Semalam tidur lambat..lebih kurang jam 2 pagi baru mata terlelap..tetiba terjaga dari lena mimpi yang buat aku terkejut ..subhanallah..masyaallah..tetiba rasa hati berdegup kencang..melihat kepada roommateku yang sedang lena dibuai mimpi, aku melihat jam ditangan baru menunjukkan pukul 4.30 pagi. kenapa ni?? Aku merasakan ada sesuatu yang tidak lengkap dalam hidup..jiwa rasa kosong..
Mula-mula jasad kecil yang sempurna dikurniakan ALLAh ini rase malas untuk bangkit dari tilam yang empuk..namun die harus kuatkan hati dan dirinya untuk bangun juga..
Hati dan nurani mungkin perlukan makanannya kot..jadi aku cuba beri rohaniku makanan jiwa yang mebuatkan die rase lebih tenang..disaat tikar sejadah itu dicium dan dahiku tunduk sujud tanda syukur kepada DIA..boleh plak aku seolah-olah bermonolog dengan diriku sendiri..seolah-olah jasad bercakap dengan rohnya..
“Apa yang engkau mahukan wahai hati??”..entahlah kekadang aku sendiri rase keliru dengan apa yang aku mahu sekarang ini.. “kenapa jiwa kosong??”..sebab tak ade kekasih hati macam kawan-kawan yang lain ke??
Hatiku berkata lagi..”oh.. tidak, aku tak perlukan cinta seorang lelaki ajanabi buat masa ini..”. “aku perlukan cinta yang lebih hebat untuk menemui cinta agung..”
“kau x sedih dan menyesal ke sebab telah meninggalkan cinta seorang lelaki yang sangat kau sayang?” Emm ini persoalan yang susah untuk aku jawab..ya ,sedih itu hanya tuhan saja yang tahu bila aku ingin mengatakan aku tidak ingin bercinta lagi dengan “si dia” dan hanya ingin berkawan dan mengaggap seperti keluarha,tapi aku tidak pernah rasa menyesal walau sedikitpun meninggalkan cinta monyet yang tidak mebawa apa-apa makna padaku..alhamdulillah semua itu telah berlalu dan aku masih boleh menjadi sahabat kepada si dia..aku rasa itu lebih baik untuk kami. Kau bukan tidak mahu kerana hatiku dipunyai orang lain..tetapi mungkin hatiku dijaga DIA untuk mendidik dan mentarbiyah diri.
Aku teringat ada satu MMS yang dihantar oleh adik “si dia” kepadaku..mesej ini disertai dengan gambar wanita yang berniqab diiringi lagu ayat-ayat cinta:
Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh allah, tidak sedikit pun allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya..kerana Allah teramat mencintanya..tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki…dimana Allah untuk menjaga kita?Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita. Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri kita supaya meninggalkancinta seorang lelaki , bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNYA…mengapa masih ragu2? “kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari.hargailah atas kesempatan yang allah berikan” .. “sebesar2 dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rase berdosa melakukannya”.al-imam ghazali

Uktiku,
aku bangga melihatmu menderita dalam perjuangandari melihatmu gembira dalam kelalaian
Ukhtiku,
aku bangga medengar tangisanmu kerana pengorbanan..dari mellihat tawamu dalam pengkhianatan.
Aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran..dari dalam hidup kesesatan kerana jangan lupa ukhtiku
Muliamu bukan pada pangkat dan harta tapi kerana ISLAM
P/s: semoga hati cik Faryha Lala jumpa cinta dia yang sebenar dan hakiki..semoga die diketemukan dengan orang yang boleh membimbing die ke jalan menuju TUHAN..amin..perancangan tuhan itu siapa yang tahu.




2 cetusan rasa:
akak! ttb rindu kat akak! imah igt lg ms akak forward kat imah mesej yg indah dan sgt cntk ni. mmg x henti2 bergenang air mata imah ms tu. trm ksh sgt2 kak. imah still smpn lg msj tu dan sll recall blk. msj tu snts mengingatkan imah ttg tujuan sbnr kte dihidupkan di dunia ini. dn msj tu jgklah yg telah menjadikan imah skang imah yg baru, yg tdk lg sdh atau berduka krn tiadanya cinta lelaki. alhamdulillah, skang imah rs sgt2 bbs namun terikat dgn cinta kekasih imah yg satu, iaitu DIA azza wajalla. syg akak! smg dbrkati Allah..
rindu kat imah jugak!!!!x sbar plak nnt nk jumpa imah..next month akak trun KL, boleh la kite jumpa..
emm baguslah klu imah rasa bebas, akak gembira dengar imha dah z sedih2 lagi..hope to see u soon dear sis!!
Post a Comment