Pages

February 16, 2009

Rama-rama itu indah...tapi....????

saya pernah bace cerita ini dalam blog seorang kawan kat skolah lame dulu..cerita tentang rama-rama

“cinta tu ibaratnya kita dengan rama-rama..bila kita nak tangkap rama-rama tu,rama-rama tu mesti terbang jauh2 dari kita..makin dikejar,makin ia lari,makin susah nak tangkap.. tapi bila kita duduk senyap-senyap,duduk diam-diam dengan penuh sabar dan bila sampai masanya,rama-rama tu akan datang dan hinggap pada kita..”

“macam cinta,makin kita kejar,makin susah nak dapat cinta tu..makin jauh cinta itu..bukan sahaja cinta manusia,cinta pada Tuhan pun usah jadi dambaan jika kita terlalu asyik dan mengejar cinta dunia ini”

“tapi bila kita duduk diam,teruskan kehidupan seperti biasa tanpa fikirkan tentang cinta,tanpa fikirkan bila ia akan datang,tanpa fikirkan seronoknya bila bercinta, akhirnya cinta itu akan datang pada kita..bukan sebarang cinta,malah jika kita sabar menanti dan usaha utk mendapatkannya cinta,Dia akan anugerahkan cintaNya sekali..jadi buat apa mahu sibuk2 fikirkan hal cinta ni sekarang..bukankah kita ni hambaNya yang sentiasa mendambakan kasih sayangNya..”

Terima kasih sahabat.terima kasih teman kerana mengingatkan tentang ini..bila dikenang kembali kata-katanya,sy mahu menjadi seperti penangkap rama-rama yang sabar menunggu rama-rama yang cantik..cantiknya rama-rama dengan sayapnya yang indah2 itu....cantiknya cinta bila ia dihiasi dengan iman dan bersulam dengan takwa..bertambah cantik jika dicintai oleh seseorang yang dlm masa yang sama dicintai oleh Tuhannya..bukan sahaja cinta manusia saja yang sy dapat,cinta Tuhan pun saya berjaya miliki..cantiknya cinta itu jika diberkati dan diredhai olehNya..

Jadi,buat apa mahu sibuk-sibuk kejar cinta sekarang...saya ada banyak sangat benda yang perlu sudahkan dahulu..asgmnts yang betimbun2 perlu disudahkan terlebih dahulu..btolx??tapi smuanye bergantung pada diri kita jugak macam nk manage time wisely.

“tapi,mcm mana jika awak ditakdirkan utk jatuh cinta sekarang?bagaimana jika awak sudah bertemu insan pilihan?mahu dilepaskan?”

“alamak!!! Ini soalan yg susah nk di jawab ni..kna tanye abah saya dlu la ye.masuk la meminang dlu..haha.i still a small kid to think about this”


Oh Tuhan ,temukanlah dan satukanlah aku dengan insan yang diredhaiMu..dan pandulah hidup kami ke gerbang syurgaMu...ameen...

Wallahua’lam..Dia perancang terbaik..Dia tahu apa yang terbaik untuk saya..

**teringat plak brooch butterfly saye yg menjeleskan mona..hahaha.hadiah drpd k.long.
thanx for that nice present yea k.long**

0 cetusan rasa: