Pages

December 30, 2009

100 % nyawa kamu

salam

dari syok.org..

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan, menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.

Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat
kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."

"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu.

Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai...
Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan..

"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu.
"Hampir semur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.
"Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi.
"Ya".
"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu.

Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?"
Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.
"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu."
Kata Professor itu lagi,
"Kamu tahu biologi?"
Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

"Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya..
Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.
"Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya diam.



Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya,
"Kamu tahu berenang?"
Professor itu menggelengkan kepala.

"Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.

p/s: makanya..janganlah kita memperkecilkan orang yang kelihatan tiada punya ape2 kerana dia mungkin punya apa yang kita tak punya..setiap insan itu diberi kelebihan yang berbeza2..indah sungguh ciptaan Allah itu

December 24, 2009

Panggilan palsu yang hangit !!!

salam w.b.t


tengah berkumpul ramai2 bersama adik beradik and anak saudara, tetiba handset si ayah berbunyi( ringtone nokia)

si ayah: helllo..assalamualaikum
helllolloooo22222...sape ni??bakpo x se kecek plok oghe ni..haihh..(sambil mebebel)
si pemanggil: gagagagaa
si ayah: hello2..nk kecek ngan sapo?? Sapo ni???
Si pemanggil: gagagaggaa( sambil di belakang diiringi suara bising-bising.
Si ayah: eh kenapa bunyi gagaga..kehairanan sekejap. Kenapa bunyi bising same macam kami2 yang tengah bercakap..si ayah mencari sambil melihat anaknya yang berlari-lari bawak telefon
Si pemanggil: gagaga..hahahahah(sambil gelak2 dan senyum ketawa)

Haaaaaa…

Ini dia ….


Pemanggil sudah detected

Rupanya si kecil ini yang membuat panggilan palsu pada ayahnya..kami tergelak.like his father being fooled by his own son. Aduihhh..abah sudah terkena la adik..( abah peluk2 adik)

Telefon adik aku yang tak dikunci dikebas oleh si kecil ini dan mebuat panggilan palsu kepada abahnya..nasib baik “ tercall” abahnya.. kalau tidak..mahunya habis credit telefon adik aku.

Aku pun sudah banyak kali terkena panggilan palsu dari mereka ini..ada 3 hero kesayangku..ayis, faez n mukhlis..

Emm habis la credit mak and ayah dorang gara2 nak main “hello-hello” punye pasal
aku percaya korang pun mesti pernah terkena panggilan palsu dari budak2 kecil macm ni kan..aishhhhh..macam terkena panggilan hangit dalam hot fm...

December 20, 2009

JANGAN HINA !!!

salam w.b.t

Sekarang saya suka search google image..tengok gambar pelik2 ..bukan pelik2 yang x elok tau..something yang saya rasa amazing dan takjub buatku..subhanallah itu semua ciptaan Allah..baik ke buruk ke semuanya makhluk tuhan. Semalam tengah searching pictures kat internet bnyk gambar yang saya jumpa gambar baby.

Entah tetiba rasa suke kat baby, ye la sekarang hidup saya dipenuhi hari2 ceria bersama kanak2 riang kat rumah…tanpa mereka kat rumah mahunya keboringan yang amat sangat duk kat rumah ni..

Terima kasih pak cik google atas gambar2 ini..



cuba lihat bayi ni..berkepala dua berbadan satu

yang ni pulak berkaki empat dan bertangan pun empat..cuba anda lihat betol2 dua lagi tangan die kat bawah

mashaallah,,subahanallah..kuasa tuhan ape pon boleh jadi



yang ni saya rasa gambar edit je..tapi cuba anda bayangkan kalau bayi seperti ini wujud..ape penerimaan masyarakat terhadapnya??



yang ni plak kecil sangat2..teringat pulak time saya kecil2 dulu, dilahirkan kecil dan ringan jugak..mak cakap kami semua 6 beradik perempuan semuanya lahir 7 bulan..lahir tak cukup bulan. tak sabar nak tengok dunia kot.tapi alhamdulillah kami semua lahir dengan selamat dan membesar cukup sifat...yang paling ngeri saya dengar kakak saya yang ke -6 (k,yana)mase die lahir beratnye cuma 1 kg, itupon dah ditimbang sekali dengan kain..maknanya berat die tak sampai sekilo pon..kalau angkat gula sekilo tu sebelah tangan je..aisehhhh..tapi sekarang sudah membesar dan menjadi gadis yang jelita..auwwwww..

daripada semua gambar2 diatas, bayangkan sekiranya anda yang dilahirkan sebegitu rupa, ape perasaan anda?ataupun jika bukan anda anak atau kakak, adik atau abang atau saudara mara terdekat anda yang berkeadaaan seperti itu..ape reaksi anda??bersyukur??atau
rase nk sembunyikan je??atau buang??
tidak pelik kalau kes buang itu berlaku kerana dunia sekarang makin kejam, sehingga insan2 istimewa yang sepatutnya terbela namun di singkirkan..betapa sedihnya perasaan mereka seandainya mereka dapata meluahkan apa yang mereka rasa..jangan HINA saya, jangan SINGKIR saya..saya perlukan kasih dan simpati kalian
namun saya percaya anda pengunjung2 blog ini terutama yang muslim pasti akan punya rasa simpati dan belas kasihan..setidak-tidaknya atas nama kemanusiaan..

December 19, 2009

Asif...

salam w.bt.

HATI INI TELAH BERSATU,
BERSATU MENDUKUNG BEBAN DAKWAHMU,

HATI INI TELAH MENGIKAT SETIA,
UNTUK MENDAULAT,
UNTUK MENDOKONG,
SYARIATMU DI ALAM MAYA, MAKA YA ALLAH,
ERATKANLAH.. IKATAN YANG ADA,
MAKA YA ALLAH,
ERATKANLAH...
IKATAN YANG ADA...

meh kite hayati same2 doa ni.
kat skola lame dulu slalu bace doa ni lepas solat ramai2.
kesannye boleh rase..mantop!!
rase rapat ngn kakak2,kawan2..


sahabat sehati sejiwa..duni akhirat..ika,ieha,tieha


opss lupe, pertamanya asif jiddan..maaf banyak kerana sudah membiarkan blog ini bersawang walaupun ia masih dikujungi, bukan kerana sibuk tapi kerana ketiadaan mood untuk berblogging, asyik dengan facebook je memanjang.suke baca and tengok perkembangan orang tapi blog sendiri malas plak nak update..
sementara bosan duk kat rumah cuti lama ni, ada la jugak saya baca kisah2 yang boleh dijadikan panduan..smoga ia membawa sesuatu yang bermakna untuk kalian juga


pada 1 ari,apabila nabi mendatangi masjid tuk mendirikan solat,
beliau terlihat beberapa sahabat sdg ketawa,..

"kalau kamu mengingati mati,sudah tentu ak tidak akan mendapati kamu dlm keadaan begitu..
pada setiap kamu hidup,kamu mesti mengingati mati..setiap wak2 tanah perkuburan memekek mengatakan

:'aku ini merupakan semak samun.aku ini dipenuhi debu.aku ini penuh dengan serangga'.Apabila seorang mukmin dikebumikan ke dalamnyer,bumi berkata'aku ucapkan selamat datang kepadamu.di antara manusia yg bertebaran di atas muka bumi ini,engkaulah yg plg ak sukai.skrg,lihatlah bgmn ak menghiburkan hatimu..??

then,bumi membesar sejauh mata memandang.sebuah pintu syurga terbuka di hadapannye.tetapi,bila seorg jahat dimasukkan ke dlmnye,bumi berkata'tiada kata2 aluan untukmu..kemudian,ia dihimpit oleh bumi sehingga tulang2 rusuknya bertikam tikaman..aduh!!arg!!mak,ayah.nnk,minah!!tolang!!....sorry..xder gunanya..then,7 ekor ular memagutnya sehingga hari kiamat..ular2 ini terlalu berbisase hingga jikalau seekor pun menyemburkan bisanya ke bumi,sehelai rumput pon tidak akan tumbuh..nauzubillah..sungguh dahsyat sekali..kemudian,nabi berkata,

