Pages

January 19, 2010

** Latest update ++

salam w.b.t

Aku tipu kalau aku cakap aku tak sedih jika tak sempat jumpa mereka-mereka yang aku sayang dan rindui sebelum aku berangkat ke NZ. Ya..aku sangat teringin jumpa mereka semua.mungkin mereka fikir aku tak nak jumpa mereka, padahal kalau nak seribu daya tak ehndak seribu dalih. Aku akui itu, tapi aku tak sampai hati untuk tinggalkan abah aku lama-lama kat kampung berseorangan.

Actually mase awal-awal cuti, punye la banyak planning nak keje la.nak pergi situ,nk pergi sini..alih-alih aku duduk jugak kat kampong dengan abah. Aku bukan apa, kesian dan tak sampai nak tinggalkan abah..aku tahu dia dah tua,dia sakit,dan kalau aku pergi 2 tahun ke NZ ,bile balik belum tentu lagi aku akan dapat jumpa dia..itu semua kenyataan dan possibility yang aku harus hadapi.

Kakak selalu cakap, duduk je la kat rumah, nnt dah pergi sana menyesal plak tak dapat jaga abah..aku bukan nak fikir yang bukan-bukan, tapi aku harus bersedia mental dan fizikal untuk pergi sana.jadi aku harap orang-orang berharap aku jumpa mereka sebelum fly ni, tapi aku tak sempat jumpa..mintak maaf bebanyak la ye. Jika kamu lah orang-orang saya maksudkan itu dan terbaca entry ini mintak maaf sekali lagi ye. Especially ipsahians n sahabat2 sehati sejiwaku disana..jika kamu ketahui aku sangat sayang kamu semua dan walaupun tidak banyak yang aku sumbangkan untuk kamu dan sahabat2 sebelum ini, berdoalah agar apa yang aku cari2 sebelum akan ku temui..doakan aku selamat pergi dan pulang dengan istiqamah malah bawa sesuatu yang lebih berharga untuk kamu semua.

Hmm kepada seseorang yang suke menjengah ke blog ini, x pernah komen tapi siap khatam lagi baca blog ini..eha mintak maaf ye dengan kamu..i know that u’ll read this entry.kamu mungkin tahu pasal saya dalam blog dan juga fb.tapi bile kita ad peluang bercakap didepan mata, tak lah pula ia terjadi.maaf ye dah banyak kali terjadi begitu..eha sangat hargai sokongan kamu itu..saya sayang kamu sebgai sahabat saya.all da best untuk kamu kat sana juga ye.ade jodoh kita jumpa kat NZ nnt ye..

Untuk sahabat yang mungkin tidak tahu perkembangan diri aku..sekarang ni aku tengah bercuti lagi dan insyaallah akan bernagkat ke wellington,New Zealand pada 8 feb nnt.doakan segalanya baik2 saja ye.insyaallah 2 tahun pemergian kesana akan di isi dengan penuh makna untuk menjadi pengembara ilmu yang akan mengutip mutiara-mutiara ilmu yg berguna di tempat orang..rasenya setkat itu sahaja untuk latest n fast update from me..see u next time..

5 cetusan rasa:

zawir said...

salam farieha...selamat mengembara ke tanah orang..hakikatnya bumi Allah jua..

seperti yang farieha post tu, zawir doakan agar dapat beristiqamah di bumi sana.

2 tahun tu tak lama, pejam celik pejam celik dah habis dah dua tahun...

oleh itu, kutip lah sebanyak ilmu yang paling utama, pengalaman di bumi Allah sana..

rezeki farieha dapat ke sana..Alhamdulillah

saya mengikuti juga perkembangan blog farieha ni, sekadar mengisi masa lapang membaca pengalaman2 sahabat2 yg berada di luar negara..
rasa seolah2 mcm kita juga berada di sana..hehe..~sigh..

entah mengapa, semacam ada tarikan pula baca posting ni..sedih n terharu..kot..bangga..sbb ada lg kwn2 yg akan pergi mengembara ke tanah orang lagi..

by the way..maat taufiq wan najah there..

maaf komen terlalu pjg..seperti kebiasaan, sy akan berpesan pd teman2 blog lain..kalo rasa xsuka pd komen sy..dipersilakan delete..

hehe

farieha said...

zawir thanx a lot for the comment..really appreciate it..maat taufiq wan najah untuk kamu disini jugak ye.kalau rajin jengah2 la kesini ye..

zawir said...

iAllah..

farieha juga, rajin2 la meng update blog ni..

iAllah zawir follow..

walaupun skdr lalu je, hehe...

farieha said...

thanx so much dear frend..saya pon akan m'follow blog kamu ye..same2 kite share pengalaman..

Unknown said...

Assalamualaikum...

kita selalu dianugerahkan dengan kesihatan yang baik dan umur yang panjang..Alhamdulillah (^_^)

mungkin kita juga diberi kelapangan untuk untuk berbual2 tapi kalau bukan rezeki kita,tidaklah mengapa...

Syukur alhamdulillah...
I am grateful enough to be your friend,cik farieha :-)