Pages

March 05, 2010

mujahadah baru

salam sayang dari sini,

Dingin malam tirai pagi pun terbuka
Namun hati masih tertanya
Apakah aku masih disini?
Adakah aku akan terus begini?
Bila aku terlihat bayang sendiri dibawah sinaran cahaya neon itu
Aku melihat diriku lebih panjang
Aku melihat aku semakin berlainan..
Apa makna itu semua??
Bayang aku yang semakin panjang menunjukkan
usia aku juga semakin memanjang
kesalahan juga telah banyak aku lakukan
dosa juga semakin bertambah
bermacam-macam situasi yang telah aku tempuhi dan lalui
bermacam-macam perasaan telah aku selami
alam seakan mengetahui aku ingin mengerti erti hidup itu
segala isi benda yang berada dialam ini telah banyak mengajar aku
telah banyak mematangkan aku
aku ingin cari sesuatu
sesuatu yang aku belum jumpa..
penjelajahan hebat aku baru sahaja bermula
di bumi yang penduduknya tidak ramai muslim,
aku mencari identity diriku,
apakah aku akan berubah dek suasana yang berbeda,
apakah perubahan itu membawa kebaikan untuk aku?
Semoga itulah yang terbaik untuk aku
Aku yakin,walau dimana Allah mencampak aku,
Itulah yang terbaik untuk aku..
Aku datang ke bumi newzealand ini dengan seribu satu harapan
Harapan yang menggunung dari orang-orang yang mengharapkannya
Diiringi doa dan restu, aku semakin kuat
Semoga kekuatan itu akan terus bersama aku
Walau apa jua situasi melanda
Moga Iman aku akan semakin teguh,
Tawakkal aku akan makin utuh
Semangat perjuangan menuntut ilmu Allah tidak akan lusuh
Dan terus bersemadi dalam diri





***post ini aku dah tulis lama sejak mula2 smpai wellington lagi..tapi baru hari ini sempat upload**8
***aku gumbira sebab capaian internet da dapat dijejaki akt bilik aku skang sekarang ini,mingkin selepas ini lagi rajin menjengah blog ini**
**aku harap perkongsian pengalaman dan apa sahaja yang tercatat di laman blog ini menjadi satu aset yang bernilai buat pembacanya**

0 cetusan rasa: