Pages

June 20, 2010

kerana satu permainan..apa sudah jadi pada mereka??


salam w.b.t

sambil membaca berita pagi ini di utusan malaysia online, tersentak sebentar dengan dua kisah yang berlaku di dua negara yang berlainan..satu di malaysia dan satu lagi di bangladesh,tapi kisah ini disatukan kejadiannya kerana satu event..seolah-olah semua peminat fanatik event ini seperti disatukan dalam satu akidah..akidah dan kepercayaan bahawa pertandingan bola piala dunia (FIFA WORLDCUP) itu menjadi satu kemestian yang harus diambil manfaat dengan menyumbangkan masa,tenaga dan juga wang ringgit..
mereka sanggup membelanjakan duit berjuta-juta yang bernilai RM15.1 juta mempertaruhkan nasib demi event yang tercinta dan dianggap sebagai agung....(klik link pada tajuk untuk baca berita selanjutnya)



mereka juga sanggup bergaduh sehingga ada yang cedera ketika membuat demo supaya universiti di 'extend'kan tarikh cutinya semata-mata mahu menonton bola sepak piala dunia..



*********************************************************************************************************************************************************
melihat kepada paparan dua tajuk berita ini, apa yang terpapar diminda saudara dan saudari sekalian??
mereka sanggup sumbangkan duit berjuta-juta demi piala dunia
mereka sanggup korban tenaga bergaduh-gaduh demi piala dunia
mereka sanggup korbankan masa untuk berjaga tiap-tiap malam
mereka sanggup berdemam-demam demi piala dunia
mereka juga sanggup mengabaikan tanggungjawab pada anak dan isteri
mereka sanggup tinggalkan solat subuh(bagi yg muslim) kerana penat berjaga malam mahu lihat bola
mereka sanggup berbuat apa sahaja demi apa yang mereka cinta..
mereka juga snggup melakukan banyak lagi perkara diluar jangkaan kerana piala dunia ini
kenapa mereka sanggup buat semua ini??? padahal piala dunia bukan menjadi milik mereka sekalipun
mereka sanggup menghabiskan suara menjerit-jerit didepan TV dirumah mahupun kedai mamak, padahal bukan mereka pun yang menyumbangkan gol,
entah berapa banyak perkara lagi yang sanggup dikorbankan demi satu perasaaan yang dipanggil KEPUASAN
apa kepuasan yang mereka dapat, aku pun tak pasti..
tapi apa yang aku pasti,
mereka-mereka ini sudah bazirkan masa,tenaga dan wang ringgit demi event yang dianggup agung yg julung kali diakan selama 4 tahun sekali ini..

bagi muslim yang sanggup melakukan perkara-perkara yang disebut diatas..tidakkkah anda sedar bahawa kita semua(muslim united)masih banyak tanggungjawab yang tidak tertunai???
pembebasan AL-AQSA siapa yang mahu ambil tanggungjwab itu??
kemenangan ISLAM, siapa yang mahu menyahut cabaran itu??
masa yang ada untuk berjaga malam menonton bola..alangkah bagus jika digunakan untuk mengerjakan tahajud..digunakan untuk berfikir masalah umah sendiri bagaimana mahu selesaikannya..
tenaga yang digunakan untuk bersorak-sorak2 dan bergaduh-gaduh kerana bola..alangkah bagusnya jika ia digunakan untuk terus mengajak sahabat semuslim untuk terus mempraktikkan cara hiudp islam yang sempurna
dan wang yang dilaburkan dan dibazirkan untuk pertaruhan atau dibazirkan utuk membeli jersey2 bola yang mahal-mahal demi pasukan bola kesayangan..alangkah bagusnya jika duit itu digunakan kejalan Allah..diberikan kepada yang memerlukan..rakyat palestin, gaza..sangat memerlukan bantuan itu semua..

namun cuba kita fikir kembali, masa, tenaga dan wang ringgit yang sudah kita gunakan..adakah ianya diredhai oleh Yang punya masa, tenaga dan rezki wang ringgit itu sendiri??apa mahu kita jawab bila dihisab nanti ?? anda mahu jawab ; saya guna masa untuk berjaga malam tengok bola, guna tenaga untuk sorak-sorak dan gaduh-gaduh pasal bola dan guna duit untuk pertaruhan bola??

bukankah itu semua satu pembaziran masa,tenaga dan wang namanya??
piala inikah atau pahala yang menggunung tinggi mahu dujulang buat mereka-mereka yang yakin dengan janji Allah??

p/s: kepada peminta fanatik bola,maaf andai penulisan ini membuat anda marah..jangan cepat melenting tapi cuba renung-renungkan dahulu apa yang telah kita lakukan..adakah ia menjurus kepada perbuatan berfaedah yang memberi pahala atau boleh menyumbang kepada dosa??fikir-fikirkanlah..

0 cetusan rasa: