Pages

July 14, 2010

class


salam,

hari ini merupakan hari ketiga aku memulakan kelas untuk trimester 2
jadual untuk sem ni kurang menarik, cuti hanya hari sabtu dan ahad,
ada sesetengah kawan2 aku cuti sampai 4 hari dala seminggu..aihh, jelesnya ngan depa nih.
x pe, penuh pun penuh la..janji trimester ni aku akan berusaha buat lebih baik..
kali ni amil 3 subject
ALIN202- second language curriculum
EPSY241-Young people, education and media
LING221-sociolinguistic

class ade start tgh hari ade yg start petang dan paling 'best' start pukul 8 pagi...matahari baru nak muncul..tapi best sebab aku dapat rasai nikmat pagi...x boleh tido after subuh..


p/s: semalam dapat berita wardah tak sihat da dimasukkan ke ward sebab dehydration..nikmat sihatnya ditarik untuk semantara mesti ada sebabnya kenapa Allah berikan begitu..moga kita menjadi insan yang lebih menghargai nikmat2 lain yang Alah bagi..doakan untuk puteri kecil ini cepat2 sembuh yea..syafakillah wardah sayang..moga kamu terus kuat ye..


July 13, 2010

wahai puteriku muslimahku, bapa ingin berpesan



Wahai puteriku… aku seorang bapa yang sedang memasuki usia lima puluh tahun.

Usia muda telah aku lewati aku tinggalkan kenangan, impian, lamunan-lamunan dengan segala ujian-ujian dunia. Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.

Wahai puteriku…banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.

Semua itu berterusan aku sampaikan, aku tulis dan khutbahkan… sehingga pena yang aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu. Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.

Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk. Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubuhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu negara Islam yang mampu mengelak.

Sebagai contoh negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yag sangat ketat menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya, sekarang masya-Allah!! Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada. Kita gagal, dan aku kira kita tidak akan berjaya. Tahukah engkau apa penyebabnya? Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya

Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha unuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.

Engkau benar puteriku, bahawalah kaum lelakilah yang mula mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.

Engkau berkata kepada pencuri : “Silakan masuk”…dan setelah engkau kecurian barulah engkau tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak ..”tolong….tolong…aku kecurian.”

Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.

Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalah pencuri, pasti engkau akan berhati-hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yang kikir terhadap pencuri.

Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki meinginkan lebih dari sekadar kambing……dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.

Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu…iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.

Wahai puteriku….Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.

Aku bersumpah lagi: “Demi Allah, jangan percaya terhadap kata kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab”. Bohong …bohong …demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.”

Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.

Apakah sesudah itu puteriku?

Renungkanlah!

July 12, 2010

the BEST birthday gifts ever for her

salam sayang buat dia...

AHLINA AZIZ was very lucky enough :

~ to be chosen to witness His creation.everything is just perfect. Subhanallah!

~that I found what I have been searching for all this while (the 'Hidayah', the 'Nur', the 'ukhuwwah') and alhamdulillah, He answered my prayers =))

these are definitely the BEST birthday gifts ever. thank you ALLAH

bila aku baca status ini di facebooknya..
perasaaan aku sangat gembira..alhamdulillah..
dia pernah share ape yg dia rasa dalam perjalanan pulang dari mt.ruapehu ke welly
sungguh aku tidak sangka..Allah juga telah mendengar doaku..
semoga 'hidayah','nur' dan 'ukhuwwah yang Kau berikan untuk dia
semakin bertambah
serta menjadikan dia dan aku lebih dekat padaMU..
moga usahanya untuk lebih mendekatimu kali ini sentiasa istiqamah
sungguh aku amat sayang pada dia keranaMU
cuma terkadang aku tidak reti bagaimana mahu memulakannya
sungguh terkadang aku juga malu dengan sikapku yang mungkin juga tidak membantu dia
namun aku akan cuba sedaya upaya untuk terus dan terus mengeratkan tali ukhuwah kami
kerana aku yakin percaturan rancanganMu adalah yang terhebat dan terbaik
yang mengandungi berjuta hikmah disebaliknya..
uhibbukifillah ya ukhti,

Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
"tidak sempurna iman seseorang diantara kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri"
(hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
kepada makcik halimah yang berada kat tampin, terima kasih kerana melahirkan seorang puteri yang kini sudah berusia 20 tahun, menjaganya dengan rapi dan penuh kasih sayang..moga dia terus menjadi dewasa dan menjadi wanita solehah
tidak lupa juga kepada kembarnya Ai nina aziz yg berada bersama2nya sejak didalam kandungan lagi..moga kalian semua dirahmati Allah..ameen
ini mungkin bukan hadiah terbaik buatmu kerana apa yang kau impikan sudah dijumpai menjadi hadiah terindah dalam hidupmu..
but i know you like purple..rite??
p/s:hadiah dari auckland



salam sayang dari roomatemu,
ieha

journey to jannah

salam...

percutian winter kali ni sgt best dan menjadi kenangan terindah bersama mereka.
destinasi : Mt.raupehu
duration: 4 hari 3malam (8-11 july 2010)

starting our journey..journey to jannah..ameen


perkara paling best kalau dalam jaulah usrah..dapat makan dalam talam..

dekat accomodation pon sudah bersalji..sejukkkkkk


it's time to play with the snow..yahooooo


yeah..sudah disini..peaceeee




akhirnya dapt jugak peluk mr.snowman


snowboard..x main pon..pegang je


tobbagon/sled..marvelous..lagi2 bile melambung and paling menakutkan bila langgar orang



pengalaman pertama ambil air sembahyang dengan ais dan sembahyang atas salji..subhanallah

saat dahi sujud pada ais..terasa syhadu dan kerdilnya diri

salji menutupi kereta dipagi hari

winter ski trip '10 is the best







July 06, 2010

hari ke 10

salam,

pada hari mahu bertolak dari welly ke auckland terasa terlalu lama nak meningalkanrumah
sedar atau tidak , rupanya..
hari ini sudah genap 10 hari pengembaraan musim percutianku..
kembara musim winter kali ini sangat menarik..
hati penuh dengan bunga2 dan keindahan nikmat yan tidak terkata..
saat ini, aku masih lagi berada di auckland,
malam ini akan brtolak pulang ke wellington.
rasa tak sabar nak sampai rumah..
mahu tunggu detik 12 malam bersama orang itu.
menunggu tanggal 7 julai 2010..
tarikh istimewa untuk dia..
tapi aku masih belum menyiapkan apa2 lagi.
tak sabar jugak nak balik rumah jumpa my lappy untuk duduk ditepi tingkap
sambil melihat sunrise dan mencoret sesuatu..
sesuatu yang ku bawa pulang semasa pengembaraan kali ini..
sehingga jumpa lagi,
sudah mahu keluar jalan sekitar auckland city..
moga saya jumpa sesuatu yang bermakna


salam rindu,
farieha, auckland

June 27, 2010

i'm away

salam,

maaf x menunaikan janji mahu tulis blog..
baru rasa nak rest..mahu tido puas2 kat bilik time winter ni..but,
i'm away again..
from 27.6-6.7.2010 going to auckland
8-12.7 going to ski trip Mt.raupehu..
gonna miss u all till i come back again..
doakan keselamatan dan kesihatan saya ye..
jika ada sesuatu yang menarik pasti bakal kita bersama nanti
jika tiada khabar berita..saya mungkin sudah syahid dalam perjalanan(hehe..doakan saya selamat pulang ye)

June 25, 2010

last day..

salam

maaf kerana sudah dua hari tidak mengupdate blog...sangat kepenatan..pergi sekolah diwaktu hari masih gelap dan pulang dari sekolah juga waktu gelap..terkadang dekat nk magrib baru nak sampai rumah..emm bila dah kepenatan, tak punya mood sangat untuk sambung menulis blog..maaf dipohon ye.hari ini merupakan hari last to be with those sweet kiddies at school..hari ini pukul 4 cikgu sudah bangun untuk buat card ucapan pada mereka..malam tadi buat kueh buah melaka untuk mereka..ayoyo..sangat penat tapi sangat berbaloi dengan harga sebuah pengalaman yang ternilai harganya..

petang ini plak ada de-briefing session with Carolyn Tait..habis saja session ini nanti ku update lagi yea..