Pages

June 20, 2010

hati dan mata dia sudah butakah????


Nazri sokong lesen judi Piala Dunia, Tsu Koon setuju tangguh

KUALA LUMPUR 19 Jun - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, langkah kerajaan memberikan lesen menjalankan perniagaan perjudian kepada Ascott Sports Sdn. Bhd. adalah bagi menghormati hak masyarakat bukan Islam di negara ini.

Katanya, ini kerana kerajaan perlu mengambil kira kepentingan semua pihak dan bukannya masyarakat beragama Islam sahaja kerana amalan bertaruh merupakan sebahagian daripada cara hidup bagi sesetengah masyarakat bukan Islam.

"Jangan semua undang-undang berdasarkan keperluan orang Islam sahaja," katanya dipetik daripada laporan portal propembangkang, The Malaysian Insider hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini memberitahu pemberian lesen itu masih belum dimuktamadkan dan mengalu-alukan pendapat semua pihak mengenai perkara tersebut.

Bagaimanapun, seorang lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dalam satu sidang akhbar di sini hari ini pula memberitahu, keputusan kerajaan menangguhkan pemberian lesen judi itu amat dialu-alukan.

Beliau yang juga Presiden Gerakan menjelaskan, pemberian lesen judi akan hanya menambahkan ruang buat masyarakat terlibat dalam aktiviti pertaruhan.

Katanya, kegiatan berjudi boleh mendatangkan kesusahan hidup kepada sesiapa yang terlibat termasuk masalah moral dan sosial.

"Selama ini, Gerakan mengambil pendirian menentang (aktiviti) promosi pertaruhan dan perjudian kerana kita adalah para penganut agama-agama terhebat di dunia," katanya.

sumber:utusan 20 june 2010


bila baca artikel kat dalam utusan..aku terus menjadi marah..dunia sudah terbalik..mengaku malaysia negara islam tapi hukum undang-undang x nk smua berdasarkan islam..yang orang cina plak sokong judi tu haram..memang plik..fitnah dajjal itu sudah sampai sehingga mata dan hati umat islam menjadi buta tidak dapat memebezakan yang mana yang hak dan yang mana batil..

kerana satu permainan..apa sudah jadi pada mereka??


salam w.b.t

sambil membaca berita pagi ini di utusan malaysia online, tersentak sebentar dengan dua kisah yang berlaku di dua negara yang berlainan..satu di malaysia dan satu lagi di bangladesh,tapi kisah ini disatukan kejadiannya kerana satu event..seolah-olah semua peminat fanatik event ini seperti disatukan dalam satu akidah..akidah dan kepercayaan bahawa pertandingan bola piala dunia (FIFA WORLDCUP) itu menjadi satu kemestian yang harus diambil manfaat dengan menyumbangkan masa,tenaga dan juga wang ringgit..
mereka sanggup membelanjakan duit berjuta-juta yang bernilai RM15.1 juta mempertaruhkan nasib demi event yang tercinta dan dianggap sebagai agung....(klik link pada tajuk untuk baca berita selanjutnya)



mereka juga sanggup bergaduh sehingga ada yang cedera ketika membuat demo supaya universiti di 'extend'kan tarikh cutinya semata-mata mahu menonton bola sepak piala dunia..



*********************************************************************************************************************************************************
melihat kepada paparan dua tajuk berita ini, apa yang terpapar diminda saudara dan saudari sekalian??
mereka sanggup sumbangkan duit berjuta-juta demi piala dunia
mereka sanggup korban tenaga bergaduh-gaduh demi piala dunia
mereka sanggup korbankan masa untuk berjaga tiap-tiap malam
mereka sanggup berdemam-demam demi piala dunia
mereka juga sanggup mengabaikan tanggungjawab pada anak dan isteri
mereka sanggup tinggalkan solat subuh(bagi yg muslim) kerana penat berjaga malam mahu lihat bola
mereka sanggup berbuat apa sahaja demi apa yang mereka cinta..
mereka juga snggup melakukan banyak lagi perkara diluar jangkaan kerana piala dunia ini
kenapa mereka sanggup buat semua ini??? padahal piala dunia bukan menjadi milik mereka sekalipun
mereka sanggup menghabiskan suara menjerit-jerit didepan TV dirumah mahupun kedai mamak, padahal bukan mereka pun yang menyumbangkan gol,
entah berapa banyak perkara lagi yang sanggup dikorbankan demi satu perasaaan yang dipanggil KEPUASAN
apa kepuasan yang mereka dapat, aku pun tak pasti..
tapi apa yang aku pasti,
mereka-mereka ini sudah bazirkan masa,tenaga dan wang ringgit demi event yang dianggup agung yg julung kali diakan selama 4 tahun sekali ini..