'kubur boleh merupakan syurga @neraka..'sifat takut pada Allah ptt ada pada setiap owg yg beriman..kerana jika dipupuk dan disuburkan dapat memupuk sifat mengingati mati..

bila sebut pasal takutkan Allah, adakah perasaan itu benar2 wujud dalam diri kita?..kita yang saya tujukan disini ialah muslim..muslim yang juga seorang mukmin. almaklumlah nak dijadikan cerita, sekarang ni kan memang banyak betul cerita-cerita hantu yang keluar dekat TV mahupun cinema..Santau la, cucu betong la, ntah macam2 lagi .asyik2 ade je hantu, jembalang dan setan yang menjadi watak untuk menarik minat kite tengok cerita tersebut. kalau tengok cerita2 hantu ni mesti ade je yang terpekik,terjerit, tersembunyi dalama selimut ataupon paling buat cool kenyit2 mata sedikit, konon macam tengok padahal mata pejam..silap2 ade yang terbasah kat tempat tu pon ada.teringat pulak zaman kecik2ku..memang kalau tengok cerita hantu memang dalam selimut la jawabnye,lepas tu nak pergi tandas memang kena berteman.

Namun terkadang saya rasa pelik kenapa itu yang tertanam didalam jiwa dan minda saya sewaktu kecil, kalau hantu....mak takot!!!....kenapa saya tidak rasa.... "hantu???ape nak takut Allah itu ada"..mak selalu jugak berpesan macam tu sewaktu kecil, tapi dah perasaan takut tu kuat sangat mane nk lepas dari duk bertempek je kat mak kalau dah ade yang usik pasal hantu..
sehingga sekarang pun saya masih ragu2, kalau hantu betol2 datang dekat dan wujud depan mata, adakah saya akan rasa takut pada hantu lagi??ntah la, bile dah besar ni x berapa takut sangat tapi kecut sikit tu ada la...adakah perasaaan itu x patot ade??adakah itu pengecut??
tidak!! saya tidak mahu menjadi begitu kerana saya ada Allah..die lebih saya takutkan berbanding hantu yang juga makhluk Allah.

November 06, 2009

Dialog hati



Semalam tidur lambat..lebih kurang jam 2 pagi baru mata terlelap..tetiba terjaga dari lena mimpi yang buat aku terkejut ..subhanallah..masyaallah..tetiba rasa hati berdegup kencang..melihat kepada roommateku yang sedang lena dibuai mimpi, aku melihat jam ditangan baru menunjukkan pukul 4.30 pagi. kenapa ni?? Aku merasakan ada sesuatu yang tidak lengkap dalam hidup..jiwa rasa kosong..

Mula-mula jasad kecil yang sempurna dikurniakan ALLAh ini rase malas untuk bangkit dari tilam yang empuk..namun die harus kuatkan hati dan dirinya untuk bangun juga..
Hati dan nurani mungkin perlukan makanannya kot..jadi aku cuba beri rohaniku makanan jiwa yang mebuatkan die rase lebih tenang..disaat tikar sejadah itu dicium dan dahiku tunduk sujud tanda syukur kepada DIA..boleh plak aku seolah-olah bermonolog dengan diriku sendiri..seolah-olah jasad bercakap dengan rohnya..

“Apa yang engkau mahukan wahai hati??”..entahlah kekadang aku sendiri rase keliru dengan apa yang aku mahu sekarang ini.. “kenapa jiwa kosong??”..sebab tak ade kekasih hati macam kawan-kawan yang lain ke??

Hatiku berkata lagi..”oh.. tidak, aku tak perlukan cinta seorang lelaki ajanabi buat masa ini..”. “aku perlukan cinta yang lebih hebat untuk menemui cinta agung..”
“kau x sedih dan menyesal ke sebab telah meninggalkan cinta seorang lelaki yang sangat kau sayang?” Emm ini persoalan yang susah untuk aku jawab..ya ,sedih itu hanya tuhan saja yang tahu bila aku ingin mengatakan aku tidak ingin bercinta lagi dengan “si dia” dan hanya ingin berkawan dan mengaggap seperti keluarha,tapi aku tidak pernah rasa menyesal walau sedikitpun meninggalkan cinta monyet yang tidak mebawa apa-apa makna padaku..alhamdulillah semua itu telah berlalu dan aku masih boleh menjadi sahabat kepada si dia..aku rasa itu lebih baik untuk kami. Kau bukan tidak mahu kerana hatiku dipunyai orang lain..tetapi mungkin hatiku dijaga DIA untuk mendidik dan mentarbiyah diri.

Aku teringat ada satu MMS yang dihantar oleh adik “si dia” kepadaku..mesej ini disertai dengan gambar wanita yang berniqab diiringi lagu ayat-ayat cinta:

Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh allah, tidak sedikit pun allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya..kerana Allah teramat mencintanya..tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki…dimana Allah untuk menjaga kita?Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita. Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri kita supaya meninggalkancinta seorang lelaki , bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNYA…mengapa masih ragu2? “kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari.hargailah atas kesempatan yang allah berikan” .. “sebesar2 dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rase berdosa melakukannya”.al-imam ghazali




Uktiku,
aku bangga melihatmu menderita dalam perjuangandari melihatmu gembira dalam kelalaian
Ukhtiku,
aku bangga medengar tangisanmu kerana pengorbanan..dari mellihat tawamu dalam pengkhianatan.
Aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran..dari dalam hidup kesesatan kerana jangan lupa ukhtiku
Muliamu bukan pada pangkat dan harta tapi kerana ISLAM

P/s: semoga hati cik Faryha Lala jumpa cinta dia yang sebenar dan hakiki..semoga die diketemukan dengan orang yang boleh membimbing die ke jalan menuju TUHAN..amin..perancangan tuhan itu siapa yang tahu.

November 04, 2009

2 perkara..

salam w.b.t

"jadikanlah dirimu seperti sepohon kayu yang hijau daunnya serta rimbun yang mampu memberi teduh serta manfaat kepada orang lain...dan jangan jadi pohon kering yang daunnya kemerahan dan berguguran serta ranting dan dahan yang sudah pun mereput"

Ustaz Sobri dengan wajah yang penuh keayahan dan kebapaannya memberi nasihat kepada kami semua. Disaat dia berceramah siang tadi di dewan kuliah, aku seolah-olah merasa rindu akan sesuatu...sesuatu yang dah lama aku tercari-cari,iaitu pengisian jiwa dan rohani yang aku rasa semakin tandus kepada ilmu agama dan peringatan.Ceramah itu tadi mungkin tidak membawa penuh makna pada semua pelajar TESOL yang mendengarnya...bagi telinga yang mahu mendengar, meraka akan dengar, bagi mata yang mahu melihat, mereka akan lihat, namun yang paling penting bagi aku adalah hati yang menerima saja yang akan terkesan dengan sesuatu yang didengar dan dilihatnya.

2 perkara yang perlu diingat

-apabila menerima kebaikan samada dari sesama manusia ataupn kebaikan itu dari tuhan

- ingat pada kejahatan atau keburukan yang diri kita sendiri lakukan.

ustaz pesan..kita mesti sentiasa ingat dua perkara diatas agar kita menjadi orang yang bersyukur dan berterima kasih dan juga sentiasa memohon kemaafaan diatas kekhilafan yang dilakukan..

