Pages

July 25, 2010

bingkisan kasih



akhirnya siap jugak video ni...padahal plan nak buat time besday dia..tapi tak pe, yang penting apa yang ingin ku sampaikan pada dia termateri didalam bingkisan kasih ini..
sungguh sekarang baruku terasa bila sayang sahabat kerana Allah itu perasaannya sangat lain dan berbeza..ia menjadi sangat manis seperti manis kalau kita dapat masuk syurga sama-sama


hadith 13:
tidak sempurna iman seseorang diantara kalian sehingga dia menyayangi sahabatnya sendiri sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri..

p/s: aku amat terkesan dengan hadith ini bila tiba untuk menyayangi sahabat..jom berkasih sayang kerana Allah

July 23, 2010

x tahu nak reply


lama juga aku tidak kembali menulis sesuatu disini..ambil masa untuk cari mood kembali..
hati yang sedih kembali tenang dan reda..
sudah..tidak mahu terus memikirnya lagi
tadi bila buka facebook..melihat notification dari seseorang..
melihat kembali apa yang dia post di wall aku
beberapa kali aku ulang membacanya..
tidak tahu macam mana nak respon..

"although we havent' meet, but i could feel you're sitting next to me"- MISS U KAK IEHA!♥

hati aku menjadi gembira..terasa mahu peluk dia sekarang juga..
rasa mahu balik ke gombak..
tidak terfikir lagi ayat yang paling best and paling sesuai nak gambarkan perasaan aku untuk reply message ini
apa yang dia rasa sebenarnya aku juga rasa..
walaupun aku dan dia x pernah bertemu tapi rindu dan sayang itu hadir..
moga perasaan ini terus hadir dan makin kuat sehinggalah kami ketemu nanti
x sabar plak nak balik malaysia








July 19, 2010

sedih =(

apa perasaan anda bila tahu orang yang anda sayang terkena buatan orang lain??
marah?geram?and macam2 lagi perasaan yang timbulkan??
and lebih menyedihkan lagi jika anda tahu anda juga mungkin terkena buatan itu..
pasti sedih kan??
bila berada jauh di perantauan..mendapat khabar berita seperti inilah yang paling x best..
hati rasa tak tenang semacam je..
Allah je tahu macam mana perasaannya
aku tidak akan berhenti berdoa dan solat memohon agar segala keburukan ini dijauhkan dari mereka yang aku sayang dan dielakkan untuk aku juga..
ameen

July 18, 2010

THANKS SO MUCH MY DEAR LADIES COHORT 1

salam w.b.t


disaat berfikir terpaksa tidur lewat malam dan berjaga diawal pagi
terfikir juga akan kepenatan bila tidak cukup tidur sebab nak masak2
disaat merasa lelahnya berlari-lari ke kedai
disaat merasa tercungap-cungap panjat bukit pulang ke rumah
terfikir juga masih tidak sempat mahu menyegarkan diri
terasa semua penat dan melelahkan
tetapi disaat aku lelah dan tercungap2 aku masih lagi sempat merasa
senyuman menguntum di bibirku
kerana aku tahu Sang Kekasih sedang melihat aku
Dia sentiasa menemani aku,
mahupun aku terasa lelah dan penat
bila aku melihat si mentari pagi,
aku dapat merasakan seolah KAU tersenyum
melirikkan kuntuman senyuman indah
untuk mendamaikan hatiku
aku yakin semua perasaan penat, lelah dan sakit yang Kau berikan
adalah sekejap sahaja untuk mengujiku
namun ia adalah tarbiyah yang terbaik untuk aku..
disaat aku berhempas pulas untuk mendapatkan sesuatu supaya aku dapat melihat sesuatu
sudah terbayang dimindaku wajah-wajah mereka yang tersenyum
air mata aku sempat menitis lembut ke pipi
bila aku teringat betapa sweetnya tarbiyah yang Dia sedang ajar aku
setelah mereka datang dan aku melihat album2 gambar mereka
hati menjadi tenang yang tidak terkata
puas yang amat tidak terkata
semua perasaan yang kurang menarik tadi sudah diganti kini
sudah hilang dan terpadam dari hati
kerana wajah yang bermain diminda aku sebelum ini sudah menajdi kenyataan dimataku
itulah hadiah yang paling aku suka bila Sang Pencipta sedang mentarbiyah aku
wajah-wajah mereka ini akan terus kekal dalam kotak memori mindaku
dan tersemadi dan tersemat jauh di lubuk hatiku yang paling dalam


mereka adalah pieces of my heart

betapa kasih bila ada cinta dihati

belaian kasih sayang dari seorang sahabat

sungguh gembira kerana mereka makan seadanya smpai tambah2..alhamdulillah

senyuman yang terukir dari hati yang gembira

si gadis bertudung kuning yang setia menemaniku didapur tertidur kepenatan..terima kasih nadiah sayang atas jasamu

orang yang mengidam nak makan laksam..akhirnya dapat jugak..

zack rasa laksam sedap sampai menjilat sudu

tina pula menunjukkan ekspresinya dengan menjilat jari

suapan antara dua sahabat..moga ikhlas lahir dari hatinya

cohort leader yang sempat menitiskan air mata menjadikan bilik commom room 91 kp sebuah kisah drama..diiringan tangisan dari sahabat yang lain juga




THANKS SO MUCH MY DEAR LADIES COHORT 1

the making of....ANNIVERSARY part 1

salam,

daripada malam tadi bermula pukul 12 malam..kegiatan memeriahkan dapur 91 KP dengan pelbagai makanan bermula..aku memulakan tugas sebagai chef untuk buat laksam kelantan dengan penuh jayanya sehinggalah pukul 3 lebih pagi dibantu bersama cik farah and cik naia..risau jugak apa rasanya sebab ini adalah percubaan pertamaku untuk masak laksam dan ianya adalah dalam kuantiti yang agak banyak untuk 60 orang makan...aduh cuak..aku memang tak pernah try buat pun kat malaysia..tetiba rasa teringin nak makan kat sini..terpaksalah gagahkan diri juga untuk aku buat..sebab aku rasa mesti ramai kawan2 aku juga mengidam makan benda yang sama..sambil2 itu sambal belacan dan agar2 buah farah dikerjakan bersama..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
jam menunjukkan pkul 4 pagi baru mata farieha terlelap..

jam 5.30 pagi terus terjaga semula teringat ingin mengadu domba dengan KekasihKU yang sedang menunggu..namun selepas beberapa rakaat bertemu dan bersembang denganNYA aku sambung tido kembali sementara menunggu azan subuh..akhirnya pukul 6.40 baru terjaga balik..
seusai solat jam sudah menunjukkan 7.05..terus teringat mee laksam yang belum aku sentuh pun..terus bergegas ke dapur risau tak sempat siap memandangkan tetamu dijangka tiba pukul 11 pagi..punya la mencari dimana periuk pengukusnya..dimana bekas untuk kukus mee laksam..aduh..memang pagi2 lagi sudah kalut dan sibuk sehingga badan yang rasa kepenatan tak sempat untuk disegarkan dengan air dan pewangi....x pe, itu small matter(buat2 lagak macho)..okeh..pengembaraan bermula lagi..

setelah beberapa kali aku cuba buat mee laksam..rupanya sudah kelihatan tetapi tetap tidak menjadi dan tidak boleh digulung..aku agak frust setelah beberapa kali try x jadi..then terus teringat k.long dan k.na kat KL..ring..ring..pukul 4 pagi dimalaysia..aku rasa semacam tidak sampai hati untuk kejutkan mereka..tetapi tak tahu nak berbuat apa..terpaksa menelefon mereka..akhirnya setalah diconsult2...baru la aku tersedar yang aku tersalah guna tepung..
punya aku confident cakap kat dorang yang aku dah betul2 guna rice flour(tepung beras)..sebab kat plastik tu tulis macam tu..padahal aku miss satu word..GLUTINOUS rice flour..haha..Glutinous tu tepung pulut ye adik kakak..aku lupe yang aku buat kueh onde2 aritu aku pakai tepung pulut..aku dok ingat tepung beras..

tiada cara lain melainkan aku kena pergi ke kedai lagi pagi ini dengan secepat mungkin..kerna aku tak sanggup nak menghampakan tetamu yang datang..sebab aku dah tercakap nak buat laksam..aduhh..tapi tak pe..demi anniversary besday rumate aku and anniversay cohort 1 tesol ipsah vuw yang sudah menjangkau 3 tahun..aku sanggup..tetamu harus dilayan dengan baik..
kedatangan mereka insyaAllah membawa rahmat kepadaku dan sahabat2 serumah.
maka dengan rela hati aku terus naik ke bilik mencapai tudung indon yang memang senang untuk dipakai dan disarungkan dengan sweater purple kegemaranku..disaat mahu cepat2 itu, sempat lagi aku mengerling kearah rumate aku yang masih belum terjaga..perfume juga tidak lupa disembur..risau nanti orang kata bau ape plak ni..haha..
dalam kadar waktu yang sangat terdesak dan terburu..aku memulakan jogging pagi berlari-lari anak menuruni bukit ke top market depan sunday market..bila tiba menuruni bukit..aku terus berlari pecut kerna momentumnya lebih laju...x payah aku nak pakai tenaga banyak..sebab bila balik nanti konfem aku lelah panjat bukit tinggi.memang aku kena beli barang cepat2..risau bila balik nanti terserempak dengan rumate aku juga yang mahu ke sunday market..bufday gurl mana boleh tahu orang nak sambut besdaynya..okeh,,dalam masa 25 minute aku sudah berjaya pulang kerumah dengan memanjat bukit yang memang sangat melelahkan..

sesampai je kat rumah..tangan terus mula bekerja..tiada sesiapa didapur kala itu..hanya kelibat seorang gadis bertudung litup warna kuning yang kelihatan jelas..oleh kerana tugas yang mahu aku kerjakan banyak lagi.aku dengan rasa terpaksa hati meminta bantuan gadis ini..alhamdulillah dia sangat membantuku tanpa banyak bercakap dan mendengar arahan sahaja..dalam satu masa boleh ada empat task yang kami sedang buat..aku yang sibuk buat mee laksam terus beri arahan kepada gadis ini untuk ambil bahan2 untuk buat muffin..sambil itu merebus spageti..sambil itu juga sibuk mengacau kuah laksam yang sedang menggelagak..aku boleh rasa agak horrible time tu..tapi alhamdulillah masih ada yang sedia membantuku..akhirnya cik farah yang baru turun kedapur membantu gadis bertudung kuning ini mebuat lasagne cheese plak..memang dapur kelihatan sibuk..tapi nasib baik dapur 91KP cukup besar untuk buat kerja yang banyak dalam satu masa..boleh jadi multitasker..

alhamdulillah semuanya berjaya disiap dengan bantuan mereka yang datang..
perasaan seronok bila melihat mereka makan dengan gembiranya lebih2 lagi kepada yang mengidam nak makan laksam..syukur alhamdulillah laksam itu masih boleh dimakan oleh mereka dengan selamatnya..terima kasih semua kerana sudi datang untuk sambut bufday my rumate and anniversary for 3 years we are being together!!!



July 15, 2010

rindu abah

salam,

jam di wellington menunjukkan pukul 12.10 pagi,
mata masih lagi terkebil2 tidak mahu tidur,
rasa macam ada sesuatu yang belum lengkap,
patut la..rupanya seorang anak ini belum call abahnya yang dirindui nun jauh di malaysia
rindu sangat dengan abah..sudah beberapa kali butang-butang nombor ditekan2 dan terus mendailkan nombor di malaysia, namun masih juga belum diangkat.Masih tidak berputus asa, farieha cuba berkali-kali dengan harapan agar panggilannya dijawab. dia cuba bersabar dan berfikiran positive, abah mungkin tak perasan panggilanku gamaknya. ye la, abah bukannya seorang yang memang pegang handphone kat tangan memanjang je..die punya telefon bimbit pon sebab talian telefon rumah sudah dipotong..akhirnya kali ke berapa entah cuba buat panggilan menerusi telefon abby(adik perempuan) yang tengah bercuti kat rumah sekarang ni..panggilan kali ni tidak menghampakan, ada yang menjawab...

aku: salam abby, cam x ni??
abby: wasalam, pah ke tu??

aku: bie sihat??rindunye lame x call bie, abah ade x??

abby: sihat jah..pah pedas ni..tgh makan colek..(dengan nada dan bunyi yg memang kedengaran pedas)..abah x dok la..die g masjid..die sihat jah

aku: owwh ye ke..pahtu bile plok pah bulih call ni??nnt bie misscall balik ye

abby: ok2..nnt bie oyak k..ok pah, nk minum air ni..pedas sangat.assalamualaikum

talian termati..agak kecewa x dapat cakap lagi dengan abah..tapi mengetahui kondisi abah yang sihat buat hati aku sedikit tenang..aku tisau akan kondisi abah sebenarnya..sihat2 die pun ..biasalah orang dah berusia..pasti ade yang kurangnya..kadang2 aku risau dan befikiran serba tak kena pasal abah..lagi2 bila dok jauh ni..moga abah sentiasa sihat dan bahagia ye abah..pah sayang abah..sayang sangat2..memang tak tahan air mata meleleh kalau teringat abah..

July 14, 2010

MISSION IS COMPLETED

aku dapat kertas ini..apa mahu dibuat??
okeh2..dia tiada dikanan, dikiri,didepan mahupun dibelakang aku..mission harus dicompletekan..


bila mata melihat dia,

mulut berkata “malunya” dia

bila hati mengenali dia

perasaaan berkata “sweetnya” dia

itu adalah gambaran pertama aku tentang dia

baris2 kata cuba mengungkap kata

untuk menceritakan siapa dia dimataku

makanya aku memandang alam

alam ciptaanNYA membuat aku tergambar

suatu makhluk yang tersangat indah

aku mungkin tidak tahu apa namanya

tetapi yang aku kenali ia adalah bunga

bunga putih yang kelihatan sangat kecil

atau mungkin juga tidak dilihat oleh manusia

bila aku semakin mendekati bunga ini,

aku boleh merasakan getar hatiku mengatakan

subhanallah..ia sangat indah

indah persis ukhuwah fillah gitu..

walaupun kedudukannya adalah diatas rumput penuh yang menghijau

lantas warna putih yang ada padanya

membuatkan ia kelihatan lain dari yang lain..

dia kelihatan kontra berbanding warna rumput yang hijau..

namun itulah sunnatullah yang Allah tetapkan..

ia akur akan apa sahaja yang diperintahkan Allah padanya

satu lagi yang belum aku perkatakan

kelainan, keunikan dan kontranya ia juga mebuatkan suasana disekelilingnya

menjadi kelihatan begitu indah sekali

tanpa kehadiran sang bunga putih yang menyeri rumput hijau

pemandangan disekeliling itu mungkin tidak kelihatan seindah itu

begitulah jua dia yang ingin aku ceritakan

dia mungkin kelihatan lain dari yang lain

dia mungkin juga kelihatan lain kerana dia punya prinsip sendiri yang lain dari orang biasa

dia ada pendirian dia yang tersendiri yang ingin mengikut sunnatullah alam

sama seperti si bunga putih yang aku khabarkan pada kalian

tapi kelainan inilah yang mebuat dia unik dari yang lain

tanpa kehadiran dia dalam hidup aku dan sahabat2

talian ukhuwah kami mungkin tidak menjadi seindah sekarang ini

dia juga kelihatan senyap dan malu

tapi bila aku mendekati dia

baru aku tahu betapa kelakar dan tidak begitu pendiam rupanya

itulah dia..dia menjadi dia

itulah yang membuat aku terasa indahnya punya sahabat seperti dia

yang menceriakan tali persahatan kami

dia yang dikatakan malu dimulutku

adalah nurul nadia ahmad redzuan(naia)

namun dia akan tetap “sweet” dihatiku selamanya



p/s: inilah salah satu task yang aku kena buat time pergi ski trip dan mentadabbur alam




MISSION IS COMPLETED !!!!