bagi muslim yang sanggup melakukan perkara-perkara yang disebut diatas..tidakkkah anda sedar bahawa kita semua(muslim united)masih banyak tanggungjawab yang tidak tertunai???
pembebasan AL-AQSA siapa yang mahu ambil tanggungjwab itu??
kemenangan ISLAM, siapa yang mahu menyahut cabaran itu??
masa yang ada untuk berjaga malam menonton bola..alangkah bagus jika digunakan untuk mengerjakan tahajud..digunakan untuk berfikir masalah umah sendiri bagaimana mahu selesaikannya..
tenaga yang digunakan untuk bersorak-sorak2 dan bergaduh-gaduh kerana bola..alangkah bagusnya jika ia digunakan untuk terus mengajak sahabat semuslim untuk terus mempraktikkan cara hiudp islam yang sempurna
dan wang yang dilaburkan dan dibazirkan untuk pertaruhan atau dibazirkan utuk membeli jersey2 bola yang mahal-mahal demi pasukan bola kesayangan..alangkah bagusnya jika duit itu digunakan kejalan Allah..diberikan kepada yang memerlukan..rakyat palestin, gaza..sangat memerlukan bantuan itu semua..

namun cuba kita fikir kembali, masa, tenaga dan wang ringgit yang sudah kita gunakan..adakah ianya diredhai oleh Yang punya masa, tenaga dan rezki wang ringgit itu sendiri??apa mahu kita jawab bila dihisab nanti ?? anda mahu jawab ; saya guna masa untuk berjaga malam tengok bola, guna tenaga untuk sorak-sorak dan gaduh-gaduh pasal bola dan guna duit untuk pertaruhan bola??

bukankah itu semua satu pembaziran masa,tenaga dan wang namanya??
piala inikah atau pahala yang menggunung tinggi mahu dujulang buat mereka-mereka yang yakin dengan janji Allah??

p/s: kepada peminta fanatik bola,maaf andai penulisan ini membuat anda marah..jangan cepat melenting tapi cuba renung-renungkan dahulu apa yang telah kita lakukan..adakah ia menjurus kepada perbuatan berfaedah yang memberi pahala atau boleh menyumbang kepada dosa??fikir-fikirkanlah..

manusia dan kucing..(tuan vs hamba)

salam..

mahu kongsi satu kisah antara kucing dan manusia..jom baca and fikir-fikirkan sejenak

Telah datang seorang ahli sufi di hadapan rumah seorang lelaki. Ahli sufi itu terkejut apabila mendapati lelaki itu sedang memukul seekor kucing. Ahli sufi bertanya kepada lelaki tersebut "kenapa kamu pukul kucing yg lemah ini??"

Jawab lelaki tersebut "aku telah menjumpainya di sebuah lorong ketika ia dalam keadaan yg tersangat lemah dan kesejukan, kemudian aku mengambilnya dan memberinya makanan serta minuman. Aku pelihara sehingga ia benar-benar sihat, tetapi apabila sihat, ia membuang najis di merata tempat di rumahku"

Kemudian berkatalah ahli sufi "Ini sebenarnya peringatan & tamsilan antara kita dgn Allah. Dia telah memelihara kita sejak dari kecil yang tersangat lemah dan dhaif, lalu Allah beri kita makan , pakaian dan segala-galanya tetapi setelah begitu banyak kebaikan dan nikmat Allah yg kita kecapi, kita derhaka kepadaNYA. Lihatlah betapa baiknya dan rahmatnya Allah, walaupun kita derhaka kepadaNYA, Dia masih belum menyiksa atau memukul kita dengan azabNYA."

Kemudian beredarlah ahli sufi dan beristighfarlah lelaki tersebut kerana mengenangkan dosa-dosanya terhadap Allah. Jika ia lambat diperingatkan oleh ahli sufi itu, sudah tentu dipertanggungjawabkan atas kesalahannya di mahkamah Allah kelak kerana percubaan mendera kucingnya.

renunglah diri kita.. berapa banyak kah kita sudah membuang "najis" di bumiNya ?..
mari lah kita sama-sama bermuhasabah dan menginsafi diri kita serta mensyukuri segala nikmat pemberianNya..

June 19, 2010

Sang suria menyinar lagi..

salam..

pagi ini pukul 5 pagi sudah terjaga dan sangat seronok bila dapat lihat sang suria yang muncul dan menyinari hari ini..terasa kagum dan terpana melihat keindahan alam yang subhanallah maha suci Allah sungguh indah..farieha memang suka sunrise sebab itu katil dan meja studynya menghadap tingkap supaya tiap2 pagi dia boleh buka tingkap dan menjenguk sunrise yang muncul..(terasa sangat comel bila bangun je dari tidur dan terus menyelak langsir untuk mencari sang suria)..farieha suka sunrise kerana dia merasakan ada satu harapan baru yang muncul dalam hidupnya untuk dia terus mengorak langkah dalam menuntut ilmu dan menambah amal dalam hari-hari yang dilaluinya..

terkadang dia juga takut pada waktu senja..kerna dia merasakan umurnya berlalu begitu pantas..sehingga hari-hari yang dilaluinya terasa begitu pendek..apatah lagi usianya kini sudah hampir menjangkau 21 tahun..farieha sangat risau andai jantungnya tiba-tiba berhenti berdegup tanpa dia sempat menebus semua dosa.mahu dosa kecil atau dosa besar, mahu pun secara sedar atau sambil leka dia melakukan dosa itu. tetapi waktu senja ini juga menjadi kesukaannya walaupun takut kerna waktu senja diibaratkan seperti penghujung hari bila kegelapan malam mula memayungi kepekatan hitam malam..dan dia terasa seperti kematian itu sangat dekat dengannya..bila senja mula berlabuh farieha risau apakah dia dapat lagi melihat sang suria menyinar menyimbah bumi dipagi esok..dan senja itu juga mungkin menjadi senja terakhir buatnya..senja menjadi peringatan kepada mati buatnya..

namun dia sentiasa berharap agar sang suria akan terus menyinari hidupnya dengan penuh izzahNYA..moga dia akan terus dan terus dan terus berusaha mencari ilmu untuk mengenal pencipta sang suria dan pencipta sang senja dengan lebih dekat lagi..dekat dengan dirinya sehingga bila nama pencipta sang suria itu disebut, hatinya akan terus bergetar dan kehadiran Sang pencipta suria semakin terasa dalam setiap aliran dalam tubuhnya..

sungguh cantik sang suria menyinar kan??namun tiada tandingannya dengan pencipta sang suria yang lebih Agung..

p/s:nnt farieha upload gambar sunrise yang kelihatan dari tingkap biliknya bila ade kesempatan lagi ye..

June 16, 2010

si comel penyejuk hati


Darwisya Adriana Rozali, 3 tahun dan Darwish Adrian, 2 tahun
mungkin hanya kanak-kanak biasa seperti anak-anak atau adik-adik kita ..
Mungkin ibubabapa mereka jua biasa-biasa macam ibubapa kita juga..
Namun, di kala anak-anak galak menghafaz nursery rhymes,
mereka berdua 'bercinta' dengan kalamullah..
Di saat anak-anak kita menyanyi lagu-lagu popular,
mereka berdua bergelumang menghafaz ayat-ayat cinta Ilahi..
Itulah bezanya..
Sejuk mata melihat, sejuk hati memandang..
Mungkin tercetus keinginan mendidik anak-anak seperti mereka dididik..
Klik sini untuk baca pengalaman ibubapa mereka..
Selamat mencuba..masih belum terlambat..

