Salam warahmatullahiwabarakatuh..
Alhamdulillah ini post pertama dari Wellington,walaupun lebih dua minggu sudah berada disini.tetapi disebabkan capaian internet tak dapat lagi digunakan buat masa ini kat rumah, lebih membuatkan aku rasa makin malas nak update. Namun aku harus juga menulis disini kerana aku merasakan mesti ada pengunjung yang dating menyinggah ke blog ini..ribuan kemaafan sekali aku pohon.
It’s like dreaming to be stepping here..itulah ayat yang dapat aku ungkapkan buat masa ini,tidak pernah terlintas dalam fikiran bahawa impian aku nak ke new Zealand menjadi kenyataan.sejak tingkatan 5,sewaktu aku n sahabat2 mendengar ceramah dari seorang senior(ukhti salwa salleh) yang menceritakan betapa indahnya bumi newzealand, terdetik juga dihati aku bahawa suatu hari aku mesti kesana..aku kagum dengan pengalaman kisahnya untuk mecari identiti diri sendiri..kalau tak silap aku dia pernah bilang yang dia juga pernah hanyut pada awal permulaan..excited lah katakan..namun alhamdulillah kemudian dia kembali mendapat hidayah Allah buat kali kedua di bumi yang orang katakan bukan bumi anbia’ seperti mesir,namun bumi mat salleh yang hanya minoriti sahaja jumlah penduduk islamnya.itulah tandanya hidayah Allah itu boleh datang kepada siapa sahaja hambaNYA yang meninginkannya..yang berusaha untuk mencari hidayah itu bukan hanya menunggu bagai bulan jatuh ke riba.tidak kira dimana kita berada, dengan siapa kita berada, hanya diri dan pemilik nyawa diri tersebut yang mengetahui apa yang dilaluinya..insan yang punya nyawa itu akan terus merancang corak kehidupannya,namun pemilik nyawa itu tahu apa yang terbaik untuknya..emm ayat aku makin berbelit bila tulis bahasa yang mungkin aku susah untuk difahamkan..
Dengan itu aku sedar, apa jua yang direncanakan oleh DIA itu adalah yang terbaik untuk aku,hikmah yang mungkin aku tidak dapat lihat dan mengerti sekarang mengapa aku dihantar ke bumi ini, akan terjawab bila tiba waktunya..aku pasti ada sesuatu yang terbaik menanti aku di depan, walau sehebat mana ujian yang aku akan lalui sepanjang pengembaraan di bumi Wellington ini, aku yakin Allah pasti mahukan yang terbaik untuk aku.semoga segala yang bakal aku hadapi akan lebih mematangkan aku dalam mengenal erti hidup untuk mencari ketuhanan itu..




4 cetusan rasa:
well done on your first post from welly, cik farieha :-)
good for you and i'm happy for you :)
InsyaAllah planning to go nz at the end of this year ^_^
i like the spirit within...
Post a Comment