Pages

June 22, 2010

I also pray to my GOD..




tepat jam 9 pagi sesi kelas bermula..murid-murid kelas 2 fern akan segera mengambil tempat masing-masing dalam bulatan sementara menunggu cikgu mereka datang untuk meneruskan pembacaan doa..



sambil itu akan ade seorang murid yang ditugaskan untuk meletakkan alat-alat untuk prayer mereka ni..kena de bibble, gambar jesus,papan tanda salib dan lilin yang dinyalakan..kemudia mereka mulalah membaca..

ki te ingoa o te matua
o te tamaiti
o te wairua tapu
ameen

in the name
of the father
and of the son
and of the holy spirit

pastu ade banyak lagi doa yang mereka baca..diselangi dengan bacaan oleh murid dekat prayer card yang ade macam jenis doa dan wishes


masuk waktu tengah hari pulak..tiba giliran untuk aku pulak sembahyang.aku bersyukur kerana masih dapat lagi melakukan solat walaupun berada dalam kawasan gereja, sebab kelas aku sebelah gereja je..bila aku mintak kebenaran dengan Adele untuk sembahyang..then die kate guna je mana-mana space yang aku rasa selesa untuk sembahyang. alhamdulillah, aku bernasib baik kerana punya keychain penunjuk arah kiblat yang aku bawa dari malaysia supaya senang untuk sembahyang walau dimana kau berada..jadi tiada alasan untuk meninggalkan solat walau dalam keadaan tersepit sekalipun..aku dengan hasrul sembahyang diruang belakang kelas tempat mereka selalu berkumpul untuk bacaan doa mereka.kat situ lapang dan kosong sebab mereka tiada kat kelas time lunch time.. tapi kebetulan ketika aku tengah sembahyang beberapa orang budak masuk kelas dan dok main2..mereka dok melihat sahaja perbuatan kami..kehairanan agaknya..emm tapi ade jugak budak yang degil dengan sedap hatinya lalu je dekat depan aku time tengah sembahyang, nasib baik x terlanggar time aku nak rukuk..habis hilang khusyuk..aduss..

setelah selesai sembahyang, sophie pergi dekat aku dan berkata " i like the way you doing like this" sambil tunjuk kat aku cara aku angkat tangan dan sujud tadi.."what are u doing actually??" tanya die lagi mahukan kepastian aku.."i also pray to my god like what you did every morning"..
emm dia diam sejenak sambil berfikir..budak 6 tahun mungkin x reti sangat nak tanya lebih2..
lepas tu die dok ralit sangat tengok aku punya kerongsang yang comel2."why did u wear this??it's so cute..i like it"katanya lagi..ahaaa..thank you sophie..

nasib baik la die tak banyak tanya sangat sepertimana kawan-kawan aku kat sekolah lain..budak asyik dok tanya je.."why are wearing this??" don't u have hairs?? can i have a alook at your hair?? how long is your hair??, what color is your hair??"..inilah antara2 persoalan yang ditanya oleh budak-budak mat salleh ni..aduhh jenuh jugak mahu mengexplainkan kat dorang ni kenapa macam ni dan kenapa macam tu..

pengajaran untuk aku sendiri: lepas ni kena la mencari explanation yang bagus2 dan logik untuk mereka fikirkan kenapa cara kita berbeza dengan mereka..

1 cetusan rasa:

Anonymous said...

Solat menjamin jati diri seorang muslim...