Rasulullah SAW pernah bersabda (yng ertinya):

Didiklah anak-anakmu dengan tiga perkara: mencintai Nabimu; mencintai ahlul baitnya; dan membaca al-Quran kerana orang-orang yang memelihara al-Quran itu berada dalam lindungan singahsana Allah pada hari ketika tidak ada perlindungan selain daripada perlindungan-Nya; mereka beserta para nabi-Nya dan orang-orang suci. (HR ath-Thabrani).

p/s: jumpa artikel ni kat blog ummuammar..bestnye dapat anak2 comel macam ni yang didik menjadi huffaz sejak dari kecil..alangkah bertuahnya ibubapa yang punya anak macam ni

D untuk....

salam pagi kepada yang berada di NZ, salam malam kepada yang berada di UK dan Egpyt,
sungguh indah kan ciptaan Allah, separuh bumi dijadikanNYA berada dalam kecerahan sinaran matahari, separuh bumi lagi di berikan kecerahan dalam kegelapan bersama sinaran rembulan yang mat cantik..subhanallah(mari kita uji Allah, dapat pahala tu)

pagi tadi terbaca status ustazah sumaiyyah KISAS..mohon izin copy disini ye ustazah
"Ketika seekor kambing rakyatnya mati, Sayidina Umar me¬nangis kerana merasakan kematian itu berpunca dari kesa¬lahan¬nya. Dia berkata :“Sekiranya nanti (di Akhirat), di umumkan semua orang masuk Syurga kecuali seorang, maka aku rasa yang seorang itu adalah aku.” Dia rasa tidak selamat walaupun sudah diisytiharkan oleh Rasulullah termasuk sepuluh orang yang dijamin Syurga, krn tiada jaminan yang dia tidak berdosa."

bila aku terkenagkan balik kata2 itu, terlalu banyak pula dosa yang dilakukan tanpa sedar, mengguris perasaan orang lain yang kita sendiri tidak ingini, tetapi terkadang syaitan itu datang, terguris la jugak perasaan sahabat kita dek kerana tidak mampu menahan sabar.emm satu kelemahan yang diakui terkadang tidak mampu dibendung..serius rasa berdosa..maafkan aku ye kawan2..those yg baca post ini mahupun aku melakukan kesalahan atau tidak, mhon maaf ye andai ade tanggungjawabku sebagai seorang ummat nabi Muhammad dan hamba Allah tidak dilaksanakan dengan baik

nak sedapkan hati balik, terkesan dengan jawapan ustazah:

Rasa sentiasa berdosa itu sifat hamba, mengekalkan sifat hamba itu dicintai Allah. Mengharap dan memohon kpdNya agar dgn rahmatNya yg luas diampunkan dosa-dosa kita...


salam sayang dari welington,

June 15, 2010

plan pertama sudah....

salam..

dua minggu juga blog ini terbengkalai..dari kesibukan menghadapi assigment diteruskan pula dengan exam..masyaAllah 'busy' nye kelihatan diriku..kadang2 terfikir balik, untuk ape tujuan aku tulis blog ni ek??erkkk..tulis ikut mood.nak kongsi ape?kadang2 rase malas nk berkongsi takut orang kata orang kate nk exaggerate...nak menunjuk2(padahal blog x best pon..perasaan diri sendiri je)..emm tapi setiap blogger pasti punya alasan dan tujuan sendiri kenapa mereka tulis blog..aduh, nak kena review niat aku balik ni..

ok exam dah habis semalam..jadi plan pertama aku after habis exam ape lagi kalau bukan asah skills memasak kat dapur, ditambah pulak dengan dapur rumah 91 kelburn parade ni sangat besar dan best untuk main masak2..

okeh ..plan pertama dah berjaya

banana muffin
yang ni siap petang tadi..nyummy

ini cinnamon donut yg dibuat time tension study

ini pulak suka2 hati nk hias2..sempat plak trun dapur buat benda2 alah ni sebelum exam aritu.


p/s: farieha sangat suka baking2 sebab die nak buka kedai bakery suatu hari nnt..best tawww kalau pandai masak..nnt suami sayang! that the point..asah skills memasak sebelom &*w&)