Pages

April 21, 2010

aku dan impian



sejak kecil, aku punya banyak impian dan cita2..
bila orang tanya aku apa cita2 kamu,
aku keliru,
kerana terlalu banyak cita2 dan impian aku sehingga aku tidak tahu
yang mana aku mahukan dulu,
ya ..aku nampak rakus, nampak tamak mahukan semua impian itu,
tapi, aku tidak pernah merasa impian aku ini hanya angan2 kosong,
sejak aku kecil, family aku suka panggil aku cikgu,
sehingga gelaran tu lekat sampai sekarang,
aku mahu jadi cikgu mathematics,
kemudian bila aku masuk ke sekolah menengah,
aku mula punya cita2 lain,
aku mahu jadi accountant,
sehingga bila aku dapat aliran sains,
aku rasa mahu tukar,
tapi Allah mentakdirkan aku belajar sains jugak,
padahal aku x minat, namun aku tempuh jugak,
kemudian aku berminat sgt nk kaji bidang pertanian,
sebab bila aku pandang kebun2 kt kampung,
aku teringat, siapa lagi yang akan kerjakan semua ini kalau bukan aku,
sebab yang lain pasti punya impian yang besar2,
mana mahu jadi pekebun ,
aku mahu jadi pekebun, bukan yang biasa2..
tapi aku mahu jadi pekebun yang berjaya,
aku mahu berbakti pada tanah,
selepas SPM, aku mohon UPM untuk ambil course ini,
aku tidak tahu mengapa aku x dapat,
padahal antara course pilihanan aku, semuanya aku letak bidang pertanian,
nak kata result aku teruk,
aku rasa ia lebih dari cukup dari requirement yang diminta,
dah memang x de rezki la katakan,
setelah aku buat rayuan, tak juga berhasil,
jadi aku redha sahaja,
kemudian aku terfikir pulak nak ambil course art and culinary,
aku minat bidang masakan, nak kata aku rajin x dela sgt,
tapi sebab aku minat sgt tengok cupcake yang comel2,
and kek2 yang dihias cantik,
terasa best aja kalau aku mampu buat itu semua,
tapi kakak aku cakap, apelah ko ni,
result da dapat bagus tapi nak ambik course macam x mampu nk masuk universiti je,
bukan maksud course ni x bagus, tapi dia fikir aku mungkin mampu pergi lebih jauh,
mungkin dalam bidang2 yang lebih mencabar sedikit,
x pelah x dapat sekarang,tapi aku tetap simpan hasrat aku itu untuk suatu hari nanti,
sama seperti hasrat nk meneruskan cita2 dalam bidang pertanian,
kemudian aku masuk ke matrik,
disini pula cita2 aku berubah,
aku ambil subjek physics rather than biology,
wlpn x ramai sangat pelajr permpuan yang ambil physics,
aku tetap dengan keputusan aku,
kerana aku mahu meneruskan cita-cita aku ini,
aku mahu mencebuti bidang chemical engineering,
aku pun tidak pasti kenapa,
tapi yang aku tahu, suatu hari aku mahu jadi salah seorang ahli kaji
ahli kaji tentang pemakanan,terutama bahan kimia yang diletakkan dalam makananan ringan,
pada saat itu, aku terbayang telalu banyak junkfood yang dimakan oleh anak2 oarang islam
yang diletakkan dengan macam2 perisa,
jadi aku mahu salah seorang yang akan menghalang perkara2 ini berlaku,
aku mahu anak2 orang islam makan makanan yang sihat,
supaya generasi islam yang hebat akan terhasil.
namun impian itu juga tinggal kenangan untuk aku,
setelah itu aku keluar dari matrik untuk ke institut perguruan.
aku pun tidak tahu mengapa aku tinggal cita2 yang aku sangat impikan itu,
tapi aku yakin setelah buat solat istikarah,
gerak hatiku kuat mengatakan yang aku harus pilih yang ini,
hakikatnya,aku memang suka jadi cikgu,
tapi bukan untuk subjek english,
aku memang terpaksa berperang dengan keinginan dan kehambaran aku sendiri,
keinginan dan kempunan untuk menjadi cikgu mathematics,
dan kehambaran untuk menjadi cikgu English,
english menjadi subject yang phobia bagi aku sejak sekolah rendah,
aku bukanlah dari background keluarga yang ok english,
mak aku memang skolah english,tapi xde la reti sgt nk ajar anak dia english,
and aku juga x punya banyak contoh dalam keluarga aku untuk aku minat english,
kalau bahasa arab ye la aku minat,
mane taknye,dua2 kakak aku ke mesir and smua adik beradik perempuanku belajar b.arab,
