Pages

March 26, 2009

Lupe diri??

Assalamualaikun w.b.t

Sedar x sedar dah hampir seminggu jugak saya x post entry kat sini..biasalah kesibukan yang menjadi2 gara presentations yg begitu banyak. Namun begitu, kesibukan ini banyak mengajar saya erti menghargai masa. Kita sering membaca surah al-asr..demi masa..dalam al-quran juga ad pasal masa ni..ini menunjukkan betapa pentingnya masa itu pada seseorang. Persoalannya adakah kita mengaplikasikan ayat yang diturunkan oleh ALLAH, special untuk hambanNYA dalam kehidupan seharian???...Persolan ini hanya boleh dijawab oleh individu itu sendiri. Sejauh manakah juga kita menghargai masa yang adalah terpulang pada kita macam mane kita menguruskan masa.

Apa yang membuat saya rasa terkilan adalah menegenai diri saya sendiri yang semakin leka dalam mengejar duniawi tanpa mengambil berat pasal ukhrawi…ukhrawi dan duniawi???macam mane nk tau kite ni mengejar ke arah mana??semuanya bergantung pada niat kita dalam melakukan sesuatu tindakan. Ada orang kate ,asyik kejar pasal pelajaran jerk..bile mase nk beribadah ni??kite kna igt bhw belajar itu juga boleh menjadi satu ibadah kepada kita. Yang paling penting niat kita mestilah kerana ALLAH. Even menulis blog pon boleh menjadi satu ibadah kepada kita. Ye ke menulis blog boleh jadi ibadah?? Tentulah boleh! Cuba anda fikir kenapa saya mengatakan menulis blog juga satu ibadah?? Sebab blog juga boleh menjadi satu wadah untuk kita berdakwah. Bukan sekadar tempat untuk kita meluahkan perasaan kita sahaja, tetapi melalui blog jugak bnyk faedahnya klu kita betul2 memanfaatkannya. Aisehh..saya ni asyik cerita pasal blog la plak..maklumlah dah makin ramai yang membuat blog ni sebab terpengaruh dengan kawan2 yang memang gile blogging ni..so welcome to the club for the new bloggers.

Hmmm..cakap pasal new bloggers ni sya teringat plak seorang classmate saya yang juga merupakan new blogger..(TOPMAN)..tahniah kepada TOPMAN sebab akhirnya berjaya jugak buat blog ni ye. adalah suatu hari saya berbual dengan TOPMAN ni: wah dah makin maju ye TOPMAN sekarang ni..da makin rajin updatekan blog untuk mengetopkan diri..blog dah jadi rumah kedua kamu ke?? Dengan selambe die jawab: eh..x lah, rumah kedua aku SURAU. Saya rasa mungkin jawapan itu satu gurauan ataupun maybe sindiran kepada diri saya..tapi saya agak terkesima dengan jawapan itu. Ye la, mane x nye..surau yang dulu boleh dikatakan tempat mejadi pendamai hati ini sudah jarang ku singgahi. Teringat plak mase sekolah dulu, surau memang menjadi bilik no2 saya. Setiap kali waktu sembahyang memang wajib pergi surau and sembahyang berjemaah..memang best la surau kat KISAS dlu..terasa izzahnya dan betapa imarahnya surau itu bila di kunjungi oleh ramai orang untuk beribadat. Terasa tenang, nyaman dan lapang dada bila kesana.namun perasaan itu jarang saya dapat rasai di sini..sedih sangat rasa di hati ini,bila pergi ke surau..hanya berapa saf shj yang dapat kulihat..lebih2 lagi bahagian perempuan. Saya tahu, mungkin ini silap saya juga kerana jarang pergi sembahyang berjemaah di sana..tapi kadang2 bila rindu kepada surau itu datang, saya akan berusaha juga untuk pergi kesana biarpun seorang diri. Klu dulu surau itu tempat untuk saya meluahkan perasaan especially bila jumpa sahabat2 yang ke surau..n juga lebih khusyuk bila saya bejumpa dengan DIA dalam keadaan yang lebih tenang dan lapang. Kadang2, surau pon boleh jadi tempat saya study..mmg best arr..smua benda senang je nk masuk otak. Kenapa saya sudah tidak dapat rase smua itu lagi??

