Pages

April 06, 2010

Duhai hati...

salam warahmatullah..

Duhai hati….
Sukar benar engkau dikawal,
Sering meronta mahu dilepaskan,
Kadang dapat ditahan,
Tapi selalu engkau hilang pedoman.

Duhai hati….
Terlalu mudah engkau diperdayakan,
Perlahan dan juga diam,
Sedang jasadmu sering baik kelakuan,
Engkau sering diratah dan dibaham.

Duhai hati….
Selalu jasadmu di jalan kebenaran,
Rupanya engkau masih sesat tanpa pedoman,
Mengapa engkau harus begitu,
Bukankah engkau yang lebih utama?

Duhai hati….
Usahlah engkau dijangkiti,
Dengan penyakit bernama riya’,
Dengan virus bernama ujub,
Dengan kanser bernama sum’ah.

Duhai hati….
Ubatilah segara penyakitmu itu,
Dengan zikrullah mengingati Yang Esa,
Dengan doa harapan padaNya,
Dengan ikhlas sebagai jalan keluar.

Duhai hati….
Mahukah engkau membinasakan jasad?
Sedang jasad sujud rebah pada Pencipta,
Bersihkanlah dirimu dari segala penyakit dan jahiliyyah,
Biar yang tinggal hanyalah Tuhan..

(sesungguhnya amal yang paling utama adalah amal hati.. )




http://smalldeeds.wordpress.com/2009/05/11/duhai-hati/

6 cetusan rasa:

z.e.t.t.y said...

sedeyh la..

farieha said...

emm tu la..muhasabah diri balik..banyak lagha

Anonymous said...

moga kita terus diberi kkuatan....

Zimah Zaiwani said...

takutnya bila hati sudah sakit apatah lagi mati? na'udhubillah min dhalik.... sdkt perkongsian. imah prnh terbaca ttg beberapa jns penawar hati. tp, i'm terribly sorry, imah xbp igt sumenya. cm satu ni je yg lekat kat kpala. iaitu mengingati mati. bg imah, mengingati mati adalah penawar yg sgt berkesan utk mengubat hati yg sdg tenat kesakitan, krn ia mmpu membuatkan seorg hamba lbh mndktkan diri kpd Penciptanya.

sm2lah kita mengingati mati.

p/s: imah sayang akak!

farieha said...

thanx for the tip..btol..bile igt mati..hati terus rasa mahu hidup sebagai muslim yg mukmin..

akak pon sayang imah jugak..sayang sangat2..

Anonymous said...

salam, kak ieha. ni tina, nk mintak izin ciplak sajak psl hati ni boleh?