kalau English ni boleh dikatakan agak KO la jugak,
eh tidak jugak, adik and kakak aku dapat A1 la jugak english mereka,
tapi aku x tahu kenapa kami x suka sgt english ni,
jadi sepanjang 2 tahun setengah aku belajar kat TESOL,
aku terpaksa berperang dengan perasaan aku sendiri,
perasaan rendah diri berbanding orang lain,
sebab aku rasa aku yang paling worst kalau speaking,
aku paling x reti grammar and rsa macam teruk je,
alhamdulillah aku dah melalui semua perasaan itu,
sekarang ini,
alhamdulillah berkat kesabaran itu, aku mampu sambung belajar kat NewZealand,
part ni memang aku suka,
aku pasti ramai lagi insan yang impikan mahu belajar kat oversea,
alhamduilillah aku syukur sekali lagi kerana aku menjadi
salah seorang yang berjaya ditaja belajar kat sini,
jadi aku berterima kasih pada penaja aku,
berada kat negara orang ini juga aku simpan cita2..cita2 yang kelihatan kecil,
tapi aku rasa ia sebenarnya cita2 yang sangat besar.
cuba teka apa pula cita2 aku disini,
kalau nk kata mahu score dalam pelajaran, siapa sahaja akan berkata begitu,
kalau nak kata mahu jadi best student, aku rasa itu juga menjadi impian kawan2ku yang lain juga,
aku mahu yang lain daripada yang lain,
aku mahu jadi..
aku mahu jadi..
aku mahu jadi...
aku mahu jadi dai'e..
dengan kata lain yang panjang, aku mahu jadi dai'e muslim yang akan menjadi cikgu yang berjaya..(betulkah structure ayatku??)
sejak aku berada kat maktab lagi, aku simpan sahaja hasrat ini,
aku biar sahaja keadaan seperti biasa, tiada yang berubah pada diri aku,
dan berharap masa yang berlalu di sini, sekarang ini,
yang memahamkan aku tentang semua itu,
aku mahu kenal tarbiyah, aku mahu kenal dakwah.,
aku akui aku sudah kenal semua itu sejak di bangku sekolah lagi,
tapi kali ini berbeda kerana aku mahu kenal tarbiyah dan dakwah itu dengan lebih rapat,
aku mahu praktikkan ia dalam sebuah kehidupan baru ,
kehidupan baru yang aku cipta sendiri ,
kehidupan baru yang aku lakarkan untuk menjadi insan hebat suatu hari nanti,
walaupun sekarang aku mungkin tidak terlalu faham dengan dakwah itu,
tapi aku berharap agar ada insan yang akan mentarbiyah
dan menyuntik semangat dakwah untuk aku,
kerana aku yakin dakwah dan tarbiyah mampu buat seorag insan itu hebat,
contoh yang paling hebat ada depan mata,
Muhammad kekasih Allah menjadi insan terhebat setelah melalui tarbiyah dan menjalankan dakwah,
jadi sekarang aku tidak takut,
aku tidak gentar untuk mengenali jalan dakwah ini,
biar ada yang mungkin mengatakan
"apalah engkau ni, nk berdakwah apenye sekarang ini, belajar is our priority,
kau x payah la nak berdakwah2 sgt, kau dah cukup baik dah and mungkin macam2 lagi"
tapi apa aku hairan kerana aku yakin jalan ini akan buat aku jadi manusia yang lebih hebat dimasa akan datang,
manusia yang lebih tegar hadapai cabaran,
manusia yang lebih tabah hadapi ujian,
manusia yang sentiasa syukur dengan ni'mat,
manusia yang meletakkan pandangan ALLAH itu didepan,
manusia yang tidak pernah lelah untuk berbuat kebaikan,
manusia yang tidak takut akan cemuhan dan kejian,
manusia yang yang tidak pernah berputus harap dengan Allah
manusia yang redha akan segala ketentuan,
manusia memikirkan kepentingan dan kesejahteraan ummat
dan yang paling penting menjadi manusia yang diredhai oleh Sang Pencipta.






p/s: doakan agar cita2 dan impian aku ini menjadi kenyataan suatu hari.sebab itu aku catatkan ia disini agar akan menjadi peringatan kepada aku manusia jenis apakah yang aku jadi..


3 cetusan rasa:

Unknown said...

Yeay..sy org pertama komen...tp act xtau nak komen pe sbnrnye sbb xhbs bc lg entry ni..hehe

Unknown said...

alhmdlillah...dah bc dah..mg menjadi seorang da'ie yg berjaya, serta mampu mendidik para generasi akan datang..amiiin

fieqa said...

salam..

thumbs up!

pengalaman akak lebih kurang sama lah dgn saya sikit2!! ;)
especily part bawah2..=)