Mungkin suasana ‘biah’ disini tidak sama seperti di sekolah dulu, tapi siapa tahu suatu hari nnt bila saya kembali lagi ke sini ia sudah berubah wajah kearah lebih baik. Hope I can do something walaupun sedikit..saya akn cuba ubah diri untuk tidak mengabaikan masa beribadah walaupun dalam keadaan sibuk.sibuk x patut dijadikan alasan untuk kita jauh dari mengimarahkan rumah ALLAH. Saya pernah lihat orang cacat yang berkerusi roda n juga bertongkat dengan sedaya upayanya berusaha untuk ke surau@masjid. SUBHANALLAH! Dia masih lagi berusaha tanpa putus asa untuk menunaikan solat secara bejemaah walaupun sebelah kaki n tangannya telah tiada. Xkan lah nak tunggu kaki and tangan saya hilang dulu baru saya nak turun sembahyang berjemaah di surau. Oh tidak!! Bagi perempuan x wajib pon pergi sembahyang berjemaah sekiranya boleh ad sesuatu yang boleh mendatangkan fitnah or pape kesulitan..

Walau apapun pun keadaanya…yang paling penting adalah hubungan saya dengan pencipta diri saya..adakah semakin jauh atau semakin dekat saya dengan DIA?? Itu yang harus saya jawab dulu. X pergi surau x bermakna saya jauh dari ALLAH n pergi surau x semestinya hubungan saya dengan DIA akan lebih dekat.klu pergi surau hanya untuk menunjuk2 bahawa diri kita ini baik n ‘alim’ pon x de gunanya juga.semuanya bergantung pada niat kita. Sometimes, beribadah apabila tidak dilihat oleh manusia lain adalah lebih best jugak especially perkara yang sunat la..tapi klu sembahyang yang wajib tu..lebih baik buat secara berjemaah..sembahyang tahajud di kala pagi hari sgt best n sgt khusyuk pada ketika itu.x de sape pon nk ganggu n hanya kita n DIA sahaja. Konklusinya..kita sendiri boleh fikir apa yang terbaik buat diri kita.kita yang tentukan siapa kita di atas dunia ini untuk berhadapan dengan tuhan di akhirat kelak... entry ini sekadar renungan untuk diri saya sendiri n kalu ia mungkin berkait dengan diri..sama2 lah kita fikirkan siapa dan bagaimanakah diri kita yang sebenarnya.


besar sungguh kebesaran ALLAH itu.insaflah diri sebelum diri diinsafkan.

March 22, 2009

Lagu Guru Malaysia : Satu Serangan Pemikiran Terancang!

Assalamualaikum,

Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam. Selawat serta salam kepada junjungan mulia Nabi Muhammad SAW , ahli keluarga baginda serta seluruh para sahabatnya.

Untuk artikel kali ini saya nak berkongsi satu perkara yang mungkin boleh menimbulkan kontrovesi. Namun, bagi saya ia adalah perkara benar dan harus di dedahkan.

Apa yang saya nak kongsikan di sini adalah tentang LAGU GURU MALAYSIA yang kita semua mahasiswa dan mahasiswi di IPGM nyanyikan dalam setiap perhimpunan.

Apa yang masalah dengan LAGU GURU MALAYSIA tersebut?

Jika anda semua baca pada tajuk artikel saya, saya ada tulis ' Satu Bentuk Serangan Pemikiran Terancang'. Di sini saya akan cuba jelaskan tetapi sebelum itu saya nak ajak rakan-rakan sekalian supaya membaca semula lirik LAGU GURU MALAYSIAyang selalu kita nyanyikan:


Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua


Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Baik, setelah anda baca lirik di atas, apa yang dapat anda perasan?

Jika anda lihat pada ayat:
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

saya ada bold dengan warna hitam. Pada ayat inilah bagi saya, terdapat satu serangan pemikiran kepada kita semua bakal guru yang BERAGAMA ISLAM.

Kita umat Islam hanya akan menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan hidup kita. Ini adalah aqidah yang harus kita gengam dan pertahankan.

Jadi adakah boleh bagi kita menanamkan dalam hati bahawa RUKUN NEGARA sebagai satu panduan hidup kita selaku seorang MUSLIM?

Jika kita menyakini RUKUN NEGARA sebagai panduan hidup kita, maka aqidah kita sudah goyah dan tercalar teruk.

