Pages

June 16, 2010

D untuk....

salam pagi kepada yang berada di NZ, salam malam kepada yang berada di UK dan Egpyt,
sungguh indah kan ciptaan Allah, separuh bumi dijadikanNYA berada dalam kecerahan sinaran matahari, separuh bumi lagi di berikan kecerahan dalam kegelapan bersama sinaran rembulan yang mat cantik..subhanallah(mari kita uji Allah, dapat pahala tu)

pagi tadi terbaca status ustazah sumaiyyah KISAS..mohon izin copy disini ye ustazah
"Ketika seekor kambing rakyatnya mati, Sayidina Umar me¬nangis kerana merasakan kematian itu berpunca dari kesa¬lahan¬nya. Dia berkata :“Sekiranya nanti (di Akhirat), di umumkan semua orang masuk Syurga kecuali seorang, maka aku rasa yang seorang itu adalah aku.” Dia rasa tidak selamat walaupun sudah diisytiharkan oleh Rasulullah termasuk sepuluh orang yang dijamin Syurga, krn tiada jaminan yang dia tidak berdosa."

bila aku terkenagkan balik kata2 itu, terlalu banyak pula dosa yang dilakukan tanpa sedar, mengguris perasaan orang lain yang kita sendiri tidak ingini, tetapi terkadang syaitan itu datang, terguris la jugak perasaan sahabat kita dek kerana tidak mampu menahan sabar.emm satu kelemahan yang diakui terkadang tidak mampu dibendung..serius rasa berdosa..maafkan aku ye kawan2..those yg baca post ini mahupun aku melakukan kesalahan atau tidak, mhon maaf ye andai ade tanggungjawabku sebagai seorang ummat nabi Muhammad dan hamba Allah tidak dilaksanakan dengan baik

nak sedapkan hati balik, terkesan dengan jawapan ustazah:

Rasa sentiasa berdosa itu sifat hamba, mengekalkan sifat hamba itu dicintai Allah. Mengharap dan memohon kpdNya agar dgn rahmatNya yg luas diampunkan dosa-dosa kita...


salam sayang dari welington,

0 cetusan rasa: