Pages

March 26, 2010

M>I>S>S

salam

rase rindu sangat untuk update blog..lagi2 bila tahu ade orang yang mengikuti perkembangan blog ini..maafkan kepada yang mengunjung kerana blog jarang di update..
mungkin mase tidak mengizinkan saya untuk meluahkan kat sini..insyaallah right after 1st april..i'll be back..


p/s:doakan saya

29th march: LING223 test

1st april: EPSY 141 -2500 words essay
LING 223- 2500 words essay

kepeningan dan kemuakan dengan essays..ya allah bagilah aku ilham dan keterbukaan hati serta minda untuk buat assigment ini keranaMU


March 19, 2010

cinta blogger

salam w.b.t

aku rindu seorang insan yang aku kenal dalam blog ni..walupun x pernah jumpa face to face..hanya jumpa kat blog and facebook..tapi aku tak mengerti macam mana hati aku boleh terikat dan tertarik untuk kenal insan ini..aku rasa die special dengan karakternya yg tersendiri..aku kagum dengan ayat2 puisi yang die tulis..

tetiba aku rasa hebatnya ALLAH mempertemukan kami dalam blog tapi boleh mengikat hati2 kami untuk mengenal jalanNYA..hebatkan allah bagi perasaan tu. semoga bila aku balik malaysia nanti aku dapat jumpa insan yang aku rindu kerana ALLAH ini..amin..sayang kamu!!!!


inilah dude harlino..jangan marah ye curi die letak kat sini

March 17, 2010

Ibu Sarat Mengandung Dihempap Kren (ALLAH MAHA BESAR)

2010/3/15 fiesha hanudin <fn_forever06@yahoo.com>

Bermulalah kisah......
Hanya kematian yang dapat dibayangkan oleh semua pengguna jalan raya bila
menyaksikan kejadian ini....




Bila mendapat Maklumat ada kemalangan ngeri yang melibatkan 5 buah kereta dan
sebuah kren yang telah terbabas lalu merempuh kenderaan yang sedang melalui
jalan ini dan kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat...







Akhirnya dapat dilihat kerakusan kren menerjah kesemua kereta yang melalui jalan ini....



Kia spectra yang di pandu oleh seorang ibu dengan anaknya...



Gen2 juga di pandu oleh seorang ibu yang baru balik kerja...


Akhirnya apa yang dikatakan kemalangan maut terjawap......Sebuah kereta wira
terperosok dibawah kren...






Lihat lah kerakusan Kren yang menerkam kereta yang di pandu oleh seorang Ibu yang
sarat mengandung dan hanya menunggu masa untuk melahirkan anak.....
Cuba anda bayangkan kedudukan dan situasi ibu ini sekarang.....
MAUT mungkin sedang memanggil......YA ALLAH.....




Suami yang mengetahui kemalangan yang melibatkan isteri tercinta hanya mampu
berserah dan memanggil nama isteri tercinta......dan bertawakal...serta berserah pada
ALLAH yang MAHA KUASA....



Akhirnya dengan KUASA ALLAH satu keajaiban terjadi......
Si Ibu yang terperangkap dibawah Kren meminta TOLONG!!!!!!!........

Usaha Terus Ditinggkatkan bagi dapat mengeluarkan Si Ibu dengan segera.......
Pihak bomba cuba sedaya upaya dan dengan segala kelengkapan yang ada
cuba mengeluarkan mangsa dengan segala kemahiran yang ada.....









Akhirnya wajah Si isteri dapat dilihat.......


Tuhan saja yang tahu bagaimana sedihnya Hati Si Suami melihat keadaan Si
Isteri....yang tersepit dibawah Kren.....YA ALLAH...




Kata-kata semangat dan ayat suci Al-Quran yang mampu Si Suami bagi pada Si Isteri
agar ia terus bertahan dan sabar......Insyallah dia akan selamat

Pihak Bomba terus meningkatkan Usaha!!!!





Akhirnya Bumbung kereta berjaya dipisahkan dari kereta....



" YA ALLAH......"



Bantuan Sebuah Kren diperlukan bagi mengangkat kren yang menghempap kereta
Si Ibu ini......dan mengeluarkan kereta ini dari bawah kren...






AKhirnya wajah tenang Si Ibu dapat dilihat apabila kren yang menghempapnya di
angkat dan kereta mangsa di tarik keluar oleh orang ramai...



Dengan berhati-hati pihak Bomba mengeluarkan "Ibu Yang Sarat Mengandung"






Pihak Pramedik memberi bantuan pada Si Ibu agar Si Ibu dan Bayi dalam kandungan
Si Ibu selamat





Jika dilihat dari keadaan kereta ini mungkin kematian yang kita akan jangkakan....Tapi
" Ini yang disebaliknya....Dengan Kuasa ALLAH".....Subhannallah...





***thanx to zawir atas email yang dikirimkam ini..sungguh allah itu maha besar lagi maha berkuasa atas segala yang dikehendakiNYA.


March 16, 2010

aku belajar kebesaran ALLAH

salam w.b.t


aku syukur..aku sedang belajar tentang kebesaran tuhan..itulah yang terdetik dihati aku bila aku belajar subjek human development and understanding people.(EPSY 141)..subhanallah..dalam aku tidak sedar,aku rasa makin dekat dengan kebesaran ilahi..walaupun subjek ini diajar oleh lecturer yang bukan islam,yang tidak tahu erti sebenar kebesaran ALLAH..tapi aku yakin dia sedang menunjukkan aku bukti-bukti kebesaran tuhan.

Subjek ini cukup menarik buat aku kerana dari sini aku boleh belajar tentang perkembangan hidup setiap insan yang sudah menjadi ketentuan dan lumrah alam..aku juga dapat belajar bagaimana mahu berinteraksi dengan manusia lain disekeliling..


Salah satu topic yang dibincangkan minggu lepas yang buat aku tertarik dan terfikir tentang kebesaran tuhan bila Chris Bowden bincang tentang choices in life.setiap manusia itu tidak diberi peluang yang sama dalam mengharungi hidup.antara perkara yang memang kita x boleh nak memilih ialah pilih keluarga,pilih siapa ibu dan ayah kita..setiap insane hanya ada seorang ibu dan seorang bapa..tidak mungkin punya dua ibu kandung..tidak mungkin punya 3 atau 4 bapa kandung..andai kita boleh pilih semua itu..mesti huru hara dunia kerana pastilah manusia yang tamakkan harta mahu menjadi anak orang kaya,mahu jadi anak raja,tidak mahu hidup dalam kemiskinan,tidak mahu punya keluarga yang cacat atau tidak mahu keluarga bekas pembunuh atau penghisap dadah..namun kita semua harus terima apa sahaja apa yang allah beri dan harus bersyukur dengan takdir yang telah ditetapkan..fizikal tubuh badan kita juga tidak boleh dipilih..bila kita lahir sahaja,sudah memang tuhan tetapkan budak ini akan menjadi putih,catik,gebu,kurus kering,hitam,cacat telinga,cacat mata,cacat tangan atau sebagainya..jika rupa paras juga boleh dipilih,sudah pasti setiap orang mahukan kecantikan,mahu yang sempurna..siapa yang pinta dilahirkan dalam keadaan yang tidak sempurna..pasti tiada..tapi allah jadikan semua ciptaanNYA itu bersebab..DIA mahu kita melihat dan mendengar serta berfikir akan kebesaran Illahi.


Cuba kita renungkan balik kenapa tuhan jadikan kita sebegitu rupa.pasti ada hikmahnya kan..itu juga telah menunjukan kebesaran tuhan bagi aku kerana Allah itu menciptakan manusia dengan sangat hebat sekali sehingga berjuta million manusia di atas muka bumi ini,pasti diciptaknnya berlainan..dan semua yang diciptakan itu hanya pinjaman smentara untuk diguna pakai di dunia..di guna pakai untuk diuji atas muka bumi ini.jika nikmat yang diberikan itu tidak di syukuri dan tidak dihargai apakah pemberi nikmat itu akan sayang pada kita..semua benda di atas muka bumi ini adalah milik allah..tapi betapa pemurahnya allah DIA berikan benda2 itu kepada ciptaannya..untuk diberi pahala kepada orang yang menggunakannya kepada jalan kebaikan..sungguh pemurah Allah itu kan??


**aku suka belajar subjek ini,tapi x nak buat assigmnet boleh x??adakah aku dikira x bersyukur kerana tuhan bagi peluang untuk aku belajar ilmu DIA??


-------------ya allah betulkanlah niat aku belajar dan merantau dinegara orang ini kerana MU------

March 13, 2010

special untuk cohort leader

salam w.b.t

akhir-akhir ini aku suka main masak-masak..hilang tension..arini aku da siapkan 2 biji brownies cheese specially untuk cohort leader yg besdaynya semalam tapi dibuli oleh housemate untuk sambut besday die lambat..

jom sape2 nak try:

brownies:
180 butter
250g sugar
3 eggs
120g flour
50 g cocoa

cheese (topping)
80g sugar
250g cheese
1 egg
2 teaspoon juice

ni adalah antara bahan2 nak buat brownies


bake brownies ni selama 30 minutes
lepas tu letak la cheese n bake dalam 15-20 minutes


ni proses susun n hias kek..aku x kreatif sgt bab2 ni..main hentam je



ini kek dari housemates dorang,zack,neda and neeq..
bertuahnya dapat housemate yang sudi buat surprise party untuk bonda

kek ni plak dari budak2 rumah aku,alin,farah,wanie,qish,naia n mufid


kat sini aku nak bagi special wish untuk my cohort leader..semoga umur yang makin yang meningkat akan lebih meningkatkan lagi kematangan dan ibadh kita kepada tuhan.semoga perantaun di wellington ini akan membawa seribu makna yang terindah dalam hidupmu..aku sayang sahabat aku ini walaupun aku tak sebegitu rapat dengan kamu..semoga segala yang terbaik itu untuk kamu ye wan zaleha zolkapli..happy 22nd besday untuk kamu

March 08, 2010

aku penat aku syukur

salam w.bt..

aku penat..aku lelah..aku mahu berhenti..desus hati seorang da'i yang sudah berputus harap dengan nikmat ujian yang diberi..ya,berjuang itu kekadang sakit rasanya bila memerlukan pengorbanan yang mungkin tidak mampu di buat oleh orang lain.namun haruskah kita berputus harap bila datang ujian itu??bila terkenangkan detik2 hati aku berkata begitu..aku sangat rindu akan sahabat yang menegur..

lalu balqis dan k.wani ada berkata: kita penat itu menandakan kita bekerja..moga2 kerja itu utuk islam .kite kena syukur kita yang terpilih bukan orang lain tapi diri kita sendiri..

kak fadhi pula suruh aku baca ayat ini:
surah An-Naml(27;19) " Maka dia (sulaiman)tersenyum lalu tertawa mendengar perkataan semut it. dan dia berdoa, "Ya Tuhanku,anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tua ku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam hamba-hamba Mu yang saleh."

lihat...bagaimana doa seorang nabi kepada pemilik nyawanya..ya rabbb..subhanallah,alhamdulillah,allahuakbar...sesungguh aku rasa bersalah kerana tidak bersyukur dengan ujian yang allah berikan..padahal betapa pemurahnya ALLAH itu.. DIA memberikan ujian kepada hambaNYA untuk diberi pahala..terpulang pada setiap insan samada mahu mengira ujian itu sebagai platform untuk mendapatkan pahala atau mendapat dosa..sesungguhnya manusia di itu diciptakan untuk diberi ujian sepertimana dalam al-quran yang merupakan panduan hidup kita sudah mengkhabarkan

"sungguh,Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur yang kami hendak mengujinya( dengan perintah dan larangan), kerana itu kami jadikan dia mendengar dan melihat.- Al-Insan( 76;2)

bertanya balik pada diri sendiri..adakah aku seorang yang mendengar dan melihat???alhamdulillah aku punya mata untuk melihat..aku punya telinga untuk mendengar..tapi adakah aku gunakan kedua-dua nikmat itu semaksimum yang mungkin untuk menjadi hamba yang bersyukur dengan pemberian nikmat itu??mata yang melihat,telinga yang mendengar akan dipersoalkan di akhirat kelak. semoga mata yang melihat,telinga yang mendengar tentang alam akan membuka mata hati aku untuk melihat keagungan dan kebesaran ciptaan illahi.kerana itu semua pinjaman sementara yang aku pinjam dari pemilik sebenar..moga hati aku juga akan lebih dekat dengan pemilik segala yang ada di bumi dan seluruh alam.amin


p/s: aku rindu kepada pemberi gelang ini..ini barang kesayangannya yang diberikan untuk insan bernama sahabat..

March 05, 2010

Aku nak coret semula

salam w.b.t


Aku nak cerita jugak walaupun dah lama..sebab ini hari pertama aku dapat gune internet kat rumah.hati gembira je,rase macam banyak benda yang nak di coret kat sini,tapi baru sekarang sempat tercoret tapi AWAS..aku rase mungkin entry ni akan panjang..ok 1..2..3..mula cerita


