salam,
Isu PPSMI ini masih lagi hangat diperdebatkan..dan masih lagi belum ada keputusan yg tetap mengenainya..sejak dari tahun lepas lagi saya suke la jugak nk mengikuti isu ni..maklumlah ianya ada tempias jugak kepada guru..jadi sebagai future teacher..saya rase saya perlu ambik tahu pasal ni...Apa yg berlaku sekarang??jom kita bace satu petikan artikel ttg isu ini..
Nah, secara tidak langsung Kementerian Pelajaran sedang menyalahkan guru ekoran kelemahan murid-murid menguasai bahasa Inggeris menerusi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Dasar yang salah atau guru yang salah? Laporan ini juga, saya kira membuktikan kerajaan, tidak akan memansuhkan PPSMI. Dan dari sini, kita juga semakin memahami mengapa sesetengah tenaga pengajar lebih sudu dari kuah dalam mempertahankan PPSMI - Bayaran Imbuhan Subjek Penting (BISP)? Kita tidak menuduh, ini mungkin hanya sangkaan. Tetapi kini semakin banyak pertanyaan, tanggapan, dan krisis nilai bakal timbul ekoran dasar yang mengkhianati bangsa ini. Sumber klik di sini:
Lanjut Tempoh Kursus Guru PPSMI
Oleh Norakmah Mat Youb
GEORGETOWN: Kementerian Pelajaran bercadang melanjutkan tempoh kursus bahasa Inggeris bagi guru yang terbabit dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) kepada enam bulan, berbanding tiga bulan ketika ini.
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim, bagaimanapun berkata perkara itu masih pada peringkat awal dan memerlukan kajian terperinci sebelum dilaksanakan.
"Lanjutan tempoh itu perlu bagi memperkasakan dan meningkatkan penguasaan guru dalam bahasa Inggeris.
"Sejak PPSMI dilaksanakan, banyak pandangan diterima, ada yang bersetuju dan ada juga yang sebaliknya. Ia bukan saja membabitkan murid dan ibu bapa tetapi guru juga," katanya.
Beliau berkata, berdasarkan maklum balas diterima, cabaran utama PPSMI bukanlah murid tetapi guru sendiri yang masih lemah menguasai Bahasa Inggeris.
Sehubungan itu, katanya, guru perlu diletakkan dalam suasana latihan yang keseluruhannya dalam bahasa Inggeris supaya tahap pencapaian dan kemahiran mereka dapat ditingkatkan.
"Kita tidak mahu lagi guru yang berkursus diselang-selikan dengan tugas mengajar. Ia akan menyebabkan mereka hilang fokus," katanya.
Beliau berkata, jika perlu, sekolah yang menghantar guru berkursus perlu mencari guru ganti bagi memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran tidak terjejas.
Noor Rezan berharap guru yang mengajar subjek Sains dan Matematik meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dengan memanfaatkan sepenuhnya pemberian Bayaran Imbuhan Subjek Penting (BISP).
Katanya, imbuhan yang diterima sepatutnya digunakan untuk membeli buku atau menghadiri kelas tuisyen bahasa Inggeris.
p/s:(artikel diatas ditulis oleh Faisal Tehrani)
lanjutan daripada isu PPSMI yang saya ikuti sejak beberapa ketika ini..membuat saya sebagai bakal guru rasa gerun nk mnghadapi murid2 pada masa akan datang..ye la..nk wat tu x kena, nk wat ni x kena..semuanya guru yg disalahkan..guru yang mendapat nama buruk padahal guru itulah yg memberi ilmu pada students..mungkin zaman da berubah..kerjaya sbg guru skrg seolah2 telah hilang "kemuliaannya"..bermacam2 kritikan drpd ibubapa mahupun masyarakat sekeliling ttg guru. sgt berbeza dengan zaman dulu yg mgkin budak2nya x la berapa advance tapi sgt menghormati guru..siapa yang dah berubah?? guru zaman sekarang @ murid2 zaman skrg @ dunia zaman sekarang?? apepun itulah cabaran kepada bakal2 guru di masa hdpn..semoga kehormatan dan kemuliaan seorng guru itu akan terus terpelihara..amin.
Im studying again!!!
10 months ago




5 cetusan rasa:
Peh, isu berat ni.. poning2.... hu3
eh, da tukar font tulisan eh?
ha'a..tukar papyrus.buruk ke??rase mcm x bes plak nk bace..nk tukar balik kot.hehehe
salahkan yang mencipta idea n yang menyokong!!
pikir2 la sndir...
wakkaka..
kesihan kat kami cikgu2 mate....
cikgu. cikgu. cikgu.
pandai manipulate. PPSMI fail kerana guru. Beli laptop untuk kegunaan murid tapi yang menggunakan adalah guru sendiri - as a personal use. macamana nak cakap? guru bertudung labuh pon ada kepentingan sendiri. wallahualam
from point of view seorang juruteknik komputer di sekolah.
Ampuni dosaku ya Allah.
Post a Comment