Pages

January 07, 2010

HUSNUL khatimah

salam w.b.t

Suatu masa disaat malaikat maut mencabut nyawaku,
Aku ingin dalam keadaan yang tenang dan terbaik
Kalau biasa kita mendengar lagu khatimah cinta,
Aku pula mahu khatimah cintaku bersamaMu adalah dalam keadaan yang paling terbaik,
Aku mahukan husnul khatimah,
Aku mahu wajahku berseri bagai aku gembira dijemput ilahi
Aku mahu wajahku tersenyum ceria dan menjadi wajah terindah macam arwah ma,
Ya..arwah tersenyum diwaktu dia pergi bagai dia tidur sahaja,
Aku mahu kelihatan cantik diwaktu izarail dating menjemput aku,
Sebagaimana orang-orang ramai berkata kepada ibuku
“aku tidak pernah melihat dia secantik ini..wajahnya bagai orang tengah tidur sahaja,
tersenyum gembira”..
Aku ingin jenazahku dimandikan oleh orang-orang yang aku sayang,
Sebagaimana kami semua memandikan arwah ma,
Aku mahu dikunjungi ramai tetamu yang menyedekahkan hadiah buat aku
Sebelum aku pergi menemui DIA
Aku masih ingat diwaktu hari pemrgian ma,
Terlalu ramai orang berpusu-pusu datang melawat dan menyembahyangkan jenazahnya
Sehinggakan rumah penuh,
Namun ada juga yang mahu untuk sembahyangkan dia walaupun diluar rumahku,
Andai aku punya zuriat, merekalah orang yang pertama aku harapkan untuk mengurus segalanya
Aku mahu mereka mandikan aku,mahu mereka mengimamkan aku,
mahu mereka yang membcakan talkin untukku,
sehinggalah aku ditanam bertahun-tahun lamanya mereka tidak lupa untuk ziarah pusara usangku
mereka masih lagi beri aku hadiah dan sedekah yang membantu buat aku gembira berada di alam sana
itu impian aku jika nyawaku diambil..kamu pula bagaimana???
tepuk dada tanya IMAN sendiri.

Aku tiba-tiba teringat pasal mati ini disebabkan oleh kes yang menggemparkan warga Malaysia yang berlaku di negeri Sembilan.. klik disini untuk baca empat nyawa melayang dengan dasyatnye ditangan saudara sendiri..

jika aku yg menjadi saksi kejadian, sudah pasti aku tidak mampu berkata apa-apa kerana terlalu fobia dan tidak dapat bayangkan ayah@ibu@abang@adik mati dibunuh dengan kepalanya dipenggal, tangannya dikelar dan ditikam..masyallah..semoga allah merahmati keluarga arwah dan ruh arwah..tempatkan mereka dikalangan orang-orang yang beriman.amin.


2 cetusan rasa:

Qistina Fahimi said...

i heard that case.
so tragic.
al-fatihahh for the deceased.

farieha said...

tau x pe..rupenya die blaja ilmu yg sesatkan..x sanggup rasenya kalau berlaku kat kita sendiri