last group of trip to welly


Pejam celik,pejam celik dah hamper sebulan aku berada di perantauan, di bumi wellington new Zealand..tapi rase macam mimpi je aku dapat berada kat sini sebab tak pernah terlintas akan dapat menjejak kaki ke bumi orang Maori..walaupun ia memang impian aku sejak lama dulu untuk belajar kat luar Negara.aku bertolak dari KLIA 8.2.2010..dihantar oleh mereka-mereka yang aku sayang dan sangat aku rindui sekarang ini.konon mase kat KLIA aku tak nangis bila nk berpisah dengan family sebab macam dah biasa terpisah dengan mereka..tapi tak pernah sejauh ini..ok,alkisahnya dalam flight from KL to Auckland ada sesuatu yang menyedihkan berlaku kat aku, aku duduk bersebelahan mellisa and akma dengan penuh gayanya pakai spec baru yang amat aku suka..mahal la jugak sebab lensenya photogray..then bile nak tido aku bukak spec and x perasan langsung yang spec itu terjatuh..bile aku tercari2 aku jumpa..tapi itupon dalam gelap.so aku x Nampak rupa spec tu macam mana pada masa tu..so aku main pakai je..orang sebelah aku pun x perasan.bile dah terang sikit baru aku notice yg spec itu sebenarnya dah hilang lense sebelah..pecah terus..cantik plak tu pecahnya..tak x tau nak cakap ape mase itu..x sampai wellington pun lagi aku da face hard situation untuk aku terima..spec pecah!!!!!!! Namun aku nk sedapkan ati..redha je la..ade hikmah tu..biar hati rase membara je ngan spec baru pecah…bile sampai Auckland plak aku kena naik last trip untuk transit to wellington.lame la jugak nk kena menunggu kat airport Auckland..alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.aku selamat sampai ke rumah 91,kelburn parade.first impression aku…alamak berbukit-bukit dan sgt tinggi. Aku nk kena panjat bukit ni ke??huhhhhhhhhhh.jalan masuk ke tumah aku macam hutan je..x Nampak pntu depan .rumah 4 tingkat yang didiami oleh 20 orang termasuklah 7 orang kawan2 TESOL aku..syukur(wanie a.k.a ketua rumah,naia a.k.a bendahari rumah,alin rumate,mufidahn balqis) merekalah housemate tersayang aku kat sini.

gambar rumah dari pandangan luar dapur


Malam pertama kat sini,aku menggigil kesejukan,walaupun tiba time summer,tapi sejuk la jugak..range suhu 13-19 darjah celcuis..sejuk la daripada genting highland.sejuk sebab aku x de selimut pun untuk tidur,just pakai sweater and stokin je pada malam tu disebabkan heater yang x berfungsi..kesian betul.esoknya aku dibawa senior pergi bank ANZ untuk bukak akaun..sekali lagi aku kena face benda yang aku tak suka..one piece of my traveller cheques note hilang..aduhh..so dalam akaun aku dapat kurang berbanding orang lain. Aku x perasan macam mana ia boleh hilang.tapi Alhamdulillah aku dapat claim balik duit by calling the agent..thanx sgt2 kat rumate aku,alin, sebab dah banyak tolong aku time susah2 begini.arghhh..smua rase susah itu dah berlalu..aku boleh survive untuk hari yang seterusnya..takes time to adapt with new culture,new weather( yang sangat lah windy),new friends, new experiences dan macam2 lagi yang baru buat aku.pada mulanya susah jugak nk faham orang new Zealand ni bercakap sebab accentnya sgt pekat..kalau korang nak tahu benda aku notice pasal acent depa ni..huruf “e” ditukar jadi “I” contohnya ‘left’ jadi ‘lift’.. ‘test’ jadi ‘tist’, ‘pen’ jadi ‘pin’..serius buat aku confius bile dengar..die nk ckap ke kiri..tapi aku igt kena naik lift..aduhhhhh..tapi dah seminggu ok la jugak..paham la..tapi kalau dorang ni cakap bahasa Maori serious aku x paham ape. Bahasa utama kat sini Maori tapi itu bnyk yg kat kampong la yg gune.


bukit untuk ke uni..yang ini tidak cukup curam lagi


Hmmm apa lagi aku nak coret ye..haaaa..angin kat sini..aku suke..tapi bile time die kuat sangat aku x berapa suke..terlalu kuat sampai nak terbang aku di buatnye..aku kadang2 terpaksa berhenti atau pagang tiang atau pegang kawan aku kalau time angin terlalu kuat..subhanallah kuasa allah itu maha kuasa. ye lah aku ni kecik comel kurus sekeremping je..maunya ditiup angin boleh terbang je..sebab itu x praktikal untuk pakai payung kat sini..tudung pon aku lagi suke pakai selendang..kalau tudung biasa..alamatnye terpenyek-penyeklah kalau kena angin tu.kawasan pulak memang berbukit..aku dah bilang anak tangga yang terpaksa aku daki kalau nak ke city ..jumlahnya 176 anak tangga..nak turun aku boleh tahan lagi,tapi kalau nak naik tu..aku x tahu berapa perhentian yang aku akan berhenti.aku rase aku kan tambah muscle dok kat sini..badan jadi fit je sebab hari2 kena naik turun bukit untuk ke uni.ok jap..aku tak tahu apa yang aku makin mengarut sekarang sebab terlalu banyak nak cerita sampai jalan cerita pun dah mixed up..maaf ye untuk pembaca entry ini. Ok laah aku nak STOP.kat sini. Nanti aku story mory lagi sebab mata dah ngantuk


aku suka nature kat new zealand..smuanya breath-taking


p/s: aku rindu orang msia yg ade kat wangsamaju,p.putih,kok lanas n kuching..