Pages

May 09, 2010

bingkisan untuk insan di alam sana

salam w.b.t

di setiap kali hari ibu menjelang hati aku akan terasa sayu..hiba namun jua gembira untuk orang sudah kini berada jauh dimata, sudah tidak mampu dilihat pada pandangan mata kasar, sudah tidak mampu untuk dipeluk cium, sudah tidak mampu bergurau senda, sudah tidak mampu memasakkan makanan kegemaranku dan yang paling terasa sudah tiada orang untuk aku calling2 selalu and bercerita macam2 perkara..tapi sentiasa insan ini sentiasa tersenyum didalam hatiku yang tidak pernah luput dan luntur dihati seorang insan bernama anak..namun aku tahu dia insyaallah bahagia di alam sana..

setiap kali hari ibu, akanku tatap sekeping kad hari ibu yang aku belikan khas untuk arwah ma sewaktu aku form 5 dulu..kad itu mungkin sudah tidak cantik kerana kad itu sudah hampir 4 tahun usianya..aku terasa hiba sebab aku sudah betol2 bersemangat mahu berikan sesuatu untuk ma pada hari ibu tahun itu, namun apakan daya..kad itu aku tidak terkirim dek alasan kesibukan pada waktu itu..tapi aku smpat call ucapkan terima kasih kepada ma kerana telah melahirkan aku, telah menjaga aku, telah mendidik aku..aku tidak tahu yang itu adalah ucapan hari ibu yang terakhir dari aku untuk dia.. sekali lagi aku mahu ucapkan sesuatu disini sepcially untukmu insan di alam sana

terima kasih yang tidak terhingga yang mungkin tidak mampu aku membayarnya kerana
segala kos itu telalu dan tidak ternilai oleh wang ringgit..

1) Kos mengandungkanku selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagaku - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranaku - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanku - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanku -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihmu - PERCUMA

aku terfikir lagi..adakah aku sudah menunaikan tanggungjawab aku sebagai anak di usianya masih hidup??bagaimana pula setelah dia pergi?? tepuk dada tanya hati..tanya iman..adakah tanggungjawab itu sudah langsai?? ya Allah, semoga aku menjadi anak yang solehah buatnya yang sentiasa mengirimkan doa dan berbuat kebajikan untuk orang yang tersayang ini...sudah2..aku tidak mahu air yang berkaca dimata ini menitis sewaktu aku menulis warkah ini..sudah2..berhenti farieha..fullstop.


salam 9 mei buat semua warga ibu yang ada kat dunia ni..hari ini hari yang special buat ibu2 smua..pasti senyuman akan terukir bila anak2 mengucapkan selamat hari, ditambah pula dengan card yang dibuat sendiri oleh anaknya ditambah dengan hadiah ,celeberation dan sebagainya..namun adakah itu semua yang ibu harapkan dari kita??adakah nilai matawang ringgit yang menjadi ukurannya??adakah kasih sayang yang tidak terhingga menjadi dambaannya?? kalau nak tahu ape yg ibu nk..ambillah mase beberapa minit call ibu, tanye ape harapannya pada kita sebagai anak..jom..jangan telambat kerana hari ibu ini mungkin hari yang terakhir buat dia atau juga buat kita..kerana kematiaan itu sangat dekat dengan kita..jangan menyesal dikemudaian hari..

lagu BELAIAN IBU ini ditukan khas buat insan2 tersayang bergelar ibu specially untuk arwah ma, umi asmad, bonda zaila, mama sumaliza


Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh? ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh? Ibu


Rasa syahdu dan terharunya menghayati lirik lagu ini..sedih dan hiba

P/S: Don't forget to wish yr mum on MOTHER'S DAY ye.....

(alangkah beruntungnya mereka yg masih punya IBU....kerana tanpa IBU jiwa mu akan sentiasa dlm kesepian dan kerinduan.)

6 cetusan rasa:

Surau Al-Ghafur said...

salam..

sungguh, diri ni amat memahami perasaan enti sekarang, kita doakanlah kebaikan untuk insan2 yg disayangi ni..moga rahmat Tuhan mengiringi pembaringan mereka di sana..inshaAllah..

[z@ck] said...

moga arwah ibu kita tenang disana..
=)

farieha said...

firdaus: thanx for ur understading..ameen..smoga roh2 mereka dicucuri rahmat di alam sana

zack; ameen zack..smoga ibu2 kita tenang bersemadi disana

Anonymous said...

Salam,

InsyaAllah, doa anak yg solehah tu akan sampai buat ibunya yang tercinta.

Teruskan mencapai impian dan cita-citamu, kerna sesungguhnya itu jua yg menjadi impian ibumu...

Moga Allah merahmati kita semua, samaada yg masih hidup atau yg telah tiada. Ameen..

Terus berjuang, sahabat!

farieha said...

thanx so much nadiah.all da best to u too

Zayana Yusof said...

kak iha kuat!