebesaran tuhan..
kita akan mampu melihat kebesaran tuhan mentadbir alamnya
dengan cukup sistematik dan teratur..
maka, marilah sama2 kita berfikir dan bersyukur
memuji kebesaran illahi..amin


~salam sayang~
farieha,wellington
5.55 a.m

April 03, 2010

JARING...

salam warahmatullah

bermula je cuti,maka bermulah aktiviti lain selain study..
habis je assignment,aku terus
main netball 2 hari berturut2.
semalam aku main netball sesuka hati dengan ahli usrah
lawan antara usrah k.wani, k.anis n kizzah
harini lawan netball lagi,anjuran WMSO,
wakil group TESOL cohort 1...
kedua-duanya aku main
tapi aku lagi suka yang semalam punya permainan
tema untuk semalam "PLAY FOR FUN"
tema untuk hari ni "PLAY FOR WIN"
aku akui, aku bukanlah orang yg terror main netball pon ,
tapi alang2 orang da ajak main je la..
tapi sorry hari ni aku kalah..kalah tapi still bergaya
tapi semalam aku menang..menang dengan spenuh perasaan..
perasaan gembira bermain bersama insan yang dianggap sahabat..
bukan bermain bersama insan yang dianggap lawan
apepun kedua-duanya ada nilai yang tersndiri untuk aku pikirkan
yang semalam aku lebih rapat dengan ahli usrahku
yang hari ini aku lebih rapat dengan sahabat2 sekelasku
namun pengajaran dan iktibar aku lebih aku suka ketika bermain semalam
bak kata k.wani, naqibahku..semua orang hari ini adalah pemenang
group yang kalah tercengang..eh kenapa semua orang menang?
menang sorak je ke??
tidak..menang kerana semua orang mampu bangkit dari katil ,
dihujung minggu diawal pagi untukbermain bersama sahabat..
indahkan ikatan itu..
kalau tak datang main netball semalam sudah tentu aku menjadi orang yang kalah
kalah dengan nafsu untuk terus tidur kat atas katil
kalah dengan nafsu untuk bermalas-malasan bila cuti
ya..bila aku fikir-fikir balik..
itulah erti sebenar kemenangan bagi ruhku..
tambah lagi permainan netball semalam buat aku rasa betul2 release stress
tak seperti hari ini yang kelihatan a bit stress
stress mendengar rakan2 menyumpah2 menggunakan perkataan kurang sedap didengar
stress dengan niat main yang bukan kerana allah..
tapi aku sedar itulah kelemahan yang perlu di atasi..
apepun..aku bangga punya sahabat dan rakan2 yang menghiburkan..
yang saling bekerjasama untuk mencapai matlamat..
semoga segala apa sahaja aktiviti yang aku lakukan dapat diambil iktibar
bukannya buat sesuatu tanpa faedah dan pengajaran
thanx for those who brighten up my days during this holiday




susun ikot number


kami


kelburn court,salamanca road..nampak view vic uni.

kami semua


ni paling best..k.wani masak sedap untuk kami


bersemangat nk rebut bola

p/s: gambar2 ni..mase main semalam bersama usrah

lega

salam w.b.t

seperti yang dijanji pada entry lepas..aku kini kembali..maaf ambil mase jugak,3 aribulan baru nak update.haisssh..farieha nih. sorry ye pengunjung sekalian. minggu lepas dah berlalu minggu yang agak memenatkan tapi aku suka. sebab mase kita sibuk and kritikal inilah kita akan diuji..banyak benda yang aku belajar..belajar untuk sabar, untuk tenang and yang paling best paling aku rasa..aku lebih dekat kepada DIA..
ketika minggu aku sibuk, aku suka untuk menjadualkan diri aku..setiap masa minit dan jam itu berharga..jadi aku akan plan betol2 untuk aim kerja yang aku dan siapkan supaya x de stress2.antara benda yang aku jadualkan ialah keseimbangan antara aku buat kerja,beribadah dan something yang dapat releasekan stress.
aku berjaya..siap 2 essays 5000 words yang dihantar ari kamis lepas, abis test linguistic.
dalam masa sibuk2 aku masih sempat pergi jalan2 ke zooo wellington dengan jessica n balqis..relax je macam x bnyk kerja..anyway dapat release strees aku



selain itu, benda releasekan stress aku ialah masak sedap2..lepas abis asgmnt plan nk blaja bat macam kek and muffin dengan anne..
aku juga berjaya tahan perasaan k bukak blog and facebook..so no blog, no facebook for one..mission is completed
sambil itu aku juga buat peraturan kat diri aku sendiri untuk tidak tinggalkan baca ma'thurat setiap ari lagi beserta tahjud..kalau aku ade tinggal, aku akan menghukum diri sendiri dengan kena puasa..yeah..aku berjaya jugak part tu..harap2 usaha ni akan buat aku lebih istiqamah dengan nk mendekatkan diri mengadu pada DIA. waku rasa ujian yang DIA bagi itu akan membuatkan kita lebih dekat pada DIA....aku nak cuba ubah diri aku..tingkatkan ibadah untuk jadi muslimah yang kuat..yang boleh menharungi ape saja keadaan..semoga aku berjaya

p/s: bermula 2 -18 april cuti easter break..ade plan nk g jalan2 ke rotorua..nnt aku cerita2 lagi ye