Pages

September 29, 2010

special



" saya special x bagi awak?" terdiam setika..apa mahu dijawab..gelabah.. " saya harap saya menjadi orang yang special tu bagi awak"....sambungnya lagi

ok..sangatlah tidak tahu nak respon kalau situasi macam ni berlaku..padahal dalam hati mahu saya menjerit. "ye awak special"..tapi x pe la..biarlah rahsia hati je yang tau..ok? ada banyak tugas lain lagi yang mahu aku fikir..ada banyak perkara lain lagi yang perlu aku fikir..

ok..rase sangat special bila dapat melihat bunga2 ini depan mata..tapi lagi rasa sangat special kalau ada orang sudi hadiahkan bunga tulip yang betul ni untuk saya...ahh perasannya..

jom layan gambar2 bunga kat wellington botanic garden during spring festival..

sakura

tulip kuning

tulip merah..

tulip purple..yang paling saya suka

dafodil putih

tulip merah species lain plak

sweetnya..warna die sgt lembut

ini x tau la name ape..tapi sgt comel

tulip putih

dafodil kuning..i'm in love with this ..

wahh..bestnya kalau saya boleh baring kat tengah2 tu

gambar2 ini di 'culik' dari album kay..senior maths kat sini..best la org ade kamera canggih ni..angan2 nak punya satu DSLR juga..saya sangat admire pada orang yang pandai ambik gambar..

September 27, 2010

reward =)

salam sayang semua


setelah penat berhempas pulas dengan dua assignments yang telah siap sedia disubmit tgh hari tadi..

mahu dapatkan reward untuk diri sendiri..

luv bee so much

spring festival 2010..



p/s:nnt cerita lagi bila semua gambar sudah dapat..luv tulips so much
terima kasih untuk HM yang sudi jadi photographer


September 21, 2010

masih raya


salam rindu khas buat pengunjung-pengunjung blog ini..mungkin ada yang tertanya kemana saya menghilang lebih dari sebulan dari berblogging, bukan niat mahu menghilang tapi menyepi buat sementara bagi ruang untuk diri menyelesaikan segala kekusutan dan kekalutan yang melanda diri. Harap maaf atas kelewatan mengupdate blog ini dek kerana krisis internet yang dihadapi sejak akhir-akhir ini. ditambah pula dengan kesibukan assignments dan tugas-tugas lain yang menghambat masa yang ada untuk berkongsi cerita disini.

kali ini, tuan punya blog zahir dan batin mahu mengucapkan selamat hari raya kepada semua dimana pun anda berada walaupun mungkin ucapan ini sudah lewat.it's better late than never right? jadi ampun maaf zahir dan batin jika ada tersalah kata, tersilap susun bicara yang mungkin boleh mengguris rasa. sungguh ramadhan dan syawal tahun ini memang membawa kelainan kerana inilah kali pertama beraya jauh dari family yang sebenar tapi alhamdulillah masih berpeluang beraya bersama kawan-kawan yang menjadi family baru saya disini..terima kasih buat mereka-mereka yang sudi berkongsi rasa sedih dan gembira bersama disini terutama kawan-kawan tesol IPSAH-VUW cohort 3.1. Tanpa mereka semua, suasana raya mungkin akan menjadi suram dan sedih bila terkenangkan keluarga nun jauh di malaysia.cerita bab raya nanti akan diupdate lagi sedikit demi sedikit kerana disini suasana raya masih ada disetiap hujung minggu..open house masih banyak lagi yang belum dihadiri..

raya pertama di HICOM

raya di kedua di waite-ata house

raya ke tiga di rumah datuk hassanudin..duta malaysia di NZ
spring lunch uni hall

open house cohort 3.1

minggu ini menjadi minggu yang agak sibuk bagi saya kerana hari isnin lepas baru habis open house cohort, ditambah pula dengan dua assignment yang bakal disubmit isnin depan. assignment kali ini memang sangat mencabar kerana ini adalah pertama kali saya perlu menjalankan research sendiri..bukan yang main-main copy paste orang lain punya kerja, tapi kena jalankan research sendiri..tolong doakan buat saya yea..

p/s: wajah baru Zahir & Batin berwarna pink..look nice..tapi saya bukanlah seorang yang suka colour pink..