Selain itu, secara tidak sedar kita ini sudah menjadi mangsa kepada satu bentuk serangan pemikiran iaitu "ideologi NASIONALISME" yang menanamkan semangat kebangsaan.

Adalah tidak wajar seorang muslim mengambil bentuk pemikiran selain dari pemikiran Islam yang bertunjangkan Al-Quran dan As- Sunnah.

Disini hanya baru satu lagu yang di bahaskan. Sebenarnya banyak lagi lagu patriotik yang kita nyanyikan semasa perhimpunan mengandungi unsur-unsur yang boleh mengugah aqidah kita umat Islam.

Jadi, kepada semua mahasiswa sekalian adakah anda masih sanggup untuk membiarkan lagu GURU MALAYSIA ini masih meniti di bibir anda sewaktu perhimpunan?

Tepuk dada, tanya iman..

Allah matlamat kita,
Rasul ikutan kita,
Al-Quran panduan hidup kita,
Jihad cara kita,
Syahid di jalan Allah cita-cita kita tertinggi.


Artikel disumbangkan oleh:

ashabul_kahfi88

saya tahu bahawa isu ini sgt sensitif untuk di bincangkan..namun ia boleh membukak minda kita untuk berfikir ke arah yang lebih terbuka.asalkan kita tahu baik dan buruk setiap perkara dan paling penting niat di hati kita..semuanya bermula dari hati dan diterjemahkan oleh perkataan da dizahirkan oleh perlakuan kita.itulah sebenar2 iman yg kita cari. jadi saya serahkan kepada pembaca sekalian untuk membuat tamsilan kerana setiap orang ada haknya yang tersendiri untuk memberi pendapat...

March 17, 2009

Kisah bersambung..part II

salam hormat buat semua..

kisah ini bersambung lagi dengan percutian yang membuatkan hati saya menjadi lebih rapat dengan seorang insan yang bernama sahabat ini..

hari seterusnya saya meluaskan langkah lagi berjalan sambil menikmati pemandangan indah ciptaan ALLAH ini.sungguh tergamam hati ini dengan pelbagai unik alam ciptaan tuhan ini..kali ini saya pergi ke ayer keroh Melaka, saje nak try aktiviti berkayak plak. dah lama jugak x berkayak ni, since pergi pangkor bulan 2 tahun lepas..da setahun la jugak..but i really like this such activity yang lasak n mencabar.


jom posing alin..


jom berkayak


mula mengembara di tengah tasik


siapa lagi terrror?


da abis pon kayak..seri la alin n ieha


cayak la mama alin..respect saye!


hati2, nnt tenggelam dalam tasik tu plak!

selesai je berkayak kami sempat la jugak pusing2 taman tu..memang cantik dan subhanallah! indah sungguh ciptaanMU ya tuhan..sekeliling tasik tu memang menarik.ada plak boat kosong yang xde orang pon kat situ..apa lagi??kami ni memang suke ambik gambar buat kenangan.

first time pandu bot ni


eh da bertukar driver plak


stenang air di tasik begitu jualah kasih ku pada sahabat2

setelah penat bermain kayak n bergambar kat sana..mama n ayah alin bawak plak kami ke tempat lain..mle2 nk g mahkota parade..tapi bile nmpka poster pesta makanan warisan..kami treingin la jugak nk singgah.mane tau ad something menarik yang x pernah kite tengok ke..bile sampai je kat sane..bnyk sanagt trishaw yang cantik kat tepi jalan bawak pelancong.nak naik pon mahal jugak rasenya. so kami bergambar pon jadi la.


salah satu trishaw yang menarik perhatian kami

sambil berjalan..saya tengok2 je la apa yang menarik, tapi da x de benda sgt pon sebab hari last n da mk abis pon pesta tu. smpai je di penghujung jalan terjumpa la plak seorang plakon.wan maimunah yang da gak veteran ni.




Bukit St.paul yang kami x sempat nak naik sebab kaki da pancit berjalan

penat memang penat berjalan tapi kalau nak ikutkan hati memang nak berjalan lagi tapi kaki dan badan dah penat la..

Terima kasih buat orang tampin

assalamualaikum w.b.t

Ribuan and jutaan penghargaan buat orang tampin kerana sudi tumpangkan saya bercuti dirumahnya selama 3 hari 2 malam.Sungguh percutian ini sangat menyeronokkan ditemani sahabat baikku yang tercinta..NUR AHLINA BT ABDUL AZIZ bersama keluarnganya. Walaupun perkenalan saya dengan keluarganya hanya sebentar tapi ia cukup terlekat di hati ini..thanx to Pn.Halimah, En.Abdul Aziz, Mina, Hakeem, wan serta kakak. Semasa berada kat rumah mereka saya x rasa boring pun malah cukup seronok jugak dengar cerita nenek Alin yang penuh manfaat ni. Apa yang dapat saya katakan tentang nenek alin ..die seorang yang tabah and kuat sebab walaupun dah berumur 87 tahun tapi die kelihatan kuat..nenek alin ni da biasa dipanggil ‘wan’ dikalangan cucunya..die mempunyai 32 cucu and 3 cicit..waaaaa bnyk tu.bersyukur lah die masih dikurniakan umur yang panjang oleh ALLAH and masih sempat nk tengok cucu and cicit membesar depan mata.. emm ni masenya saye nk tulis n letak gambar banyak2 kat dlam blog ni..jarang nk letak bnyk2 gambar mase percutian

First day
Mle2 sampai, mama alin dating ambik kat tampin n terus g keje.orang yang mule2 saya jumpa ialah nenek alin a.k.a ‘ wan’. Xde wat pape sgt hari tu sebab mama n ayah alin keje..so mase ni la time nk borak ngan nenek alin…tengok gambar2 alin n her family mase die kecik smpai la besar..x sangka alin ni sgt “cute” mase kecik..tapi skarang da makin ayu berbanding dlu yang kelihatn agak tomboy jgk alin ni.hehehe.jgn marah ye alin.adiknye mina tu plak mmg ske bergambar and sgt aktif..then kami pon cube la wat asgmnt linguistics tu skit2..just bace2 n discuss skit2. Mlm plak kononnya nk buat linguistics tapi tgh buat2 tetido la plak.huhu

Second day
Arini pergi A’Famosa resort..x jauh pon dari rumah Alin..lebih kurang 10 minit je..tapi Alin sendiri pon dah lama x pergi sana since die kecik lagi..mama alin selalu jgk cerita pasal dorang ni mase kecik..sesampainya kami disana..alamak..lpe bawak kamera la plak..aisehh..emm ad la orang terlupe bwk wlpn da di reminded kan oleh mama die.then blik smula ke rumah, nasib baik la dekat blh balik amik lagi. We decided to try archery and horse riding..



depan archery board




gaya daH ada..tepat ke??




wah..alin pon boleh tahan jugak memanah ni.




haha..tepat ke tu??

alin, mina n me


paintball??x main pon..pegang je.hehe

go kart..bestnye.



go kart lagi??



with mama alin n her sister



naik kuda memang syok



alin ckp galaxy x nk bagi die turun,ye ke?? ke alin yang x nk turun?haha



baiknye galaxy ni



me and galaxy




rupenya kuda ni lapar..sian die




inilah A'Famosa Resort kat mlaka..best..


rasenya stakat ni je la dlu saya cerita..nnt saya akan sambung lagi ye..bnyk lagi yang tempat menarik yang saya pergi.thanks to alin skali lagi sebab sudi ajak saya bercuti bersama kamu..huhu..it was an amazing holiday with you my dear.

CIKGU??? YE KE NI?

assalamualaikum..

Akhirnya sampai jugak saya ke kampong Dusun Tampin, negeri Sembilan. X ku sangka setelah hampir 8 tahun saya x menjejakkan kaki di negeri ini, kini kaki ini berjalan lagi kesini..perjalanan yang mengambil masa 8 jam untuk saya sampai ke Melaka ini sgt menyeronokkan lebih2 lagi pada waktu mlm..apa yang SERONOK nya??? Seronok untuk tidor la.. sebelum bas sampai kami sempat lepak kat kedai untuk minum2..

then tetiba je ada satu group pak cik ni tanye kami “ Dik, SPM dapat berapa?” kami pnye la terkejut and saling berpandangan.. “pakcik ni tanye ALin ke?”sebab pada masa itu saya duduk membelakangkan pakcik itu..saya punye la tergelak kat Alin..hak3..jangan marah ye LIN..rupenya pakcik tu sangka kami ni bdk lepasan SPM yang dtg nk amik result SPM. Alin pon buat pembetulan kat pakcik tu…” kami ni x amik SPM da pakcik..da xskolah da.kami blaja kat mktab perguruan.” Pakcik punye la terkejut plak bile kami ckp macam tu sebab die macam x percaya yang kami ni bakal jadi seorang pendidik di masa hadapa, iautu menjadi seorang GURU… pakcik tu mmg x percaya sebab tengok badan kami ni kecik aje.. “ pakcik igtkan adik tingkatan satu da tadi” sambil tergelak2..adoyai kesiannya kami ni..

Tapi igt tau walaupun kami ni kecik tapi tangan yang kecil ini mampu mengegar dunia tau…kecik bukan sebarang kecik tapi kecik yang ada bakat..ye ke??? Ada la jgk kelebihan sebab setiap orang mmg ada kelebihannya tersendiri. dalam perjalanan pergi ke sana saya duduk di seat sebelah Alin..emm seperti biasa la, bnyk cerita yang nk disembangkannya.almaklumlah perempuan katakan. .

March 12, 2009

Riang HATI??happy BESDAY to BONDA

penatnye bru abis class trus bukak blog..pe lagi,da rindu kat blog ni yang jarang di 'touch up' sebab keje len yang berlambak..arini da 12.3.09. tarikh ni sgt penting bagi saya sebab hari ni la diriku rase free untuk wat pape. before i forget..nk wish happy birthday to bonda ku yang tersayang... tapi jgn slah sangk plak, bonda ni just panggilan famous die kat mktab je..name sebenarnye WAN ZALEHA ZOLKAPLI bukan wan zaleha radzi ye. semoga panjang umo, dimurahkan rezki,success slalun diecepatkan jodoh..lagipon bonda da masuk umo 21 n da layak kawen tu...huhu.
satu lagi nape saya igt sgt tarikh ni n tertunggu2 kan ia sbb hari nk blik kampung. sape la yang x rindu kat kampung n jumpa org yang tersyang..btol x??...waaaaa da rindu banget ni kat deme2 kat sane.eh tapi ye ke blik kg or blik bandar..cuti kali saya x balik kelantan.sedih la plak,tapi apakan daya. xde org kat umah..finally, i decided to go back to KL.sebelum smpai KL, saya blik umah kawan dlu..si ahlina yang cute n comel ajak saya pergi umah die. ble lagi nk g umah die..klu bukan skrg..then plan nk blik melaka umah abang dulu baru la betul2 smpai ke destinasi yang dituju..kat WANGSAMAJU KL. bnyk btol perancangan tu...huhu. kt umah k.long da jadi macam perkampunagn kami la plak. rase x sbr plak nk blik n jumpa dorang smua.i'm gonna miss my frens when i'm at home especially kwan2 students PISMP..sbb dorang blik lambt dari kami for having SBE kat kampung..seminggu jugak la x jumpa dorang ye...i've to stop now coz i don't pack my things and goodies yet..tunggu la entry saya dalam mase percutian nnt ye..i'm gonna miss u guys.

March 08, 2009

Hati ini sedih dan terluka..

apa perasaan anda bila anda rase tertipu??mesti xpuas ati kan??
kali ni mmg x de mood nk update blog sbb skang ni masih busy ngan asgmnt yg berlambak2..tapi da makin berkurang bile da di anta...
bile hati ini mula berkata" aku tidak suka die dan tidak percaya die lagi" apa tindakan yg patut anda lakukan??
bila hati ini terlalu menyangi seorang sahabat dan die telah memusnahkan kepercayaan yang kite beri..apa yg patut anda rase??
marah??sedih??terluka??tertipu??sakit ati??ntahla mcm perasaan negative lagi yg muncul dlam diri ni..x tau apa yg patut dibuat>>
adakah saya patut membiarkan perkara itu berlalu begitu sja n memaafkan die wlpn hati ini telah terluka begitu lama??atau adakah saya yang terlalu emotional??
ya ALLAH bANTULAH aku..membawa hati duka lara ini..kuatkan aku ya allah..supaya persahabatan indah itu kan kembali lagi..