July 15, 2010
rindu abah
July 14, 2010
MISSION IS COMPLETED
bila mata melihat dia,
mulut berkata “malunya” dia
bila hati mengenali dia
perasaaan berkata “sweetnya” dia
itu adalah gambaran pertama aku tentang dia
baris2 kata cuba mengungkap kata
untuk menceritakan siapa dia dimataku
makanya aku memandang alam
alam ciptaanNYA membuat aku tergambar
suatu makhluk yang tersangat indah
aku mungkin tidak tahu apa namanya
tetapi yang aku kenali ia adalah bunga
bunga putih yang kelihatan sangat kecil
atau mungkin juga tidak dilihat oleh manusia
bila aku semakin mendekati bunga ini,
aku boleh merasakan getar hatiku mengatakan
subhanallah..ia sangat indah
indah persis ukhuwah fillah gitu..
walaupun kedudukannya adalah diatas rumput penuh yang menghijau
lantas warna putih yang ada padanya
membuatkan ia kelihatan lain dari yang lain..
dia kelihatan kontra berbanding warna rumput yang hijau..
namun itulah sunnatullah yang Allah tetapkan..
ia akur akan apa sahaja yang diperintahkan Allah padanya
satu lagi yang belum aku perkatakan
kelainan, keunikan dan kontranya ia juga mebuatkan suasana disekelilingnya
menjadi kelihatan begitu indah sekali
tanpa kehadiran sang bunga putih yang menyeri rumput hijau
pemandangan disekeliling itu mungkin tidak kelihatan seindah itu
begitulah jua dia yang ingin aku ceritakan
dia mungkin kelihatan lain dari yang lain
dia mungkin juga kelihatan lain kerana dia punya prinsip sendiri yang lain dari orang biasa
dia ada pendirian dia yang tersendiri yang ingin mengikut sunnatullah alam
sama seperti si bunga putih yang aku khabarkan pada kalian
tapi kelainan inilah yang mebuat dia unik dari yang lain
tanpa kehadiran dia dalam hidup aku dan sahabat2
talian ukhuwah kami mungkin tidak menjadi seindah sekarang ini
dia juga kelihatan senyap dan malu
tapi bila aku mendekati dia
baru aku tahu betapa kelakar dan tidak begitu pendiam rupanya
itulah dia..dia menjadi dia
itulah yang membuat aku terasa indahnya punya sahabat seperti dia
yang menceriakan tali persahatan kami
dia yang dikatakan malu dimulutku
adalah nurul nadia ahmad redzuan(naia)
namun dia akan tetap “sweet” dihatiku selamanya
class
July 13, 2010
wahai puteriku muslimahku, bapa ingin berpesan
Usia muda telah aku lewati aku tinggalkan kenangan, impian, lamunan-lamunan dengan segala ujian-ujian dunia. Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.
Wahai puteriku…banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.
Semua itu berterusan aku sampaikan, aku tulis dan khutbahkan… sehingga pena yang aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu. Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.
Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk. Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubuhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu negara Islam yang mampu mengelak.
Sebagai contoh negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yag sangat ketat menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya, sekarang masya-Allah!! Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada. Kita gagal, dan aku kira kita tidak akan berjaya. Tahukah engkau apa penyebabnya? Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya
Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha unuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.
Engkau benar puteriku, bahawalah kaum lelakilah yang mula mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.
Engkau berkata kepada pencuri : “Silakan masuk”…dan setelah engkau kecurian barulah engkau tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak ..”tolong….tolong…aku kecurian.”
Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.
Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalah pencuri, pasti engkau akan berhati-hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yang kikir terhadap pencuri.
Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki meinginkan lebih dari sekadar kambing……dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.
Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu…iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.
Wahai puteriku….Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.
Aku bersumpah lagi: “Demi Allah, jangan percaya terhadap kata kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab”. Bohong …bohong …demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.”
Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.
Apakah sesudah itu puteriku?
Renungkanlah!
July 12, 2010
the BEST birthday gifts ever for her
~ to be chosen to witness His creation.everything is just perfect. Subhanallah!
~that I found what I have been searching for all this while (the 'Hidayah', the 'Nur', the 'ukhuwwah') and alhamdulillah, He answered my prayers =))
these are definitely the BEST birthday gifts ever. thank you ALLAH
journey to jannah
July 06, 2010
hari ke 10
pada hari mahu bertolak dari welly ke auckland terasa terlalu lama nak meningalkanrumah
sedar atau tidak , rupanya..
hari ini sudah genap 10 hari pengembaraan musim percutianku..
kembara musim winter kali ini sangat menarik..
hati penuh dengan bunga2 dan keindahan nikmat yan tidak terkata..
saat ini, aku masih lagi berada di auckland,
malam ini akan brtolak pulang ke wellington.
rasa tak sabar nak sampai rumah..
mahu tunggu detik 12 malam bersama orang itu.
menunggu tanggal 7 julai 2010..
tarikh istimewa untuk dia..
tapi aku masih belum menyiapkan apa2 lagi.
tak sabar jugak nak balik rumah jumpa my lappy untuk duduk ditepi tingkap
sambil melihat sunrise dan mencoret sesuatu..
sesuatu yang ku bawa pulang semasa pengembaraan kali ini..
sehingga jumpa lagi,
sudah mahu keluar jalan sekitar auckland city..
moga saya jumpa sesuatu yang bermakna
salam rindu,
farieha, auckland





