Pages

November 04, 2009

2 perkara..

salam w.b.t

"jadikanlah dirimu seperti sepohon kayu yang hijau daunnya serta rimbun yang mampu memberi teduh serta manfaat kepada orang lain...dan jangan jadi pohon kering yang daunnya kemerahan dan berguguran serta ranting dan dahan yang sudah pun mereput"

Ustaz Sobri dengan wajah yang penuh keayahan dan kebapaannya memberi nasihat kepada kami semua. Disaat dia berceramah siang tadi di dewan kuliah, aku seolah-olah merasa rindu akan sesuatu...sesuatu yang dah lama aku tercari-cari,iaitu pengisian jiwa dan rohani yang aku rasa semakin tandus kepada ilmu agama dan peringatan.Ceramah itu tadi mungkin tidak membawa penuh makna pada semua pelajar TESOL yang mendengarnya...bagi telinga yang mahu mendengar, meraka akan dengar, bagi mata yang mahu melihat, mereka akan lihat, namun yang paling penting bagi aku adalah hati yang menerima saja yang akan terkesan dengan sesuatu yang didengar dan dilihatnya.

2 perkara yang perlu diingat

-apabila menerima kebaikan samada dari sesama manusia ataupn kebaikan itu dari tuhan

- ingat pada kejahatan atau keburukan yang diri kita sendiri lakukan.

ustaz pesan..kita mesti sentiasa ingat dua perkara diatas agar kita menjadi orang yang bersyukur dan berterima kasih dan juga sentiasa memohon kemaafaan diatas kekhilafan yang dilakukan..

2 perkara yang perlu dilupa

- apabila berbuat kebaikan

-apabila orang berbuat jahat kepada kita

ustaz pesan..kita mesti buat-buat lupa dua perkara di atas untuk mengelakkan dari kita mengungkit atau berkira dengan kebaikan yang telah kita lakukan dan juga lupa pada kejahatan yang orang lakukan kepada kita untuk mengelakkan sifat hasad dengki dan dendam terus membara dalam diri..

berbalik kepada perkara-perkara yang menjadi pesanan ustaz kepada kami tadi..aku merasakan memang hal tersebut ada betulnya, tetapi dalam realiti jarang untuk kita jumpa perkara tersebut berlaku malahan ianya kelihatan terbalik dengan amalan kita pada hari ini.

Lupa pada kebaikan???? emm aku rasa, sekali buat baik je pon kita dah berkira dengan orang tu kalau pon pernah buat kebaikan itu sikit je..padahal yang sepatutnya kalau tangan kanan kita yang menderma tangan kiri pon tidak tahu.ini tidak, kalau nak beri derma kat rumah anak yatim ke..cek punya la besar gedabak siap ada liputan dalam media lagi pasal ni.."datuk ****???? bagi derma kepada orang miskin sejuta ringgit."
adoihhhhh, itulah trend zaman sekarang.

Lupa pada kejahatan oarang pada kita?? yang ni lah yang paling susah sekali nak buat.. even aku sendiri pon akui aka hal ni..emm skali orang sakitakan hati, orang tikam kita dari belakang atau mengumpat segala bagai, kalau kita tahu akan hal tu..ak rasa tobat korang semua kan marah and susah untuk lupa and maaafkan..maafkan tu boleh trima lagi, tapi untuk lupa kejahatan die and ingat balik orang tu punye kebaikan memang sangat susah. namun segala mana kita yakin akan ganjaran Allah terutama bagi hamba-hambaNYA yang bersabar, kita pasti akan berasa tenang dan berlapang dada akan ujian yang Allah beri pada kita.

Entry ni ditulis bukan untuk sesaja tetapi sebagai peringatan untuk diri..lepas ni faryha akan cuba amalkan apa pesanan ustaz untuk menjadi muslim yang lebih baik yang bangga dengan jati dirinya sebagai seorang islam yang mukmin..faryha wanted to be a muslim a teacher to be not a teacher to be a muslim.. semoga medan pendidikan yang daku ceburi ini mejadi platform untuk aku meneruskan dakwah memartabatkan islam melalui pendidikannya...islam yang pernah suatu masa ulung dengan pendidikannya akan terus berkembang pesat...faryha akan menjadi salah seorang penyumbang kepada islam dalam bidang pendidikan dengan kepakaran bahasa inggeris..being an english teacher doesn't mean that i am going to be a western english teacher but i am going to be a muslim english teacher who teaches her children to be better.

setiap orang ada orang ada harapan dan orang yang memebri harapan untuk kita terus berharap...Allah itu sumber utama untuk aku terus berharap dalam menghadapi ujian kehidupan ini..

0 cetusan rasa: