Darwisya Adriana Rozali, 3 tahun dan Darwish Adrian, 2 tahun
mungkin hanya kanak-kanak biasa seperti anak-anak atau adik-adik kita ..
Mungkin ibubabapa mereka jua biasa-biasa macam ibubapa kita juga..
Namun, di kala anak-anak galak menghafaz nursery rhymes,
mereka berdua 'bercinta' dengan kalamullah..
Di saat anak-anak kita menyanyi lagu-lagu popular,
mereka berdua bergelumang menghafaz ayat-ayat cinta Ilahi..
Itulah bezanya..
Sejuk mata melihat, sejuk hati memandang..
Mungkin tercetus keinginan mendidik anak-anak seperti mereka dididik..
Klik sini untuk baca pengalaman ibubapa mereka..
Selamat mencuba..masih belum terlambat..
Rasulullah SAW pernah bersabda (yng ertinya):
Didiklah anak-anakmu dengan tiga perkara: mencintai Nabimu; mencintai ahlul baitnya; dan membaca al-Quran kerana orang-orang yang memelihara al-Quran itu berada dalam lindungan singahsana Allah pada hari ketika tidak ada perlindungan selain daripada perlindungan-Nya; mereka beserta para nabi-Nya dan orang-orang suci. (HR ath-Thabrani).
p/s: jumpa artikel ni kat blog ummuammar..bestnye dapat anak2 comel macam ni yang didik menjadi huffaz sejak dari kecil..alangkah bertuahnya ibubapa yang punya anak macam ni





0 cetusan rasa:
Post a Comment