September 05, 2010

ini message


kedengaran bunyi pintu tingkap diketuk-ketuk dengan sangat kuat, rasa gerun dan cuak hati aku bila mendengarnya, terus terbayang earthquake yang berlaku dekat christchurch 2 hari lepas. subhanallah, ini memang benar-benar message dari MU. semalam aku keluar rumah pada pukul 5.30 p.m untuk berbuka puasa denga kawan-kawan kat education house, sekali lagi memang aku terasa diuji. rasa mahu nangis je masa tu, tapi hati aku tetap berkata.."farieha..istighfar banyak2, sambil mulutku laju sahaja mengingatkan kawan-kawanku yang lain. sememangnya aku diterbangkan angin.badan terasa melayang-layang, nasib baik sempat berpaut pada sebatang tiang signboard. itu pun aku rasa sangat takut sebab tiang itu pun bergoyang-goyang.selepas itu, aku terus menjauhi tiang itu sedikit dan terus memeluk temanku yang juga tidak kuat untuk melangkah kedepan lagi..kami sama-sama ditentang arus angin yang sangat kuat sperti angin puting beliung gamaknya. kami gigihkan jugak untuk meneruskan perjalanan walaupun dah berkali-kali terfikir untuk berpatah balik ke rumah. tapi kalau kami berpatah balik pun , sama saja natijahnya, kami terpaksa berhadapan dengan bahaya jugak.
pada masa itu baru aku tersedar, rupanya aku sedang lari dari musibah yang Allah timpakan.sejauh mana pun aku mahu lari, angin itu akan tetap menrbangkan aku, jika itu adalah kehendak Allah.."ya Allah ampunkan aku andai aku menjadi hambaMU yang derhaka..ampunkan aku andai Kau mahu tarik nyawaku sekarang.." mulutku terkumat-kamit mengatakan sesuatu yang terlahir dari perasaan takut pada Yang Maha menjadikan sesuatu.
sungguh musibah ini adalah vibrate message dari Allah as our reminder..kalau kita hanya melihat musibah ini dengan mata kasar, dan menafsirkan ia sebagai bencana Alam, maka rugilah kita kerana tidak tahu membaca message yang Allah mahu sampaikan, cubalah kita baca message yang disampaikan itu dengan mata hati agar keimanan kita kepada Yang memberi message bertambah tinggi.

p/s: ramadhan dah nak habis, syawal pulak yang akan menjemput kita, tapi aku masih tak ade rasa nak raya pon sekarang ni..rasa tak mahu keluar dari sekolah tarbiyah ramadhan ini

August 30, 2010

kayangan

salam ramadhan..

perjalanan pengembaraan ke christchurch terpaksa menggunakan jalan udara disebabkan terpaksa merentasi laut yang membelahkan peta new zealand kepada dua -north dan south..dari airport wellington, seawal jam 8.20 pagi, kapal terbang meluncur laju terbang menuju ke udara..sepeti biasa aku sangat tak suka bila flight mula nak mendarat dan landing..bergegar rasa otak..mahu lemah jantung dibuatnya..tapi setelah naik dan terbang diatas..aku bahagia melihat pemandangan alam ciptaan Allah..sebab tu aku suka berjalan dan bermusafir..supaya musafir itu akan lebih menambahkan lagi imanku kepada pencipta Agung alam ini..

bila kapal terbang mula meninggalkan bumi wellington, aku seakan terasa berada dikayangan ibarat puteri raja plak..ahhh..perasan sendiri plak..aku terdiam dan terfikir sejenak..kalau aku dapat masuk syurga, tentu sahaja perasaan ini lagi best dari aku rasa berada kat kayangan kan?berada diatas awan melihatkan aku betapa kerdilnya aku sebagai hamba..sebelum aku terbang..aku melihat kapal itu terlalu besar..airport itu agak besar dan luas..bandar wellington itu kelihatan tinggi dengan bukit bukaunya..cantik luas terbentang..tetapi sebaik sahaja aku berada diatas..segala-galanya kelihatan kecil sahaja..malah aku sempat melihat kapal terbang lain yang mendarat lebih rendah dari kapal yang aku naiki..kelihatannya sangat kecil merentas awan..semua bandar serta seluruh isi bandar kelihatan seperti semut-semut kecil yang sedang bergerak..

dalam lamunan jauhku memikirkan situasi tadi, aku tersentak..hati kecilku berkata..kerdil kan manusia itu?
tapi manusia sentiasa alpa dan lupa bahawa mereka ini kerdil bila berhadapan dengan Yang Maha Besar..rupa-rupanya..semakin tinggi aku terbang ke atas..aku boleh melihat diri aku semakin kerdil dihadapan tuhan..kalau berada diatas udara yang dihiasi awan indah sahaja aku sudah tidak mampu melihat manusia lain yang berada dibawah..apatah lagi jika berada diatas langit tertinggi ilahi..apakah Allah masih mahu melihat aku yang kerdil dan tidak punya apa2 ini..tapi aku yakin pencipta aku selalu dekat denganku asalkan aku sentiasa meletakkan Dia dalam ruang rongga hatiku yang satu..
bandar canterbury

August 24, 2010

=))

salam sayang semua,

sedar x sedar dah masuk 14 ramadhan kat newzealand rupanya..maaf sudah jarang mengupdate blog..ade kekangan masa ditambah pula dengan tugas2 lain n kurang mood nak menulis..puasa tahun ni, aku berjalan lagi..kembara ke christchurh and insyaAllah akan ke dunedin plak ni..
seronok sangat kembara kali ini sebab ada sesuatu yang aku jumpa..ada sesuatu yang hati aku merasa kelainannya..
seminggu yang pertama aku puasa kat welly..seronok la jugak awal2 ramadahan bila semua masih excited dengan kedatangan bulan ramadhan.banyak kali jugak berbuka puasa kat rumah kawan2 and ade jugak berbuka kat rumah dengan housemate..start je cuti aku terus ke christchurch..best suasana ramadhan kat sini.memang terasa macam kat malaysia berbanding dok kat welly. everyday mesti ade berbuka puasa kat masjid or kalau x pon memang ade students malaysia yang buat berbuka puasa..pastu terawih plak memang terasa macam kat malaysia sebab ade satu masjid yang aku pergi ni..entahla x igt ape name die.mmg majoriti malaysian je kat situ.lagipun die punye owner pon malaysia..makanan berbuka x yah nak cakap la ..memang best kot.tapi x de la sama macam berbuka puasa bersama family kat malaysia.
x sabar plak nak upload gambar kat christchurh kat blog ni..memang lawa sangat tempat2 die..tunggu ye..ade masa nanti aku kembali semula..

August 15, 2010

Tragedi Puting Beliung Bazar Ramadhan




subhanallah..baru semalam aku dok bercakap pasal rindu nak pergi bazar ramadhan kat malaysia...pastu bila tengok berita pasal tragedi puting beliung bazar ramadhan ni..seram sejuk jugak aku dibuatnya..tragedi ni mengakibatkan 3 orang meninggal dunia dan 18 cedera..salam takziah buat keluarga dan al-fatihah buat arwah2..moga mereka semua tergolong dalam orang yang beriman...meninggal dibulan yang mulia..
tragedi ni memang memberi pengajaran keinsafan dekat kita semua yang masih hidup..mungkin kekadang kita tak perasan kesalahan dan kejahilan yang kita selalu buat bila pergi bazar ramadhan..lalu Allah mahu menegur hambaNYA untuk diambil pengajaran bagi orang yang mahu berfikir. untuk pembeli dibazar ramadhan, kadang2 tanpa kita sedar kita selalu membeli makanan ikut nafsu dan lepas buat pembaziran dengan membeli secara berlebih-lebihan..kepada peniaga plak..kekadang asyik sangat dengan jualan sehingga abaikan benda lain yang wajib..ada saja yang mungkin tidak solat kerana terlalu asyik berniaga dan memikir keuntungan sahaja..tapi maksud aku x dela semua orang macam tu..ade segelintir sahaja..tapi kerana segelintir umat manusia yang berbuat kesalahan dan kejahilan tu, Allah mahu tunjukkan kebesaranNYA dalam masa 4 minit sahaja angin puting beliung itu didatangkan dan menerbang khemah-khemah disitu, lalu meragut nyawa mereka..subhanallah maha suci Allah yang berkuasa atas segala sesuatu. Berita lanjut boleh klik kat sini..Allah kalau nak buat sesuatu dia x de delay2,kalau Dia dah kata kunfayakun tu..maka jadilah apa yang Dia nak buat..nak meninggal bila2 masa Allah boleh ambik nyawa..so kita pon x ley delay dalam kita nak buat amal, sebab kita x tahu bila ajal menjemput kita..entah esok entah lusa atau bila2 masa saja tanpa ada tangguhan barang sesaat..

Dan musibah apa pun yang menimpa kamu adalah kerana perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak dari kesalahan-kesalahanmu' Ash-Syura ayat 30.