Pages

February 25, 2010

first post from WELLY

Salam warahmatullahiwabarakatuh..


Alhamdulillah ini post pertama dari Wellington,walaupun lebih dua minggu sudah berada disini.tetapi disebabkan capaian internet tak dapat lagi digunakan buat masa ini kat rumah, lebih membuatkan aku rasa makin malas nak update. Namun aku harus juga menulis disini kerana aku merasakan mesti ada pengunjung yang dating menyinggah ke blog ini..ribuan kemaafan sekali aku pohon.



It’s like dreaming to be stepping here..itulah ayat yang dapat aku ungkapkan buat masa ini,tidak pernah terlintas dalam fikiran bahawa impian aku nak ke new Zealand menjadi kenyataan.sejak tingkatan 5,sewaktu aku n sahabat2 mendengar ceramah dari seorang senior(ukhti salwa salleh) yang menceritakan betapa indahnya bumi newzealand, terdetik juga dihati aku bahawa suatu hari aku mesti kesana..aku kagum dengan pengalaman kisahnya untuk mecari identiti diri sendiri..kalau tak silap aku dia pernah bilang yang dia juga pernah hanyut pada awal permulaan..excited lah katakan..namun alhamdulillah kemudian dia kembali mendapat hidayah Allah buat kali kedua di bumi yang orang katakan bukan bumi anbia’ seperti mesir,namun bumi mat salleh yang hanya minoriti sahaja jumlah penduduk islamnya.itulah tandanya hidayah Allah itu boleh datang kepada siapa sahaja hambaNYA yang meninginkannya..yang berusaha untuk mencari hidayah itu bukan hanya menunggu bagai bulan jatuh ke riba.tidak kira dimana kita berada, dengan siapa kita berada, hanya diri dan pemilik nyawa diri tersebut yang mengetahui apa yang dilaluinya..insan yang punya nyawa itu akan terus merancang corak kehidupannya,namun pemilik nyawa itu tahu apa yang terbaik untuknya..emm ayat aku makin berbelit bila tulis bahasa yang mungkin aku susah untuk difahamkan..


Dengan itu aku sedar, apa jua yang direncanakan oleh DIA itu adalah yang terbaik untuk aku,hikmah yang mungkin aku tidak dapat lihat dan mengerti sekarang mengapa aku dihantar ke bumi ini, akan terjawab bila tiba waktunya..aku pasti ada sesuatu yang terbaik menanti aku di depan, walau sehebat mana ujian yang aku akan lalui sepanjang pengembaraan di bumi Wellington ini, aku yakin Allah pasti mahukan yang terbaik untuk aku.semoga segala yang bakal aku hadapi akan lebih mematangkan aku dalam mengenal erti hidup untuk mencari ketuhanan itu..


Kisah sepanjang 2 tahun ini, kisah kehidupan aku sebagai pelajar muslim yang sedang menuntut ilmu untuk menjadi muallim kepada anak bangsanya. Pelajar muslim ini juga sedang bertatih di muka bumi ini untuk melaksanakan tanggungjawab hamba kepada pemilik segalanya yang HAQ..kisah yang mungkin dicipta oleh aku sebagai hamba adalah lakaran dari Tuhan. Hidup yang penuh dengan berirama, bersimfoni cinta, kadang berlagu suka, kadang merintih duka, namun penyudahnya tiada siapa yang tahu melainkan Dia…




January 20, 2010

Untuk yang TERSAYANG

salam w.b.t

Selamat hari tua untuk mereka- mereka yang aku sayang..semuanya dah menjangkau 21 tahun..



Khas buat budak comey ni yg sekarang dok kat Canterbury,UK..jika kamu bace post ini eha sayang sangat dengan kamu..x tahu bile plak kite boleh jumpa..paling tak pun 3 tahun lagi..masih ingat lagi tak mase kite same-same nangis kat surau KISAS..mase tu kita dapat mak angkat..ema dapat mama..eha pon dapat mama jugak(aunty sumaliza) rasenya sebab dapat mak angkat ni la yang buat kita rapat kan?? Ye la..mase tu kita sama-sama baru masuk KISAS..boleh dikatakan kita ni datang dari keluarga sederhana yang mungkin perlu di tolong..jadi sepanjang pengajian kita kat KISAS..mama-mama inilah yang menjadi pendamping yang selalu datang jumpa kita..walaupun family jauh dimata. Sampai ada kawan2 yang jeles plak tengok ema,eha, fatin..asyik mak angkat datang, jumpa, bawa makanan, bagi duit, bawak keluar jalan2 siap PK HEM(ustaz lah & ustazah nik pun ada)..best kan ema..

Mula kenal ema dari situ..kita terus ikat ikatan ukhwah yang sampai sekarang tak ternilai harganya untuk dibeli..rasa sangat berharga dapat kenal dengan ema..ema ni dulu debater,English pulak tu..rasa kagum dengan ema..ye la eha ni budak ICU class English..rase macam English subject paling teruk je mase tu..tapi alih-alih tegok sekarang ni kita same2 ambil course yang same..B.Ed TESL& TESOL..adiuhh…macam tak percaya pulak bila dapat tahu kita sama-sama masuk ke maktab dan akan jadi guru b.inggeris. satu hal yang eha lagi bangga bila tengok ema..tetap istiqamah walaupan dah merantau kat Negara orang..good dear,,harap2 eha pon boleh jadi macam ema ye sayang.untuk besday ema yang ke-21 ni..sorry la tak dapat anta hadiah untuk kamu..jauh sgt la dear..kalau ad rezki nnt dapat hadiah dari NZ la plak..anyway ucapan untuk kamu..sesuci titis qatrunada buat gadis seindah penghulu syurga,yang maharnya IMAN &TAQWA,lalu dihias harum tulusnya CINTA.Buatmu sahabat ku doakan untaiana mutiara SOLEHAH,moga dirimu sentiasa dipelihara dibawah naungan kasihNYA..semoga ema berjaya di dunia dan akhirat..
-------------------------------------------------------------------------------------


Ini sorang lagi sahabat aku kat KISAS yang lahir pada 20 jan jugak..abdul halim abdul hadi..he’s my ex-classmate aku sejak f4-f5..bekas ketua kelas mase f4..sekarang blajar kat mesir, Alexandria kalau tak silap ambik medic..ini memang btol2 kejutan buat aku..ye la, tengok die macam main2 je dlu..alih2 skang dah nak jadi doctor..happy besday..sweet 21 Dr.HALIM..lame btol x contact ngan ko kan..

-------------------------------------------------------------------------------------



Ini plak kawan masa kat SMKA Melor..Wan norihan wan pa..yang ni memang kawan kamceng aku sejak f1 smpai la sekarang..kalau balik kampung..die la jadi peneman aku..anyway happy besday untukmu ihe..dah tua pon mak cik..sayang kamu..tunggu aku balik esok kite hangout same2 k..
-------------------------------------------------------------------------------------

Lastly kawan yang memang aku x lupe sekelantan denganku kat IPSAH yang ambil course same dengan aku..Amar abdul hamed 2 lebih famous dengan nama AMAR JARi..happy besday untuk ko..semoga segala yang baik itu untuk kamu..x de adiah pon x pe..oyeen dah bagi surprise party untuk die.. kita jumpa kt NZ nnt la ye..anyway happy besday yg ke-21 amar.x boleh ckp sayang nnt oyeen marah..

p/s: untuk smua yang lahir pada hari ini..especially untuk orang2 yang diingati di atas..semoga usia yang diberi pinjaman dari ALLAH ini dihargai sebaiknya untuk menambah kebaikan pada diri,keluarga,masyarakat,agama dan negara..semoga semakin bertmabah usia kamu..bertambahlah kematangan kamu semua untuk menjalani hidup ini.

January 19, 2010

** Latest update ++

salam w.b.t

Aku tipu kalau aku cakap aku tak sedih jika tak sempat jumpa mereka-mereka yang aku sayang dan rindui sebelum aku berangkat ke NZ. Ya..aku sangat teringin jumpa mereka semua.mungkin mereka fikir aku tak nak jumpa mereka, padahal kalau nak seribu daya tak ehndak seribu dalih. Aku akui itu, tapi aku tak sampai hati untuk tinggalkan abah aku lama-lama kat kampung berseorangan.

Actually mase awal-awal cuti, punye la banyak planning nak keje la.nak pergi situ,nk pergi sini..alih-alih aku duduk jugak kat kampong dengan abah. Aku bukan apa, kesian dan tak sampai nak tinggalkan abah..aku tahu dia dah tua,dia sakit,dan kalau aku pergi 2 tahun ke NZ ,bile balik belum tentu lagi aku akan dapat jumpa dia..itu semua kenyataan dan possibility yang aku harus hadapi.

Kakak selalu cakap, duduk je la kat rumah, nnt dah pergi sana menyesal plak tak dapat jaga abah..aku bukan nak fikir yang bukan-bukan, tapi aku harus bersedia mental dan fizikal untuk pergi sana.jadi aku harap orang-orang berharap aku jumpa mereka sebelum fly ni, tapi aku tak sempat jumpa..mintak maaf bebanyak la ye. Jika kamu lah orang-orang saya maksudkan itu dan terbaca entry ini mintak maaf sekali lagi ye. Especially ipsahians n sahabat2 sehati sejiwaku disana..jika kamu ketahui aku sangat sayang kamu semua dan walaupun tidak banyak yang aku sumbangkan untuk kamu dan sahabat2 sebelum ini, berdoalah agar apa yang aku cari2 sebelum akan ku temui..doakan aku selamat pergi dan pulang dengan istiqamah malah bawa sesuatu yang lebih berharga untuk kamu semua.

Hmm kepada seseorang yang suke menjengah ke blog ini, x pernah komen tapi siap khatam lagi baca blog ini..eha mintak maaf ye dengan kamu..i know that u’ll read this entry.kamu mungkin tahu pasal saya dalam blog dan juga fb.tapi bile kita ad peluang bercakap didepan mata, tak lah pula ia terjadi.maaf ye dah banyak kali terjadi begitu..eha sangat hargai sokongan kamu itu..saya sayang kamu sebgai sahabat saya.all da best untuk kamu kat sana juga ye.ade jodoh kita jumpa kat NZ nnt ye..

Untuk sahabat yang mungkin tidak tahu perkembangan diri aku..sekarang ni aku tengah bercuti lagi dan insyaallah akan bernagkat ke wellington,New Zealand pada 8 feb nnt.doakan segalanya baik2 saja ye.insyaallah 2 tahun pemergian kesana akan di isi dengan penuh makna untuk menjadi pengembara ilmu yang akan mengutip mutiara-mutiara ilmu yg berguna di tempat orang..rasenya setkat itu sahaja untuk latest n fast update from me..see u next time..

January 09, 2010

RINDU

salam..

rindu abah..nak jaga abah..abah jaga diri ye..tunggu CP balik ye

January 07, 2010

HUSNUL khatimah

salam w.b.t

Suatu masa disaat malaikat maut mencabut nyawaku,
Aku ingin dalam keadaan yang tenang dan terbaik
Kalau biasa kita mendengar lagu khatimah cinta,
Aku pula mahu khatimah cintaku bersamaMu adalah dalam keadaan yang paling terbaik,
Aku mahukan husnul khatimah,
Aku mahu wajahku berseri bagai aku gembira dijemput ilahi
Aku mahu wajahku tersenyum ceria dan menjadi wajah terindah macam arwah ma,
Ya..arwah tersenyum diwaktu dia pergi bagai dia tidur sahaja,
Aku mahu kelihatan cantik diwaktu izarail dating menjemput aku,
Sebagaimana orang-orang ramai berkata kepada ibuku
“aku tidak pernah melihat dia secantik ini..wajahnya bagai orang tengah tidur sahaja,
tersenyum gembira”..
Aku ingin jenazahku dimandikan oleh orang-orang yang aku sayang,
Sebagaimana kami semua memandikan arwah ma,
Aku mahu dikunjungi ramai tetamu yang menyedekahkan hadiah buat aku
Sebelum aku pergi menemui DIA
Aku masih ingat diwaktu hari pemrgian ma,
Terlalu ramai orang berpusu-pusu datang melawat dan menyembahyangkan jenazahnya
Sehinggakan rumah penuh,
Namun ada juga yang mahu untuk sembahyangkan dia walaupun diluar rumahku,
Andai aku punya zuriat, merekalah orang yang pertama aku harapkan untuk mengurus segalanya
Aku mahu mereka mandikan aku,mahu mereka mengimamkan aku,
mahu mereka yang membcakan talkin untukku,
sehinggalah aku ditanam bertahun-tahun lamanya mereka tidak lupa untuk ziarah pusara usangku
mereka masih lagi beri aku hadiah dan sedekah yang membantu buat aku gembira berada di alam sana
itu impian aku jika nyawaku diambil..kamu pula bagaimana???
tepuk dada tanya IMAN sendiri.

Aku tiba-tiba teringat pasal mati ini disebabkan oleh kes yang menggemparkan warga Malaysia yang berlaku di negeri Sembilan.. klik disini untuk baca empat nyawa melayang dengan dasyatnye ditangan saudara sendiri..

jika aku yg menjadi saksi kejadian, sudah pasti aku tidak mampu berkata apa-apa kerana terlalu fobia dan tidak dapat bayangkan ayah@ibu@abang@adik mati dibunuh dengan kepalanya dipenggal, tangannya dikelar dan ditikam..masyallah..semoga allah merahmati keluarga arwah dan ruh arwah..tempatkan mereka dikalangan orang-orang yang beriman.amin.


January 06, 2010

KEMBALI LAGI..

salam w.bt

Lama betol tak update blog ni.nampaknya ia sudah berubah wajah dengan layout yang baru.colour biru.i like. kalau anda perasan nama aku pun sudah berubah menjadi CP..mesti ramai yang tertanya siapa CP tu kan? actually tu name glamour i kat rumah.and paling femes la dikalangan anak2 buahku.cik pah.itulah name gelaran ku..nampaknya aku nak kena berkenalan balik dengan korangkan.nama sebenar aku farieha tapi kat umah orang panggil cik pah.sebabnye time aku kecik-kecik dulu aku suke sangat dengan pelakon yg namenya latifah omar tu.die chantek dan pandai berlakon.so aku mintakkan mak aku panggil latifah.aku cakap name farieha tu tak sedap aku nak jugak latifahtup,tup lekat la name cik pah ni sampai la aku besau sekarang ni.kat sekolah aku dari sekolah rendah sampai la sekolah menengah, aku suke orang panggil nama aku farieha..aku tak suka short2 kan name,kononnye tak ade makna kalau panggil ikot suke je..contohnye name punya la dah sedap khatijah, alih-alih orang panggil kat( cat) macam kucing plak aku rase. kepada org name cat aku x la bermaksud nak menghina ya..tapi hargai nama yang cantik tu..name isteri baginda rasulullah tu tau.name fatimah jadi fat..tak ke orang panggil engkau gemok..panggilan tu doa tau..

Namun sejak aku matrix,masuk maktab orang panggil aku ieha..nk panggil farieha panjang sangat katanya.aku pon dah tak kisah sangat.sedap la jugak name tu, janji orang senang nak panggil nama aku. so lekat la nama aku ieha sampai sekarang. tapi dalam blog ni aku nk panggil diri aku CP. Aku ni anak ke-8 daripada 10 orang adik beradik..wow produktif betol mak ngan ayah aku..tu pon tak campur dengan yang dah meninggal, abang sulong aku dan kakak kembar ku..kalau dibilang-bilang semuanya 13.aku syukur sangat dapat ramai adik beradik,taklah aku kesunyian macam orang yang anak tunggal..kesian jugakkan.perkara yang aku paling happy kalau semua adik beradik aku berkumpul..memang syok.lebih-lebih lagi kalau keenam-enam adik beradik perempuanku berkumpol.lebih mengegakkan rumah aku lagi degan tiga hero(faris,faez&mukhlis) tu baru 3 hero, kalau setiap orang 3 anak, bayangkan 30 kanak2 riang berkumpul..riuh rendah la satu rumah.mereka-mereka inilah yang menceriakan hidup aku..alhamdulillah terima kasih YaALLAH.cukuplah dulu untuk aku perkenalkan diri aku ye..nanti-nanti CP akan bercerita lagi..harap-harap tahun ni blog ini akan lebih produktif.

------------------------------------------------------------------------------------------------

ya..insyaALLAh ia akan aktif sebab CP nak kongsi kisah2 kehidupan bile merantau ke negara oran bulan depan. doakan CP selamat sampai kesana, berjaya dan pulang dengan segulung ijazah yang mantap ye.

*** ini first entry aku untuk tahun 2010****

p/s: thanx to akma sebab tolong ubah layout blog aku ni ye..ni dah kali kedua ko tukarkan untuk aku and selamat hari jadi akma sayan. kamu dah berumur 21 tahun..smeoga segala yang baik itu untuk kamu..moga murah rezeki,dapat belajar cemerlang cepat2 balik NZ n kawen dengan papapia ko tu ye..amin..happy besday untuk yaya and juga hakeem..kamu semua sudah dewasa.manfaatkan masa muda ini ye.

December 30, 2009

100 % nyawa kamu

salam

dari syok.org..

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan, menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.

Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat
kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."

"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu.

Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai...
Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan..

"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu.
"Hampir semur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.
"Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi.
"Ya".
"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu.

Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?"
Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.
"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu."
Kata Professor itu lagi,
"Kamu tahu biologi?"
Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

"Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya..
Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.
"Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya diam.



Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya,
"Kamu tahu berenang?"
Professor itu menggelengkan kepala.

"Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.

p/s: makanya..janganlah kita memperkecilkan orang yang kelihatan tiada punya ape2 kerana dia mungkin punya apa yang kita tak punya..setiap insan itu diberi kelebihan yang berbeza2..indah sungguh ciptaan Allah itu