2 perkara yang perlu dilupa

- apabila berbuat kebaikan

-apabila orang berbuat jahat kepada kita

ustaz pesan..kita mesti buat-buat lupa dua perkara di atas untuk mengelakkan dari kita mengungkit atau berkira dengan kebaikan yang telah kita lakukan dan juga lupa pada kejahatan yang orang lakukan kepada kita untuk mengelakkan sifat hasad dengki dan dendam terus membara dalam diri..

berbalik kepada perkara-perkara yang menjadi pesanan ustaz kepada kami tadi..aku merasakan memang hal tersebut ada betulnya, tetapi dalam realiti jarang untuk kita jumpa perkara tersebut berlaku malahan ianya kelihatan terbalik dengan amalan kita pada hari ini.

Lupa pada kebaikan???? emm aku rasa, sekali buat baik je pon kita dah berkira dengan orang tu kalau pon pernah buat kebaikan itu sikit je..padahal yang sepatutnya kalau tangan kanan kita yang menderma tangan kiri pon tidak tahu.ini tidak, kalau nak beri derma kat rumah anak yatim ke..cek punya la besar gedabak siap ada liputan dalam media lagi pasal ni.."datuk ****???? bagi derma kepada orang miskin sejuta ringgit."
adoihhhhh, itulah trend zaman sekarang.

Lupa pada kejahatan oarang pada kita?? yang ni lah yang paling susah sekali nak buat.. even aku sendiri pon akui aka hal ni..emm skali orang sakitakan hati, orang tikam kita dari belakang atau mengumpat segala bagai, kalau kita tahu akan hal tu..ak rasa tobat korang semua kan marah and susah untuk lupa and maaafkan..maafkan tu boleh trima lagi, tapi untuk lupa kejahatan die and ingat balik orang tu punye kebaikan memang sangat susah. namun segala mana kita yakin akan ganjaran Allah terutama bagi hamba-hambaNYA yang bersabar, kita pasti akan berasa tenang dan berlapang dada akan ujian yang Allah beri pada kita.

Entry ni ditulis bukan untuk sesaja tetapi sebagai peringatan untuk diri..lepas ni faryha akan cuba amalkan apa pesanan ustaz untuk menjadi muslim yang lebih baik yang bangga dengan jati dirinya sebagai seorang islam yang mukmin..faryha wanted to be a muslim a teacher to be not a teacher to be a muslim.. semoga medan pendidikan yang daku ceburi ini mejadi platform untuk aku meneruskan dakwah memartabatkan islam melalui pendidikannya...islam yang pernah suatu masa ulung dengan pendidikannya akan terus berkembang pesat...faryha akan menjadi salah seorang penyumbang kepada islam dalam bidang pendidikan dengan kepakaran bahasa inggeris..being an english teacher doesn't mean that i am going to be a western english teacher but i am going to be a muslim english teacher who teaches her children to be better.

setiap orang ada orang ada harapan dan orang yang memebri harapan untuk kita terus berharap...Allah itu sumber utama untuk aku terus berharap dalam menghadapi ujian kehidupan ini..

October 20, 2009

CINTA datang lagi



kalau semalam aku masih mampu berseronok2..bermain huhahuhahuhuha..
namun disaaat aku bangun pagi ini, airmataku menitis..
terkedu dan terkilan sekejap..
mengenangkan perubahan dan nasib diri dikemudian hari..
mampukah aku untuk menghadapinya???
kuatkah aku untuk terus berpegang dan bertahan supaya lebih dekat denganNYA..

lalu..air yang disiram ke anggota wuduk itu membuatkan aku kembali tenang
dahi yang sujud ke tikar sejadah terus menenggelamkan aku dalam cintaNYA..
'berdating' dipagi yang hening
tiada siapa yang nampak kecuali aku dan DIA
wah..betapa romantis dan manisnya saat itu
namun ia hanya dapat dirasai oleh orang yang diberi nikmat itu..

aku bukanlah superman..
aku juga bisa nangis..
jika kekasih hatiku..
pergi meninggalkan aku..

aku terus mendampingiMU untuk mendapatkan Cinta itu..
aku tidak akan biar kekasih hatiku pergi lagi dan buat diriku menangis dek jahil dan keruhnya hubunganku denganMU
semoga segalanya akan terus tersemat jauh dilubuk qalbu yang bernama HATI..